rutin harian ariq sejak
- lahir hingga sebelum masuk wad RMC ialah.. tido tak kira masa.. mengamuk sebelah petang.. berjaga 3-4pagi..
- lepas keluar wad RMC sampailah 5 hari lepas.. tido dan tido lagi, bermain & bergurau senda 3-4pagi.
- sejak 5 hari lepas sehingga hari ni.. mengamuk, kemudian bermain & bergurau mula 6 pagi sampai 9-10 pagi sebelum belasah tido 3 jam.. petang, malam dan awal pagi dia menyusu, tidur macam biasa, iaitu selang 2 jam.
jaga ariq memang senang, tak banyak songel alhamdulillah..
tiap hari baru adalah hari yang dinanti-nantikan sekarang.. aku menunggu semua perkara yang disebut sebagai 'detik kali pertama'.. aku dah pun terlupa bilakah kali pertama ariq pandai keluarkan bunyi-bunyi untuk bergurau atau sahut gurauan.. bahagianya jadi ibu. lebih bahagia dari jadi isteri..
Comments
Post a Comment