Skip to main content

Setahun 8 bulan

Alhamdulillah...
Anaknda tunggalku ini sudah mencecah usia setahun 8 bulan.
Macam mana rasanya tinggal dengan anak usia ni? Lelaki pulak tu?
Hahaha! Sangat mencabar kesabaran!

Ariq sudah memahami arahan-arahan dan pertanyaan mudah. i.e; wash your hands, mandi, tukar lampin, aeroplane, lock the door etc. Semuanya dia faham. Bukan saja dia faham, dia juga suka bersembang. Hehehe.. Kira sembang la, cuma kita tak faham sepenuhnya.

Aku & suami suka jalan2 sebelah malam naik kereta, tengok lampu di tengah bandar raya Kuching ni. Kalau agak2 Ariq macam terlebih adrenaline, kami pit stop di airport. (Kuching International Airport). Buat apa? Tak de buat apa pun.. cuma lepaskan dia berlari kat kawasan yang luas tak de kerusi, takde manusia. Hehehe.. Kadang2, maknya ni suka la duduk atas kerusi urut kat Rest n Go.. hihihi. Siang sakit bontot sakit belakang sebab lama sangat duduk kat kerusi, jadi malamnya kena pi duduk kat Rest n Go!

Sebelum airport, kami gemar bawak anak ke Kubah Ria. tempat makan2, ada kedai dan ada ruang luas. Ada juga biarkan dia berlari sebelum ni. Tapi sebab ada gerai2, tangga, longkang.. jadi kurang selamat dan susah nak kawal Ariq. Sebab tu aku cadangkan ke airport, mula2 suami macam tak setuju. Tapi bila tengok perubahan, sekarang automatik route akan ke sana sebelah malam. Haha!

Baru beberapa minggu lepas kami pergi bercuti, konvoi naik kereta dari Kuching sampai Labuan (aku dan Ariq je sampai Labuan sebab tiba2 ada urusan penting di pejabat, yang lain sambung sampai ke Kundasang). Sebelum bercuti, tiap2 malam Ariq kerap terjaga tengah malam (kalau tidur awal), lepas tu tersedar lagi sekitar 2-3 pagi.  Orang tua kata sebab selalu sangat bawak anak keluar malam. Mungkin aku dan suami degil kot, tapi pendapat kami sendiri ada sesetengah jalan yang kami tak patut pergi. Sebab kalau tak lalu jalan2 tertentu ni biasanya Ariq tak terjaga malam. Aku sendiri pun dah mula amalkan 1 rutin sejak perasan perkara ni. Sebelum tidur malam, aku pastikan dah basuh kaki, tangan dan muka Ariq. Kalau dah tidur masa sampai rumah, aku lap2 jugak kaki tangan dan mukanya. Tak pasti yang mana satu berkesan, tapi sejak balik bercuti alhamdulillah tidurnya makin nyenyak, lebih awal dari sebelum ni dan jarang merengek2 sebelah malam lagi. Alhamdulillah..

Kalau dari segi saintifiknya pulak, ada kemungkinan sebab sebelum ni kami tak tau cara nak bantu dia lepaskan keaktifan dia tuh. Biasanya dulu jalan2 dalam kereta je, lepas tu balik. Sudahnya bila sampai rumah, dia sibuk berlari2, main kereta dan macam2 lagilah aktiviti! Tapi sekarang, tidak lagi! (macam iklan..)

Dalam tahap umur sekarang, Ariq gemar meniru perbuatan kami. Jadi aku seboleh2nya cuba untuk behave. Lama sangat bujang dulu kan, jadi ada la perangai2 buruk yang susah nak buang. Alhamdulillah aku dah tak mulut cabul macam dulu. Hehehe. Cuma yang jadi kerisauan aku ni bila anak tiru neneknya cakap 'gila! gila! gila!' kat telefon. Bukan dia saja2 nak buat macam tu.. Kat rumah mak mentua ada budak mental yang obses kat adik ipar aku. Selalu buat panggilan hantu ke rumah. Bila datang geram, mak mentua aku selalu la cakap macam tu kat telefon. Sekarang ni kalau anak aku sebut 'ila! ila! ila!' mesti aku tarik muka masam. Tapi sekarang macam dah jarang dia sebut. Mungkin sebab dah jarang dengar kot?

Anak kecil macam ni, perasaan ingin tahu dia sangat kuat. Dia perhatikan semua tindak tanduk kita, percakapan kita, apa yang berlaku disekitarnya semua dia perhatikan. Kalau dia boleh tiru,dia akan tiru. Hasil meniru ni, anak aku dah pandai; masukkan kunci kereta ke lubang kunci, on laptop, tutup suis, pendek kata banyak kemahiran psikomotor dia dah dapat dengan meniru. Lari macam kuda pun dia tiru dari aku.. adeh.. sebenarnya tak sepatutnya nampak cam kuda lari tapi lari anak.. tapi sebab kaki aku ni besar agaknya. Jadi macam tu la rupanya... adehh....

Memang teruja nak tengok apa lagi perkembangannya hari2. Setiap hari macam hari baru yang penuh cabaran bila bersama anak umur ni. Dah tentu sibuk, sebab dia nakkan perhatian kita selalu. Jarang berpeluang jenguk internet ni kalau sebelah malam. Kalau siang pulak tak sempat nak mengarang blog macam ni... Peluang macam ni, julung2 kali datang.. Sekian dulu malam ni. hehe. Selamat tahun baru, semoga tahun baru 2013 bakal memberi kehidupan yang lebih selesa, bahagia dan lebih rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala.. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Pic blogging?

Dah lama la sangat tak post apa2. Bersawang dah blog. Sibuk dengan kerja, bila free tgk drama online, bila banyaaaak free buat bisnes photobook. Sekarang sibuk pulak dengan persediaan semester jun 2015 politeknik. Ada-ada je lah kerja untuk mempoyo n menyibukkan diri. Tu yg blog pun mcm rumah puaka tak de penghuni.. masuk keluar masuk keluar tak update apa2 pun... Jadi aku buat keputusan nak buat mcm micro-blogging.. tapi pakai gambar dan sedikit caption.. Ini dia gambar pertama. .............. Terkejut tadi tengok apa benda yg melekat kat cermin penumpang belah belakang kereta. Bila tgk dalam, rupanya anak aku punya kerja. Semalam dpt sticker, dia bantai lekat kat dlm kereta.. tergelak sorang bila teringat. Anak aku yg sorang je tu dah 4thn umurnya. Dah dihantar ke sekolah supaya dia ada kawan bermain.. maklumlah.. anak sorang.. belum ada rezeki anak lagi satu...

June 2008: Tanjong Balau Beach, Desaru, Kota Tinggi, Johor Bahru.

During my stay at JB, I managed to go to Tg Balau Beach, Desaru. From Drop Box If youre driving, than it's cheaper compared to renting a car or something. Its more expensive by taxi. I think it took 2 hours drive, plus LOST since I couldnt remember the road.. dont blame it on me?! the road look different from last time, 2005. From JB to Kota Tinggi takes 1 n 1/2 hours considering all the traffic jam on the way out of the city. Then from Kota Tinggi to Desaru approx. 40 minutes. The road might be tricky, so watch for the word Desaru, then Tg Balau on the signboard coz they will definitely help you. Not much to look at during the drive.. expect for hugeeee palm plantations.. Tg Balau is a masterpiece. Facing the South China Sea, clear water, blue sea, and not too many people like in Desaru beach. The one that im showing you in the pic is on the other side of the beach, you can ask for direction to go to the 'jetty' they call it. Or if they dont understand just tell them '...

confinement, baby blues, moving and so forth..

hi again.. what's up? i'm done with my confinement now almost finished my 90 days maternal leave (less than 30 days) my baby is 2 months 2 weeks, strong legs and neck, better skin reflection, recognize his mom very well now and turn his head when hearing his name called upon. busy planning my move to a new work place, and... head ache thinking about my husband's car (broke down on our way to Sibu last 2 weeks) that's quiet a lot to think about, don't u think so? so, i call it as a gift from god. I was just trying my luck by applying for a place at a new office. I was shocked knowing that my application was approved and it actually turned me blank for a while. There's so much to do! I don't want to hurt my head with so much things to think about yet, so I've decided to just go with the flow... Ramadhan is approaching, Happy Fasting yea! I'll be breastfeeding and fasting for the first time this year. Not sure if I'm capable. Soon will upda...