Skip to main content

Posts

Showing posts with the label beach

Pandan Beach, Sematan Sarawak

Ariq Hilman 03 - tambah susu

Hari pertama Ariq lahir, aku memang takda langsung susu badan. yang ada cuma cecair kuning yang dipanggil kolustrum tapi teramat sikit.. Jadi memang mustahil untuk susukan anak dengan susu badan pada hari pertama lahir.. tapi nurse kat hospital semua sepakat kata, ADAAAA! mesti ADAAA! kepala hotak la! pam2 pun memang tak da! eee..!  Hari kedua baru ada sikit, hari ketiga baru lahhhhhh ada sampai basah baju! tmbah susu badan.. Jadi baru-baru ni agak sihat untuk mula surf internet mencari petua tambah susu. Sebelum ni, aku cuma dapat tips minum air panas banyak + minum milo/ horlicks selalu.. Baru ni mencari, dan masih bereksperimen..  longan kering, barli n gula batu.. rebus n minum.. mak aku suruh minum masa masih panas. rasanya macam air tin season longan..cedap! buang kuning... ada banyak petua.. yang aku cuba, anggur hijau air rebusan nasi (air bila nasi dah mendidih dan hampir masak) ubat mandi cina anggur hijau tu ramai yang suruh titis kat mulut anak.. tapi aku takut ana...

Ariq Hilman 02 - kuning la pulak

26.4.2011 ariq lahir TANPA kuning.. kulitnya cerah, putih.. tapi tak pandai menyusu.. lambat belajar.. seharian lepas lahir dia langsung tak minum susu.. entah berapa kali mencuba tapi dia tetap tak nak, mengelak, tak respon pada puting susu.. hospital memang tak beri langsung kalau kita nak bagi susu botol dulu.. (leceh betul!) 27.4.2011 kulit ariq yang cerah dah mula gelap.. ariq didapati ada kuning! a.k.a jaundis (jaundice).. sebabnya? sebab perkara di atas.. tak jadi keluar wad. aku sorang je keluar wad, ariq kena masuk wad kanak-kanak.. tapi aku pun masuk gak sebenarnya sebab ada katil untuk mak.. serupa macam masuk wad pasal makan disediakan.. tapi sungguhlah seksa sebab aku sendiri masih lagi belum sembuh dari luka jahitan lepas bersalin.. hanya mak je yang boleh jaga anak.. orang lain tak boleh.. bayangkan, kita yang bersalin anak pertama, luka banyak.. nak duduk, baring semua masih serba tak kena.. 28.4.2011 - 2.5.2011 tido wad.. SB turun, naik. sekejap 7.8, naik ke 10, turun ...

Ariq Hilman 01 - dah lahir pun

apa khabar semuaaaa?! Memperkenalkan anak sulung yang kami tunggu-tunggu selama 2 tahun.. Ariq Hilman.. Pengalaman aku bersalin? Biar aku ringkaskan.. 25.4.2011 8.30pm air ketuban pecah tanpa kontraksi.. terus ke hospital. kontraksi mula 1020pm selang 15 minit.. kemudian selang 10minit mula 1150pm.  26.4.2011. sakit selang 5 minit mula 130am sampaiiiiii pagi. dari badan cergas dah naik lembik sebab sakit yang amat sangat.. 8.30am aku minta masuk labor room, 9.28am ariq lahir.. sakitnya macam senggugut, betul.. tapi lagi 'sedap' dari tuh! rasa pinggang tu kembang kuncup. yang orang kata sakit macam nak buang air paling besar tu bila anak dah nak keluar, masa rasa nak 'push' dah.. lain-lain orang rasa sakit yang berbeza kot.. 26.4.2011. 11.30am baru keluar dari bilik tu.. banyaaaakk jahitnya. pasal aku angkat punggung masa teran.. uhuhuh.. tak sedar beb! kalau tak sebab aku dah tak leh tanggung sakit, rasanya tengah hari baru keluar kot! gila betul.. isk.. next baby aku t...

apa tanda sakit nak bersalin?

minggu ni (selasa baru ni) air kencing aku dicatat 'trace'! maksudnya ada gula dalam air kencing. kau biar betul dik! jadi JM yang periksa aku suruh check lagi sekali.. tapi kali ni takde pulak.. aiseh... jangan-jangan dia tersilap nombor tak? kali ni pemeriksaan pun macam biasa, tak de masalah. Ramai yang ada masalah bila periksa darah.. Katanya darah tak boleh kurang dari 11. Jadi setakat ni kiraan aku yang paling rendah ialah 11.1 tapi alhamdulillah tu sekali je berlaku.. bayi pun aktif macam selalu.. yang aku cukup sedar, anak aku ni cukup suka bila diletakkan tangan kat perut. kalau usap-usap, tengah tidur pun dia boleh bangun.. aku cuba sepanjang minggu ni, masa yang dia patut tidur (mungkin juga rehat aje tapi kurang bergerak) aku akan usap-usap perut.. biasanya dia akan respon dengan menggerakkan badannya. kalau tak banyak pun mesti ada sikit. masa JM periksa pun dia bergerak! Dah 2-3 JM yang kne 'ngurat'! Masa periksa perut tangan JM tu dia tendang.. Sampai ada...

menghitung hari...

aktiviti menghitung hari dah pun bermula... berdebar-debar tak usah la cakap. asal sakit belakang, aku akan statik sekejap.. cuba analisa ini sakit sebab apa. adakah sama cam sakit senggugut? ada yang kata sakit mula nak bersalin macam senggugut, bermaksud sakit mula nak bersalin tu serupa macam sakit bila keguguran.. sebab bila nak keguguran sakitnya memang serupa macam senggugut. sakit bahagian pinggang ke bawah perut dan bila 'isi rahim' tu nak keluar sakitnya sampai ke paha bahagian atas. kalau begitu la sakitnya, maksudnya aku boleh agak la camana nanti. cuma bab bersalin tu tak leh bayangkan sakitnya, adui ngeri..  dalam ngeri tu, tiap malam aku tetap akan luangkan masa baca tentang tanda-tanda bersalin & proses kelahiran tu sendiri.. cuba untuk menyiapkan emosi & minda & fizikal ke arah tu.. jadi, kita tengoklah kalau belum bersalin aku tetap akan update blog ni sekurang-kurangnya seminggu sekali.. kalau lepas entri ni tak da berita, kemungkinan besar dah ber...

penyakit lama dtg lagi..

penyakit lama dah datang lagi.. masa bulan-bulan awal mengandung dulu, aku selalu kepenatan (yang melampau) dan mengantuk yang tak dapat dikawal. sejak awal minggu lepas, aku dah mula dapat 'penyakit' ni semula.. mungkin ini yang JM (jururawat masyarakat) tu kata.. "ada sesetengah orang akan dapat semula simptom mengandung macam mula-mula dulu. berat badan sama ada turun, bertambah atau tak berubah langsung.. ada yang dapat 'morning sickness' lagi." aku pulak, tak mengulang semua simptom tu semua. cuma ada: cepat penat pening bila bangun mengejut muntah masa berus gigi berat dah maintain sejak 8 bulan 3 minggu yang ke-3 tu aku dapat sepanjang tempoh hamil. kecuali bulan ke 7 dan 8 je dia hilang. Ni dah mula semula.. Semalam hari yang pelik bagi aku. Anak dalam perut ni mengeras sepanjang hari. Tak macam hari-hari biasa, dia kurang menendang (tapi 75% badan masih bergerak - macam pesan nurse..) Hasilnya aku jadi macam orang tak sihat kat rumah. Bangun mengemas ...

6 minggu ke EDD

aku dah balik dari pemeriksaan 'ante-natal' kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak..  Mak & anak dua-dua sihat alhamdulillah.. macam biasa, takda dikesan gula dalam urine (tapi macam mana aku bleh detect diabetes?! tak paham lah!) lain-lain semua okay & normal je.. (alamak.. lupa nak report kat suami pagi tadi..!) Tinggal lagi 6 minggu sebelum sampai EDD (expected due date/ tarikh jangka bersalin).. 1. Mak aku, yang bakal menjadi nenek buat kali pertama dah pun mula ambil alih tugas shopping barang bayi bagi pihak aku memandangkan harga barangan di Sibu jauh lebih murah & lebih banyak pilihan... 2. Bapak aku, erm aku tak tau di sibuk buat apa untuk anak aku ni.. tapi yang aku tau memang senang nak pujuk dia datang ke Mukah di hujung minggu sekarang ni. Tak macam sebelum-sebelum ni.. Hehehe.. Dia dah pun tanya nenek kalau-kalau dia sudi nak jaga aku & anak ni sepanjang tempoh berpantang nanti.. Kira excited juga la tu kan? 3. Suami aku, dah mula gelisah. Dah pun mer...

Pukul 4 pagi...

Pukul 4 pagi..  aku terbangun terasa nak 'buang yang kecik'.. Belum bangun lagi.. mata masih tutup, tapi dah separa sedar.. Anak dalam perut ni dah mula sibuk.. Menendang-nendang.. Entah kenapa pagi ni dia cukup aktif. Biasanya sekejap je. Bila dah lelap, dia akan tidur sama. Tapi hari ni, tak boleh lelap semula. Aku bangun.. buang apa yang patut dan baring semula.. Entah jam berapa baru aku boleh tidur balik.. Itupun tidur2 ayam.. Tak kisah la.. kalau aku mengantok siang hari tetap boleh balik tidur sekejap.. Yang penting aku tau anak ni sihat.. Siap terfikir2 jugak aku.. dia dah taknak tidur ke? Nak suruh aku bangun ke? Masa admit minggu lepas, nurse kata kalau anak ni aktif sebelah siang bila keluar nanti pun akan aktif sebelah siang. Aku cuba jaga jadual anak ni. Setakat ni jadual dia tak banyak berubah dan biasanya kalau berubah pun tetap akan balik semula macam jadual asal. Asalkan aku tak berjaga malam.. Setakat ni.. dia aktif jam 8-10 pagi, 3-7 petang, 9-11 malam dan 4-...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...

babymanjataikmanok.com

ive been trying to sign up for this website for a month now. its really frustrating!! ive never seen any online store who reply their customer's email after 5 days, not as fast as most online stores! i sent two email to get one short instruction. i tried to sign up, and the web request for phone number. it's suppose to send you your password (to you mobile phone no.) within a few minutes/hour but not days or none at all..! i am a potential customer when i first saw this website. I plan to spend at least RM500 in one splurge before the sign-up problem occurs. one day waiting is okay for me. so as 2-3 days. but the forth day is NOT tolerable for me! how can you reply saying that you have referred to your programmer about the issue and asked your customer to re-signup using another username and another mobile no. Do you expect everyone uses more than 1 mobile phone?? How difficult can it be for their system administrator to access their database and delete my information manua...

wahai anak...

sejak kali pertama dapat tahu tentang khabar gembira, aku teringin nak menulis jurnal dalam bentuk diari tentang perjalanan ni. tapi aku takut untuk meletakkan harapan tinggi. Jadi akhirnya aku tulis juga jurnal tapi dalam bentuk blog, yang aku harapkan anak ni akan baca di kemudian hari nanti. Jadi hari ni aku nak tulis entri khas untuk anak yang sedang aku kandung sekarang. Siapalah yang tahu, entah sampai bila umur aku ni akan bertambah, selain Allah? Wahai anak.. Janganlah ambil contoh perbuatan/sikap yang buruk, sifat mazmumah .. Mak bukan anak yang baik pada nenek & datuk tapi sedikit demi sedikit dah pun mula berubah sejak dah mula memegang lesen 'matang' di usia 30 tahun. Jadilah anak yang baik, yang tidak lupa pada pegangan agama dalam apa jua hal yang dilalui dalam kehidupan.  Wahai anak.. Mak pun baru tahu betapa susahnya membawa perut yang berisi manusia ke hulu dan ke hilir setiap hari setiap masa 24 jam sehari. Ke tandas, ke dapur, waktu tidur.. semuanya bersa...

4 hari sebelum genap 8 bulan

Alhamdulillah, insyaAllah lagi 4 hari genaplah 8 bulan umur kandungan ni.. Tak terasa masa berlalu sangat cepat.. Bermaksud masih ada sebulan lagi sebelum anaknda ni lahir ke dunia. Terasa penantian yang panjang dulu dah semakin dekat nak dicapai.. Aku dan suami memang dah semakin tak sabar.. Tiap-tiap hari berangan membayangkan wajah bayi yang bakal lahir ni. Dalam alaf teknologi ni dengan mudah je aku dan suami boleh ke klinik pakar untuk menatap wajah anak ni buat kali pertama melalui 4D scan (4 dimensi). Tapi, biarlah aku utamakan keselamatan aku dan anak dulu daripada sibuk nak melayan rasa ingin tahu yang melampau.. Yang penting? Bukan kerjasama.. tapi.. Mudah-mudahan sempurna anggota & akal anak ni dan sihat walafiat, amin! Semalam pemeriksaan 'ante-natal' baik-baik aje. Kandungan serba serbi sihat. Cuma aku gelabah lepas balik dari klinik. Entah kenapa, anak ni tak banyak bergerak sejak balik dari klinik sampai lewat malam. Sejak 5petang hingga 11malam, aku cuma ber...

meowing through phone..

wanted to write something but ive only 1 thing to talk about today..  a few days ago ive read something about taxoplasmosis (yea, sound like plasma tv to me..) in cats which is the main reason why a pregnant woman shouldn't be playing with cats.. so i dont feel sad of giving away my quadruplets to others.. my baby is more important at this point.. i could hear 'blonde' & 'butter' meowing through phone calls when i talked to my husband at nights. even through phone i can recognize their distinctive meow! now that im a cat lover too, i find it amazing that i could differentiate their sound (my cats, at least was mine) from others.. will see u again tomorrow after my check-up _____________update 25/2/2011_______________ after my ante-natal check up

terlebih muatan

minggu ni usia kandungan 31 minggu. harap-harap dia akan lahir SELEPAS genap 9 bulan, bukan terlebih awal. insyaAllah.. jadual pergerakan baby pun dah mula berubah. mungkin sebab hujung minggu baru ni aku lewat tidur. Kalau biasanya jam 9 dia aktif, sekarang ni jam 8 dah mula 'sibuk'.. Sebelah malam pun sama. Biasanya 9 malam dia 'sibuk menggerakkan kaki, tangan & badan' (dan kadang-kadang tersedu beberapa kali) tapi sekarang 730malam dia dah aktif. Baring senget sebelah kiri/kanan memang kegemaran dia. Kadang-kadang terasa macam dia dah nak berjalan.. Hehehe.. Aku ni kalau tidur biasanya mesti belakang ni 'flat' atas tilam, tapi sekarang dah agak mustahil. Sebab bila baring 'flat', aku mula semput nafas & rasa pitam2 nampak bintang halus berkilat2.. Terpaksa la 'alternately' baring kat sisi badan.. Anak ni, memang anak bapak.. Setiap kali suamiku telefon, tak kisah jam berapa pun dia akan mula menendang-nendang.. Kononnya nak aku bagitau...

siapa namamu?

dah mencecah 29 minggu, aku dan suami mula sibuk mencari nama.. 1. Ar.. H 2. Ar... H dan masih lagi mencari..  setakat ni nama no 1 tetap pilihan no. 1. mengharapkan anak nanti baik budi, bersopan dan santun jadi anak yang baik.. (tak yah taip la namanye ye? hehehe.. shushhh.. risau kena ciplak..) esok kandungan ni genap 30 minggu.. insyaAllah.. masih ada 9 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin  (EDD) 26 april 2011. kalau awal dari EDD tarikh lahir anak ni bakal sama dengan suami + mak mentua.. kalau lewat sampai mei akan sama dengan aku, mak dan adik aku. tak kisah la bila lahirnya, asalkan selamat lahir insya Allah... kekerapan temujanji dengan klinik pun dah berubah kepada 2 minggu sekali, bermula minggu depan.. ------------ 2/1/2013: anak ni lahir betul2 pada tarikh EDD.. alhamdulillah... tergolong dari 5% kelahiran tepat pada EDD di seluruh dunia. :P

separated..

This is the last picture I had of ' Garfield '. She (she ok, not a he eventhough named garfield) was suppose to be adopted by a friend, but due to some reason later adopted by my cousin on Feb 7th.. It's a good thing that she was adopted by my cousin, so I can go see her every now and then.. Chap , as i like to call her.. Was sent to my cousin Feb 1st. This cheeky one was the first adopted by my cousin. So im a quite relieved that garfield have her sibling with her. At least she's ( garfield ) not lonely anymore at home with me.. Ive gotten attached to garfield during our one day together at home. I even took  her to my office just so that she wont be left alone at home.. Here's garfield and blonde (called her blonde because of the blonde fur she have behind her neck when she's only a few weeks old). Everyone laughed at the cuteness of these two babies as they slept in this. I'm lucky as i captured most of their cute, cheeky and funny moments.. Here's ...

kira tendangan anak..

Hari ni hari kedua aku kira tendangan anak. sejam lagi baru mula. Nurse suruh aku tanda dalam carta sampai tendangan anak ni cukup 10 kali setiap hari mula 9am ke 9pm. Semalam mula lambat sikit, 9.15am baru aku mula sebab masa tu baru teringat. Baru 11 pagi tendangan anaknda ni dah pun lebih 15 kali. Cuma yang aku betul-betul pasti memang 10 la sebab yang tu aku kira. Ada sesetengah tu aku tak pasti sebab dia tendang sampai 2-3 kali dalam satu masa. Rasa seronok pulak bila nampak jumlah tendangan anak ni.. Makin bersemangat nak menghadapi hari-hari terakhir mengandung.. Baru aku faham kenapa kawan-kawan kat pejabat kata mengandung ni menyeronokkan.. Tapi emosi ni macam tak berapa stabil 2-3 hari ni. Ahad lepas aku berpisah dengan kucing-kucing yang lahir kat rumah ni. Jadi sampai semalam masih lagi sedih bila nampak gambar kucing dan bakul, tempat kucing-kucing tu main di balkoni. Paling rindu sekali dengan 'garfield' yang tertinggal bila mak dan adik beradiknya dibawa ke Kuchi...

apa tu PLACENTA PREVIA ?

updated: 10.2.2011  hari keesokannya lepas ke hosp kerajaan, aku pegi jumpa specialist di sibu. Doc kata 'no praevia!, gambar ni taruh (letak) sini kasi itu Dr tengok ok?'. Lega! berat anak app. 1.4kg sihat dan aktif. alhamdulillah.. ____________________________________________________ hari ni check dengan doc. di hospital kerajaan. biasalah.. aku ni.. sceptical sikit dengan hospital kerajaan terutama bila yang check aku tu doc yang masih muda (ada yang lebih muda dari aku sendiri).. (mungkin sebab dah 2 kali abortion dan dapat jawapan yang tak memuaskan hati dari doc muda. jadi aku dah ada semacam mind set aku sendiri. twice abortion, no investigation.. well, what do u expect from GH? ) kenapa hari ni tajuk blog aku agak pelik??? hari ni aku diberitahu masa scan, bahawa... anak dalam kandungan aku ni sihat dan aktif. Dr G yang sedang scan tadi pun macam merungut.. "cepat betul baby gerak" dan, "eh, eh.. sekejap.. tak nampak".. lagi? "hmm, baby sihat ...

semalam yang hyperaktif!

semalam anaknda ni cukup hyperaktif. Aku pun tak pasti apa sebabnya. Sejak pagi lagi dia dah sibuk kat dalam perut ni. Bergerak-gerak. Lepas tengah hari, dalam jam 230 aku nak tido pasal mata macam ada batu je.. Sebaik je badan cecah atas permaidani, baby mula menendang. Bukan sikit-sikit punya tendang, kuat betul! Sampai tersentak-sentak badan aku ni, punyalah kuat! Yang pelik tu, kiri dan kanan dua-dua sekali rasa kena tendang. Serentak dalam satu masa.  Terbukti la anak aku ni 'panjang'! Tinggi la maksudnya tu.. Badannya macam kecik je sebab perut aku ni tak besar mana walaupun dah nak masuk 7 bulan.  30 minit dia menendang, jam 3 macam tu baru aku boleh lelapkan mata. badan pun dah naik sakit sebab posture tak betul. Kalau ada bantal guling baru la selesa sikit nak tido.. (kena bawak ke ofis ke??)  Balik rumah petang tu.. dia slow sikit menendang. Tapi, jam 730 dia mula lagi.. hehe.. suami aku kata," tu la, padan muka. semalam awak kata dia tidur je keje.. hari ni dia...