Skip to main content

Posts

Showing posts with the label my shy boss

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (1)

Mungkin ini cara paling mudah untuk saya update blog. Saya perlukan masa yang lama untuk mencari idea seterusnya menaip isi kandungan ke dalam blog ini. Jadi memandangkan saya peminat drama/filem/lagu/rancangan-rancangan korea jadi saya lihat ini jalan paling mudah untuk saya cuba kemaskini dengan kerap. Bulan April lepas, dalam kesibukan kerja saya sempat juga curi-curi tonton drama korea. Kadang kala 1 episod (1jam) mengambil masa dua hari, pada hari lain yang lebih lengang saya boleh tonton lebih banyak episod. Pada bulan April lalu saya menonton;  a. Tomorrow With You (Lee Je Joon & Shin Min Ah) b. My Shy Boss (Yeon Woo-jin  and  Park Hye-soo) Kedua-dua cerita ni pelakonnya kurang popular, kecuali Shin Min Ah. Saya tonton cerita (a) kerana jalan cerita yang futuristik tapi ia kandungannya agak 'matang' huhuhu. Kemudian cerita (b) saya tonton kerana jalan cerita yang menarik dan kesan & runut bunyi yang lucu. Saya kurang gemar cerita (a) kerana...