Skip to main content

Posts

Showing posts with the label 2017

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (5)

Minggu lepas saya tengok cerita ni buat kali pertama walaupun dalam tv dah cecah episod 8 masa tu. Tapi yang menarik minat saya mula-mula sekali ialah soundtrack drama ni. Roy Kim - Maybe I Mungkin iramanya yang lembut dan bersahaja buat hati rasa seperti jatuh cinta. Hahaha!  Jadi saya mula menonton cerita ni lepas lama memilih kisah yang menarik. Another Miss Oh, Miss Oh Again, Another Oh Hae Young , semuanya nama cerita ni. Saya belum habis tonton dan hari ni baru masuk episod ke 3.  Kisahnya menarik. Tentang bagaimana tindakan tanpa usul periksa dan soal siasat boleh menyebabkan kita memusnahkan kebahagiaan /kehidupan orang lain. Agak sedih juga.  Mimik muka tanpa perasaan, seperti terpana di muka pelakon lelaki utama ni buat saya ikut menyelami perasaannya. Dan airmata Oh Hae Young 'biasa' juga buat saya ikut bersedih. Oh ya. Saya memang suka pelakon lelaki ni, Eric Mun. Tapi saya kurang gemar dia sebagai ahli kumpulan Shinhwa (realitinya). ...

Selain KDrama Yang Anda Wajib Tonton (1)

Hai. baru sempat posting nampaknya hahaha! Selamat Hari Raya!!!  Maaf zahir batin... Bila saya dah kehabisan idea dalam senarai drama yang saya ingin tonton maka saya gemarkan rancangan pelbagai (variety). Untuk menonton drama, anda perlukan masa dan fokus. Kalau sambil bekerja memang sukar nak kekalkan tumpuan. Saya jenis multitasking tapi ia perlu daya tumpuan (fokus) yang tinggi selain perlu beralih-alih arah tumpuan dalam tempoh yang lama jadi ia memang memenatkan mental sebenarnya. Jadi bila saya perlu selesaikan suatu tugas, saya akan pilih rancangan variety tertentu. Contohnya rancangan ini. King of Masked Singer. Ini pertandingan  menyanyi di antara selebriti (penyanyi, pelakon, pelawak, chef, etc). Apa yg menarik, mereka wajib bertopeng sepenuhnya di kepala. Ah, tengok sendirilah. ni saya bagi link kat bawah. Hahahah! Tonton King of Masked Singer kalau anda jenis enjoy mendengar suara merdu, nyanyian yang sedap didengar anda pasti boleh layan rancan...

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (4)

Update kat bawah sekali. Saya ulas drama-drama ini, anda bacalah untuk menentukan untuk menonton atau sebaliknya. Hari ni saya tambah drama ni ke dalam senarai saya. Saya mula menonton " The Liar and His Lover " pelakon utama Lee Hyun Woo dan Joy . Saya tak tengok dulu sinopsisnya, tapi saya terus tengok episod 2. Camana tuh? Sebab episod 1 tak leh klik jadi saya klik nombor 2 hahahahha! (klik pada "episod 1" untuk tonton) Jadi.. berdasarkan sinopsis yang saya baru baca... Drama ni berdasarkan   manga Jepun;  Kanojo wa Uso o Aishisugiteru  oleh Kotomi Aoki.  Dari 2 episod pertama ni, drama ni tentang muzik. umur? erm awal 20-an. saya tonton sebab saya suka pelakon utamanya. hahaha! pelakon perempuan ni pun tak kurang juga, dia ni salah seorang idol group Red Velvet . sila tanya pakcik google kalau tak tau ye.. Sekali tengok ingatkan Suzy Wonder Girls. dua kali tengok, huisshhh tak sama langsung kemudian2 nanti saya update cerita ni lebih ...

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (3)

Dah masuk minggu ke 3 saya menonton My Secret Romance, pelakon Sung Hoon  and  Song Ji-eun. Bermula dengan one night stand yang akan menjadi kisah cinta. Tak ada sebab kenapa saya mula tengok drama ni. Saya dah habis tengok My Shy Boss hari tu dan mula tanya pak google cerita apa saya patut tonton..  watak perempuan ni clumsy. dan watak lelaki ni agak tipikal. balik-balik anak orang kaya yang hensem , kachaakk bergaya dengan perangai sombong. abaikan tipikal ni. layan saja dengan angan-angan dalam kepala macam kita lah heroin yang beruntung tuh. Bwahahahah! sekarang dah siap tengok episod 6, menunggu sehari dua ni untuk ep 7&8.. dah tak sabauuuuu! kategori cerita ni? komedi-romantik (rom-com). ya, ini kisah cinta. persekitarannya banyak berkaitan tugas ahli perniagaan dan ahli nutrisi makanan (nutritionist). drama ini disokong oleh KOCCA. KOCCA? inilah yang menariknya. Korea Creativ e Content Agency (KOCCA) ni sebuah agensi dibawah Ministry of Spo...

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (2)

Saimdang Light's Diary Drama ni seperti kisah merentas masa jugak. Cuma saya masih belum faham adakah Ji Yoon (dalam kehidupan lalu dia adalah Saimdang) dalam kejadian 'merentas masa' ni merentas dalam mimpikah? Atau seperti separa sedar? Saya tidak menganggap kisah ini sebagai merentas masa kerana ia lebih seperti konsep kelahiran semula dalam ajaran Buddha (correct me if I'm wrong). Saya sekarang menonton Episod 20. Saya gemar genre 'romantic comedy', 'martial arts', 'historical', 'family'. Cerita Saimdang sangat menarik tetapi entah kenapa saya cepat bosan pulak.. Saimdang termasuk kategori separa sejarah dan berciri kekeluargaan.  Beberapa kali juga saya tenggelam timbul nenonton cerita ni, berselang-seli menonton My shy boss dan Tomorrow with you. Nasib baik ada Song Seung Hoon si kacak yang buat saya tengok setiap episod sampai habis. Hahaha! Si kulit cantik Lee Young Ae ni buat saya leka memerhatikan kulit bersihnya tu.....

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (1)

Mungkin ini cara paling mudah untuk saya update blog. Saya perlukan masa yang lama untuk mencari idea seterusnya menaip isi kandungan ke dalam blog ini. Jadi memandangkan saya peminat drama/filem/lagu/rancangan-rancangan korea jadi saya lihat ini jalan paling mudah untuk saya cuba kemaskini dengan kerap. Bulan April lepas, dalam kesibukan kerja saya sempat juga curi-curi tonton drama korea. Kadang kala 1 episod (1jam) mengambil masa dua hari, pada hari lain yang lebih lengang saya boleh tonton lebih banyak episod. Pada bulan April lalu saya menonton;  a. Tomorrow With You (Lee Je Joon & Shin Min Ah) b. My Shy Boss (Yeon Woo-jin  and  Park Hye-soo) Kedua-dua cerita ni pelakonnya kurang popular, kecuali Shin Min Ah. Saya tonton cerita (a) kerana jalan cerita yang futuristik tapi ia kandungannya agak 'matang' huhuhu. Kemudian cerita (b) saya tonton kerana jalan cerita yang menarik dan kesan & runut bunyi yang lucu. Saya kurang gemar cerita (a) kerana...

Apa Saya Tonton Sekarang?

Hari ni saya layan Episod 9 Uncontrollably Fond. Suzy dan Woobin. Ceritanya agak perlahan. Dah masuk ep. 9 barulah ada perubahan emosi yang banyak dalam satu episod. Lucu, sedih, marah, geram, sakit hati. Penanda aras saya bagi drama Korea mudah saja. Kalau air muka saya berubah semasa menonton maka ada kemungkinan drama itu menarik.. Saya gemar cerita bertema keluarga, cinta komikal, muzikal komikal, aksi berunsur seni pertahanan diri atau aksi tanpa senjata api. Jadi kebanyakan drama dan filem korea yang saya tonton dalam genre begini. Apa yang saya cukup gemari dalam k-drama ialah runut bunyi. Walaupun tak faham sepatah haram, melodi yang menarik memang mudah menarik minat kita, bukan? Hari ni saya muat turun lagu Kim Bum Soo tajuk I Love You . Layankan... nak tau lirik? sila google. dia tahu semua. ahahaha! Saya bukan peminat Woobin ataupun Suzy. Tapi saya layan juga cerita ni selepas menonton episod 1 sehingga habis. Lakonan Woobin berbeza dari drama The Heirs, ...