Skip to main content

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (7) -updated

Dalam minggu raya baru ni aku terrrtengok cerita baru. Tajuk sedikit pelik...

search www

pelik kan?


jadi aku pun tengooook... sepintas lalu je la mula2 tu.

macam kebanyakan peminat kdrama, nombor 1 kena tengok muka pelakon dulu. pelakon laki tak henseng (jang ki yong) pelakon pompuan pon biasa2 je. 

bagi kdrama idiots (jangan marah ye, idiots istilah utk yang tak la tahap keterlampauan macam makcik bila menonton kdrama). ni saya cerita sikitlah.

pelakon utama pompuan ni (gambar tengah kat atas) nama im soo jung bukan pelakon baru. dia banyak berlakon drama cuma aku 1st time tengok dia jadi pelakon utama drama. tak biasa tengok dia berlakon tapi aku pnah tengok dia berlakon dengan Rain (mungkin dah 10 tahun lepas kot: I’m A Cyborg, But It’s Ok).  

pelakon lelaki ni pulak popular sejak berlakon dalam MV IU Friday. Siap ada kiss-kiss scene dengan IU. aduii! nak cikit boleh? gatai pulak ajumma ni hari ni. Lepas MV tu dia berlakon lagi dengan IU kali ni drama My Mister (atau My Ahjusshi), jadi samseng. Huhuhu.. dulu kiss-kiss skang main tampaq2 pulakk..!

dia punya sidekick lee da hee mcm lagi popular dari pelakon utama ni. hihi sila google sendirik la ye. dia punya judo skill tu perghhh.. (opkos la dia guna stunt double, tak leh cover badan slim dengan yang badan tough bila guna double hahaha)


jadi setakat ni cerita ni, yang menariknya kisah cinta Bae Ta Mi dan Park Mo Gun. macam dah jadi trend pulak skang ni yang pompuan lagi tua dari laki. ni mesti che ta dgn zain saidin punye pasai!  ni kira banyak nyanyi kat dapor gak ke? Hahaha! beza umur 10 tahun. perghh!! mamat ni tak encem tapiiii.. dia punya body language, mata huiiii.. bikin ajumma cayaq! 'menyirap' pulak darah bila dia senyum. aishhh! apa perkataan yang sesuai? takkan la menyirap?! hahah buduuh punya pilihan perkataan. teruja kot lagi sesuai..? (update 7.7.2019: just in case korang nak tengok more of park mo gun nih: klik sini. Mo Gun rap: Doom Dada (asal TOP Big Bang).

morgan a.k.a park mo gun


ajumma ni orang IT jadi cerita ni macam ada input dan output jugak. macam mana search keyword boleh dimanipulasi. ada logik dan ada tak logiknya, aku punya pendekatan masa menonton ni lebih kepada mencari kemungkinan yang boleh berlaku utk perkara yang tak logik dan menilai baik buruknya pada yang benar boleh berlaku.

panjang lagi cerita ni. petang tadi tengok masih lagi episod 6. kalau google, ada 16 ep semuanya. lagi 10 la. banyak lagi peluang utk jatuh cinta kat park mo gun. bwahahahah! kalau sempat nanti update lagi.

keybai!
tambahan sikit. tampal YT link utk lagu bes nih.
O3ohn-milky way between us
layan buat dodoian. ngeee

update 7.7.2019: semalam tengok episod 10. pada peringkat ni rasanya konflik couple ke tak couple tu dah selesai kot. BTM walau mengaku tak nak kawin, tapi dah mengaku tak nak lepaskan PMG. Yang geram tu nama BTM naik lagi, trending. fofular gitew. kena tengok la apesal sampai berkali2 nama dia naik trending keyword. dah tak sabar nak tengok perkembangan seterusnya bila song gagyong memberontak dan percintaan cha yun dengan pelakon tu.. hahaha!

update 2.8.2019: semalam cerita baru menggantikan www search dah pun dimainkan. minggu lepas kisah cinta mo gun dan ta mi dah abesss... walaupun keciwa dan down juga beberapa episod pasal masing2 terlalu ego nak menegakkan pendapat masing2. yang sorang taknak kawen, mati2 tanak kawen, dan yg sorang gatal nak kawen. ha. cane. dua ekor ni punya prinsip, masing-masing taknak berkorban, taknak kalah, tak nak mengorbankan prinsip utk kebahagiaan diri. tak paham la aku manusia macam ni. mcm bangang pun ade. terlampau rasional pun ade. tapi akhirnya bertemu semula dan masing2 dah gatal nak bercinta balik dan cerita pon abess!! 

tapi aku tetap suka isu dalam drama ni pasal berkaitan dengan bidang aku sendiri. hahahah!

typical bagi drama korea: kalau pelakon tak de rupa maka ost sangat bes, dan kalau pelakon kacak bergaya ost suam2 kuku je.. kecuali drama2 yg ambil pelakon kacak dan hebat je biasanya ada ost yg juga hebat...

ni lagu ost lain yang bes. ada lagi kat youtube, boleh search sendiri atau klik je sini utk playlist.

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...