Alhamdulillah.. Ariq bakal mencecah umur 9 bulan.
Tak terasa masa cepat berlalu, anak pertamaku dah hampir setahun usianya. 26 April 2012, umurnya bakal genap setahun.
Di usia 9 bulan, Ariq cukup suka diagah, sangat gemar bergurau (hakikatnya dia memang jarang menangis..), sedang belajar berdiri sendiri dan suka ambil, goncang dan hempas barang.. (termasuk telefon maknye.. isk..)
Bulan Disember 2011 memang bukan bulan terbaik untuk kami sekeluarga. Ariq demam, selsema dan batuk 'on and off' sepanjang bulan. 2 kali jumpa Dr Siew di KSH, 1 kali jumpa Dr Lau di SSH, dan 3 kali ke klinik luar. Kadang-kadang selsema je, kadang-kadang ada batuk sekali, kadang- kadang demam je.. macam tu lah beberapa kali.. Lepas demam kali pertama, terkejut tengok dia pandai duduk sendiri walaupun kurang stabil. Lepas demam kali kedua pulak, dia tiba-tiba pandai berdiri sambil berpegang pada almari dan kerusi dan jugak gusinya mula nampak bayang-bayang putih macam gigi. Orang tua-tua kata kalau budak demam, biasanya sebab dia nak belajar benda baru. Dan minggu ini, giginya dah mula keluar dari gusi. Agaknya sebab tu sebelah malam dia selalu tersedar dari tidur dan carik puting plastik dia tu.
Sejak pandai merangkak, Ariq jatuh katil 2 kali. Lepas kali ke 2, aku sendiri 'disassemble' katil dan mintak suami simpankan katil tu kat tempat lain. Di sekeliling tilam, aku letak bantal dan comforter untuk elak dia jatuh terus ke lantai. Memang bagus juga 'solution' tu, sebab bila dia jatuh dia dah tak menangis lagi (kecuali bila dia memang moody). Perlahan-lahan aku alihkan bantal dan comforter, dan tinggalkan yang di hujung kaki kami je. Pintu memang sentiasa tutup bila Ariq masuk bilik tidur. (bilik tidur di tingkat atas. Call me paranoia, aku tak kisah. prevention is better than cure. .). 2-3 hari ni aku dan suami dah tak letak apa-apa sekeliling tilam. Ariq dah pandai turun naik tilam sendiri.
akhir kalam hari ni? hehe.. jom tengok video ni..
Comments
Post a Comment