Skip to main content

4 hari sebelum genap 8 bulan

Alhamdulillah, insyaAllah lagi 4 hari genaplah 8 bulan umur kandungan ni.. Tak terasa masa berlalu sangat cepat..

Bermaksud masih ada sebulan lagi sebelum anaknda ni lahir ke dunia. Terasa penantian yang panjang dulu dah semakin dekat nak dicapai.. Aku dan suami memang dah semakin tak sabar.. Tiap-tiap hari berangan membayangkan wajah bayi yang bakal lahir ni. Dalam alaf teknologi ni dengan mudah je aku dan suami boleh ke klinik pakar untuk menatap wajah anak ni buat kali pertama melalui 4D scan (4 dimensi). Tapi, biarlah aku utamakan keselamatan aku dan anak dulu daripada sibuk nak melayan rasa ingin tahu yang melampau.. Yang penting? Bukan kerjasama.. tapi.. Mudah-mudahan sempurna anggota & akal anak ni dan sihat walafiat, amin!

Semalam pemeriksaan 'ante-natal' baik-baik aje. Kandungan serba serbi sihat. Cuma aku gelabah lepas balik dari klinik. Entah kenapa, anak ni tak banyak bergerak sejak balik dari klinik sampai lewat malam. Sejak 5petang hingga 11malam, aku cuma berjaya mengira 7 tendangan. Nurse kata 'pergerakan' tak masuk dalam kiraan tu. Kalau bergerak memang ada walau tak seaktif hari-hari lain. Suami aku pesan minum horlick sebelum tidur (sebab aku dah mual tengok susu, jadi horlick kononnya pengganti susu yang agak baik. Susu kambing susah nak jumpa kat sini.). Lepas minum horlick ada juga lah bergerak.. tapi bukan 'tendangan' macam yang nurse nak.. sampai nak tidur pun aku masih lagi bersembang dengan anak ni mengharapkan dia akan bergerak aktif macam biasa. Merajukkah?


Bangun pagi ni, alhamdulillah dia aktif macam biasa. Lepas minum horlick pagi ni, dia aktif macam biasa. Tendang sana sini. Barulah hati aku ni lega.. Kalau masih tak aktif macam biasa, memang aku akan balik Sibu tengah hari ni jugak! Dua keguguran bukan pengalaman yang mudah untuk orang yang menginginkan zuriat macam aku & suami.. Tak perlu cerita perubahan pada aku selepas 2 musibah tu sebab dah memang jelas kelihatan aku dah berubah. Tapi pada suami aku? Betapa kuatnya kesan 2 peristiwa pada suami aku sampai perangainya banyak yang berubah. Semakin matang dan semakin tegas. Dia juga 'turn to Allah' untuk sokongan rohani. Alhamdulillah.. tak sangka, dengan hanya niat 'mengakhiri zaman bujang untuk mendapat keberkatan hidup dari Allah', aku dikurniakan  oleh-Nya suami yang sangat penyayang, penyabar, memahami & supportive. Dia sanggup berubah untuk kebaikan keluarga.. Alhamdulillah... Dulu aku bukanlah anak yang baik tapi insyaAllah aku akan berubah menjadi anak, isteri dan ibu yang baik.. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...