Alhamdulillah.. Ariq bakal mencecah umur 9 bulan. Tak terasa masa cepat berlalu, anak pertamaku dah hampir setahun usianya. 26 April 2012, umurnya bakal genap setahun. Di usia 9 bulan, Ariq cukup suka diagah, sangat gemar bergurau (hakikatnya dia memang jarang menangis..), sedang belajar berdiri sendiri dan suka ambil, goncang dan hempas barang.. (termasuk telefon maknye.. isk..) Bulan Disember 2011 memang bukan bulan terbaik untuk kami sekeluarga. Ariq demam, selsema dan batuk 'on and off' sepanjang bulan. 2 kali jumpa Dr Siew di KSH, 1 kali jumpa Dr Lau di SSH, dan 3 kali ke klinik luar. Kadang-kadang selsema je, kadang-kadang ada batuk sekali, kadang- kadang demam je.. macam tu lah beberapa kali.. Lepas demam kali pertama, terkejut tengok dia pandai duduk sendiri walaupun kurang stabil. Lepas demam kali kedua pulak, dia tiba-tiba pandai berdiri sambil berpegang pada almari dan kerusi dan jugak gusinya mula nampak bayang-bayang putih macam gigi. Orang tua-tua kata kalau budak...