Skip to main content

7 hari sebelum hari jadinya

Dah lama juga tak update, sibuk dengan kerja dan Ariq yang sedang membesar dengan cepatnya..

Update terkini tentang Ariq?
1.Minggu ni kami perasan dia dah mula faham arahan. Contohnya, "Ariq munguk ibak,sit down" (1 bahasa melanau, 1 english) dan dia akan duduk diam2 sambil buat kerja sendiri.
2. Ariq dah kenal 'bird'. 'lizard'. Kalau dalam rumah nampak 'lizard' mesti jari halus tu tunjuk ke atas sambil mulut mengomel. Kalau 'bird' pulak? Kepala dongak atas, jari wajibbb tunjuk atas jugak..
3. Ariq tumbuh 5 gigi sekaligus dalam tempoh 2 minggu. Demam panas, selsema dan batuk semuanya baru elok semalam. Alhamdulillah. Dah hampir 2 minggu kami kena amuk 'the cranky ariq'. versi yang kita jarang jumpa. Biasanya ariq tak kuat merajuk atau menangis atau terlebih manja. Anak ni senang dijaga bila tak demam. Bukan saja demam kali ni, tapi kena small pox sekali. Adui.. Macam dah rutin, tiap kali dia demam maknya pun ikut demam.. Nasib baik 'apak' nya kuat antibody tak demam..
4. Dia dah pandai jalan. Masih tak cukup stabil, tapi dah jarang tengok dia merangkak. Dia mesti akan bangun berdiri walaupun masih mamai-mamai bangun tidur. Tak lagi merangkak macam dulu.
5. Minggu ni juga kami perasan Ariq dah pandai turun dari katil divan kami tu. tau aje la katil ni tinggi, tapi dek kerana kakinya yang agak panjang tu.. nampak senang je dia turun. Turun boleh, tapi naik belum!
6. Ariq dah sebulan pandai panjat tangga. Naik, naik, dan naik.. tapi tak berani dan belum pandai turun tangga. Terpaksa tutup laluan naik tangga tu dengan pagar atau apa2 yang tinggi so dia tak boleh nak panjat.
7. Sangat suka mengajuk perbuatan kita. Contoh? Dia tengok apaknya ketuk-ketuk tukul untuk pecahkan pasu. Dia pulak duduk tak jauh dari situ sambil ketuk2 mainannya ke simen.
8. Rambutnya sangat la lambat nak panjang. Sejak dibotakkan umur 4 bulan (kalau tak silap), sampai sekarang baru 2 kali trim rambut belakang telinga. Yang lain? sama jugak macam tu. Bila panjang je, ikal di hujung. Sebab tu agaknya tak nampak panjang. Yang paling lucu, ramai orang ingat Ariq ni perempuan.. adeh.. think positive, kalau nampak cam pompuan maksudnya anak aku hensemmmmm! hahaha!jangan sawan pulak kejelesan dengan keperasanan tahap dewa aku nih. :)

ok cukup dulu. perut ni sangat lapar dan rasa macam nak makan k.f.c! chow dulu, lepas birthday Ariq nanti kita post entri lagi yaa. tataaa titiii tutuuuu

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...