Skip to main content

Ariq Hilman 02 - kuning la pulak

26.4.2011 ariq lahir TANPA kuning.. kulitnya cerah, putih.. tapi tak pandai menyusu.. lambat belajar.. seharian lepas lahir dia langsung tak minum susu.. entah berapa kali mencuba tapi dia tetap tak nak, mengelak, tak respon pada puting susu.. hospital memang tak beri langsung kalau kita nak bagi susu botol dulu.. (leceh betul!)

27.4.2011 kulit ariq yang cerah dah mula gelap.. ariq didapati ada kuning! a.k.a jaundis (jaundice).. sebabnya? sebab perkara di atas.. tak jadi keluar wad. aku sorang je keluar wad, ariq kena masuk wad kanak-kanak.. tapi aku pun masuk gak sebenarnya sebab ada katil untuk mak.. serupa macam masuk wad pasal makan disediakan.. tapi sungguhlah seksa sebab aku sendiri masih lagi belum sembuh dari luka jahitan lepas bersalin.. hanya mak je yang boleh jaga anak.. orang lain tak boleh.. bayangkan, kita yang bersalin anak pertama, luka banyak.. nak duduk, baring semua masih serba tak kena..

28.4.2011 - 2.5.2011 tido wad.. SB turun, naik. sekejap 7.8, naik ke 10, turun ke 9, naik pulak lagi.. akhirnya 2.5.2011 aku minta keluar jugak sebab dah mula rasa stress duduk dalam wad. sebab ada jururawat yang jenis mulut tak makan saman...

3.5.2011 - 6.5.2011 aku , ariq, nenek dan afiq dirumah.. nasib baik ada nenek yang tolong buat kerja rumah dan jadi jururawat sepenuh masa untuk aku n ariq.. sayanggg nenek.. kalau ada arwah nenek (sebelah mak, dah tentu dia yang tolong jaga aku..)

7.5.2011 aku, suami dan ariq ke sibu naik kereta aku..

8.5.2011 bawa ariq jumpa Dr Loi di Rejang medical center. dia nasihat masukkan Ariq di wad semalaman. 1 malam untuk jaundice di RMC, RM200 sahaja. untuk check SB dalam darah dan consultation RM40 je)
suami balik ke kuching 8.5.2011.. sob2.. Hari tu, aku jenguk ariq dan menyusukannya 2 kali. sekali dalam jam 830pm sekali dalam 2.30am. Gerak hati ni kata mungkin dia nak menyusu. Nurse yang menjaga tu semua bising, mengadu ariq tak nak minum susu botol.. Dah beberapa jam masuk tu, dia minum sikit je, selebihnya dia belasah minum sungguh2 dari badan aku.. Kesian anakku ariq..

9.5.2011 SB Ariq turun dari 10.7 hari sebelumnya ke 6.something. Doktor nasihat tambah 1 malam lagi, tapi sebab Ariq susah nak minum susu botol jadi aku tak nak tambah lagi 1 malam.. Kesian Ariq. Baik aku berjaga kat rumah pun tak pa..

14.5.2011 SB Ariq turun lagi ke 4.something. Alhamdulillah.. Lagi sebulan akan datang lagi untuk regular check up dan tengok SB lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...