Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kdrama recommended list

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (7) -updated

Dalam minggu raya baru ni aku terrrtengok cerita baru. Tajuk sedikit pelik... search www pelik kan? jadi aku pun tengooook... sepintas lalu je la mula2 tu. macam kebanyakan peminat kdrama, nombor 1 kena tengok muka pelakon dulu. pelakon laki tak henseng (jang ki yong) pelakon pompuan pon biasa2 je.  bagi kdrama idiots (jangan marah ye, idiots istilah utk yang tak la tahap keterlampauan macam makcik bila menonton kdrama). ni saya cerita sikitlah. pelakon utama pompuan ni (gambar tengah kat atas) nama im soo jung bukan pelakon baru. dia banyak berlakon drama cuma aku 1st time tengok dia jadi pelakon utama drama. tak biasa tengok dia berlakon tapi aku pnah tengok dia berlakon dengan Rain (mungkin dah 10 tah un lepas ko t:  I’m A Cyborg, But It’s Ok ).   pelakon lelaki ni pulak popular sejak berlakon dalam MV IU Friday. Siap ada kiss-kiss scene dengan IU. aduii! nak cikit boleh? gatai pulak ajumma ni hari ni. Lepas MV tu dia berlakon l...

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (6).. atok punya lama baru nak update!

Tu dia! Dia buat lagi! Setahun lebih baru nak update. Dah berusaha sehabis daya untuk carik masa. tapi memang tak sempat. tenggelam timbul dan kadang2 sampai terlupa aku ada blog. serius.. susah nak update! Tapi takpe. cerita baru ni baru main 6 episod dan aku rasa berbaloi untuk ditonton. Kalau anda tengok k-drama sebab pelakon yang hensem, jadi sahlah anda belum tengok semua cerita yang unik dan berkualiti keluaran negara kpop tu. Sebelum raya baru ni kegilaan saya terhadap drama "Doctor Prisoner". Saya guna @stro jadi saya boleh rekod, lock dan main berjuta puluh ribu belas ratus kali main.. sampai naik biru. takde sapa marah kecuali anak dan laki naik bosan akhirnya kena naik tengok tv kat bilik lain. huhu Kisah Doktor yang kena perangkap dalam permainan politik pejabat sampai digantung lesen perubatannya. Ok, itu tak da apa yang menarik. Apa yang menariknya ialah bagaimana Doktor Na (pelakon nam goong min) mengatur pelbagai strategi untuk mencapai matlama...

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (5)

Minggu lepas saya tengok cerita ni buat kali pertama walaupun dalam tv dah cecah episod 8 masa tu. Tapi yang menarik minat saya mula-mula sekali ialah soundtrack drama ni. Roy Kim - Maybe I Mungkin iramanya yang lembut dan bersahaja buat hati rasa seperti jatuh cinta. Hahaha!  Jadi saya mula menonton cerita ni lepas lama memilih kisah yang menarik. Another Miss Oh, Miss Oh Again, Another Oh Hae Young , semuanya nama cerita ni. Saya belum habis tonton dan hari ni baru masuk episod ke 3.  Kisahnya menarik. Tentang bagaimana tindakan tanpa usul periksa dan soal siasat boleh menyebabkan kita memusnahkan kebahagiaan /kehidupan orang lain. Agak sedih juga.  Mimik muka tanpa perasaan, seperti terpana di muka pelakon lelaki utama ni buat saya ikut menyelami perasaannya. Dan airmata Oh Hae Young 'biasa' juga buat saya ikut bersedih. Oh ya. Saya memang suka pelakon lelaki ni, Eric Mun. Tapi saya kurang gemar dia sebagai ahli kumpulan Shinhwa (realitinya). ...

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (3)

Dah masuk minggu ke 3 saya menonton My Secret Romance, pelakon Sung Hoon  and  Song Ji-eun. Bermula dengan one night stand yang akan menjadi kisah cinta. Tak ada sebab kenapa saya mula tengok drama ni. Saya dah habis tengok My Shy Boss hari tu dan mula tanya pak google cerita apa saya patut tonton..  watak perempuan ni clumsy. dan watak lelaki ni agak tipikal. balik-balik anak orang kaya yang hensem , kachaakk bergaya dengan perangai sombong. abaikan tipikal ni. layan saja dengan angan-angan dalam kepala macam kita lah heroin yang beruntung tuh. Bwahahahah! sekarang dah siap tengok episod 6, menunggu sehari dua ni untuk ep 7&8.. dah tak sabauuuuu! kategori cerita ni? komedi-romantik (rom-com). ya, ini kisah cinta. persekitarannya banyak berkaitan tugas ahli perniagaan dan ahli nutrisi makanan (nutritionist). drama ini disokong oleh KOCCA. KOCCA? inilah yang menariknya. Korea Creativ e Content Agency (KOCCA) ni sebuah agensi dibawah Ministry of Spo...

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (2)

Saimdang Light's Diary Drama ni seperti kisah merentas masa jugak. Cuma saya masih belum faham adakah Ji Yoon (dalam kehidupan lalu dia adalah Saimdang) dalam kejadian 'merentas masa' ni merentas dalam mimpikah? Atau seperti separa sedar? Saya tidak menganggap kisah ini sebagai merentas masa kerana ia lebih seperti konsep kelahiran semula dalam ajaran Buddha (correct me if I'm wrong). Saya sekarang menonton Episod 20. Saya gemar genre 'romantic comedy', 'martial arts', 'historical', 'family'. Cerita Saimdang sangat menarik tetapi entah kenapa saya cepat bosan pulak.. Saimdang termasuk kategori separa sejarah dan berciri kekeluargaan.  Beberapa kali juga saya tenggelam timbul nenonton cerita ni, berselang-seli menonton My shy boss dan Tomorrow with you. Nasib baik ada Song Seung Hoon si kacak yang buat saya tengok setiap episod sampai habis. Hahaha! Si kulit cantik Lee Young Ae ni buat saya leka memerhatikan kulit bersihnya tu.....

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (1)

Mungkin ini cara paling mudah untuk saya update blog. Saya perlukan masa yang lama untuk mencari idea seterusnya menaip isi kandungan ke dalam blog ini. Jadi memandangkan saya peminat drama/filem/lagu/rancangan-rancangan korea jadi saya lihat ini jalan paling mudah untuk saya cuba kemaskini dengan kerap. Bulan April lepas, dalam kesibukan kerja saya sempat juga curi-curi tonton drama korea. Kadang kala 1 episod (1jam) mengambil masa dua hari, pada hari lain yang lebih lengang saya boleh tonton lebih banyak episod. Pada bulan April lalu saya menonton;  a. Tomorrow With You (Lee Je Joon & Shin Min Ah) b. My Shy Boss (Yeon Woo-jin  and  Park Hye-soo) Kedua-dua cerita ni pelakonnya kurang popular, kecuali Shin Min Ah. Saya tonton cerita (a) kerana jalan cerita yang futuristik tapi ia kandungannya agak 'matang' huhuhu. Kemudian cerita (b) saya tonton kerana jalan cerita yang menarik dan kesan & runut bunyi yang lucu. Saya kurang gemar cerita (a) kerana...

Apa Saya Tonton Sekarang?

Hari ni saya layan Episod 9 Uncontrollably Fond. Suzy dan Woobin. Ceritanya agak perlahan. Dah masuk ep. 9 barulah ada perubahan emosi yang banyak dalam satu episod. Lucu, sedih, marah, geram, sakit hati. Penanda aras saya bagi drama Korea mudah saja. Kalau air muka saya berubah semasa menonton maka ada kemungkinan drama itu menarik.. Saya gemar cerita bertema keluarga, cinta komikal, muzikal komikal, aksi berunsur seni pertahanan diri atau aksi tanpa senjata api. Jadi kebanyakan drama dan filem korea yang saya tonton dalam genre begini. Apa yang saya cukup gemari dalam k-drama ialah runut bunyi. Walaupun tak faham sepatah haram, melodi yang menarik memang mudah menarik minat kita, bukan? Hari ni saya muat turun lagu Kim Bum Soo tajuk I Love You . Layankan... nak tau lirik? sila google. dia tahu semua. ahahaha! Saya bukan peminat Woobin ataupun Suzy. Tapi saya layan juga cerita ni selepas menonton episod 1 sehingga habis. Lakonan Woobin berbeza dari drama The Heirs, ...