Skip to main content

menghitung hari...

aktiviti menghitung hari dah pun bermula...

berdebar-debar tak usah la cakap. asal sakit belakang, aku akan statik sekejap.. cuba analisa ini sakit sebab apa. adakah sama cam sakit senggugut? ada yang kata sakit mula nak bersalin macam senggugut, bermaksud sakit mula nak bersalin tu serupa macam sakit bila keguguran.. sebab bila nak keguguran sakitnya memang serupa macam senggugut. sakit bahagian pinggang ke bawah perut dan bila 'isi rahim' tu nak keluar sakitnya sampai ke paha bahagian atas. kalau begitu la sakitnya, maksudnya aku boleh agak la camana nanti. cuma bab bersalin tu tak leh bayangkan sakitnya, adui ngeri.. 
dalam ngeri tu, tiap malam aku tetap akan luangkan masa baca tentang tanda-tanda bersalin & proses kelahiran tu sendiri.. cuba untuk menyiapkan emosi & minda & fizikal ke arah tu..
jadi, kita tengoklah kalau belum bersalin aku tetap akan update blog ni sekurang-kurangnya seminggu sekali.. kalau lepas entri ni tak da berita, kemungkinan besar dah bersalin la tuh!

setakat minggu lepas, aku dah check-up di KKIA hari selasa. dan jururawat masyarakat (JM) maklumkan pada aku kepala bayi dah 'engaged' bermaksud dah pun berada di atas laluan keluar. Jadi, bila-bila masa boleh bersalin.. Tinggal Allah kata 'kun-fa-ya-kun' je lagi.. Kesihatan alhamdulillah dua-dua baik. Anak ni dah mula kurang menendang tapi bila dia mula 'excited' sampai senak perut ni bila dia angkat-angkat bontot, gerak-gerak tangan dan kaki.. sekali sekala bagi high kick kat tulang rusuk ni.. memang la anak bapak, tak reti duduk diam.. tapi alhamdulillah, yg penting itu menandakan dia sihat!

hari khamis dan jumaat lepas aku masuk wad lagi disebabkan dah ada temujanji dengan hospital supaya diorang boleh monitor + check diabetis lagi.. Aku tak faham sebenarnya sistem 7points tu. Sebab kita dikatakan ada diabetis bila kiraannya lebih dari 7.8 ke kalau tak silap. tapi, aku dapat 'skor' 9 cuma pada hari aku jalani ujian MOGTT (lepas aku belasah 500ml air horlick + susu pekat.) Esoknya bila masuk wad, skor tak naik dah, semua ujian dibawah 4.7 dan minggu lepas paling tinggi pun 5.6 sebab aku minum horlick 3in1.. lagi skali.. hehehe.. tapi adakah tu menunjukkan kita ada 'gestational diabetis'? tak faham...

esok dah mula temujanji setiap minggu di KKIA, jadi tengok la kalau aku sempat update ye?

hari ni nak bagi penghargaan kepada yang sudi jadi follower, terima kasih banyak-banyak.. kalau rajin sila la taip komen.. hehe.. atau kalau rasa tak berapa nak rajin sila la klik iklan kat atas tuh.. 

mekasey mesia!

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...