Skip to main content

lampin kain lagi - Pengurusan wang anda

Usia Lampin Kain Ariq
Anakandaku dah pun 6 bulan.. Dan lampin-lampin kain yang dia pakai sekarang dah digunakan selama itu juga 6 bulan. Sehingga hari ini, lampin-lampin Ariq sudah menjangkau 45 keping, termasuk yang bakal sampai minggu depan. Insert lampin sudah mencecah angka 100 keping. (Sampai penat nak basuh..)

stok warna warni...

Kenapa aku pilih lampin ni?
Masih ramai lagi rakan-rakan yang belum berani untuk menggunakan lampin kain ini sepenuhnya. Ada yang berkata; harganya terlalu mahal, malas membasuh, cepat bocor, pengasuh tidak tahu menggunakannya dan banyak lagi alasan lain. Bagi aku yang dah menggunakan lampin ni sejak anak berusia kurang sebulan, lampin ini benar-benar membantu aku menjimatkan wang. Wang yang berjaya aku jimat, aku gunakan untuk membeli mainan yang boleh merangsang minda, dan kemahiran psikomotor anak. (aku tidak banyak membelanjakan wang untuk pakaian anak kerana bagi aku ia tidak berbaloi memandangkan anak-anak cepat membesar. Ariq memiliki baju siang dan malam yang jumlahnya hanya cukup untuk seminggu sahaja.)

Membeli lampin
Pilihan untuk menggunakan lampin ini diputuskan sewaktu kandungan aku berusia 5 bulan, selepas melihat blog rakan sekolah menengah dulu  > Borneo Clothdiapers. aku memang jenis yang agak cintakan alam sekitar. Penuh dengan kesedaran sivik. aku jarang-jarang sekali membuang sampah merata-rata tempat. Hehehe, itu aku cukup pasti. Pada awalnya aku beli 5. 2 keping aku hadiahkan kepada beberapa rakan yang melahirkan anak. Kemudian aku memasang matlamat untuk membeli hingga 15 keping S.A.H.A.J.A. Menjelang kelahiran Ariq aku dah mengumpul sebanyak 17 keping. Selepas itu, membeli CD (cloth diapers) dah mula menjadi hobi dek penangan corak-corak CD yang comel-comel dan menarik hati. Setiap bulan aku membelanjakan RM100 ke RM200 untuk membeli lampin baru (5-6 keping)!! Harga CD jenama tempatan jauh lebih murah dari lampin keluaran Eropah atau Amerika. Aku pernah beli lampin berharga RM20 - RM 53 sekeping. Suatu hari nanti aku bercita-cita nak beli CD jenama Eropah. Mungkin ramai rakan-rakan beranggapan aku kedekut mengeluarkan duit untuk anak, kalau melihat harga lampin tadi dah terbukti anggapan itu salah. Aku bukanlah tidak mampu nak membeli lampin pakai buang setiap bulan, sebenarnya aku dah terlebih dari mampu. Cuma aku ingin  membelanjakan wang lebih kepada membantu perkembangan anak..

Berapa lampin nak guna?
Kalau mengikut logiknya, semuanya lebih kurang 7-8 keping sehari. 1 lampin boleh bertahan hingga 4 jam (bergantung kepada jenis insert anda), 24jam bahagi 4jam=lebih kurang 8 keping sehari. Sebenarnya ini bergantung kepada anak anda. Sewaktu awal kelahiran, anak aku menggunakan sehingga 10 keping sehari. Sekarang dia menggunakan purata 7 keping lampin bermula 6 pagi hingga 6 pagi semula. Kadangkala hanya 5-6 lampin kalau aku pakaikan lampin jenis 'bamboo' sebelah malam. 15 keping memadai, tapi 30 keping paling sesuai memandangkan kita boleh cuci dan guna balik CD tu lebih kurang 4 hari kalau tak basuh langsung. hehehe.. Jadi kalau musim hujan pun kira ok lagi la kan? Ada cukup stok.. Tapi kalau nak cd tahan lebih lama, sebenarnya anda kena kurangkan penggunaan satu-satu CD. Maksud aku, kena la tambah stok sebanyak mungkin. Lagi kerap basuh dan jemur lagi cepat rosak sebenarnya.. Tapi takde la sampai tahap buang terus macam lampin pakai buang... Melainkan dah tak dapek nak selamatkan.. Hehehe

jenama ni, lampinnya bersaiz kecil..

lampin ni ok jugak, tapi butang yang menyukarkan untuk menyimpan lampin kotor buat aku dah mula kurang suka lampin ni..

lampin jenama ni bersaiz agak besar. corak cantik-cantik

minky material - lembut macam baldu

 minky material juga. jenama ni bersaiz agak besar juga. tapi sesuai untuk anak lelaki memandangkan insertnya lebih panjang daripada jenama lain di atas. aku dah mula minat jenama ni.


Lampin saya bocor!
Pertama kali memakaikan lampin-lampin jenis ni, saya tak ada apa-apa 'expectation'. Sebaliknya saya ada soalan sedikit bodoh.. Kenapa lampin ni bocor jugak? (Selepas 5 jam anak memakai lampin yang sama.) Tetapi bila dah sekian lama menggunakan lampin ni, baru teringat semula tujuan asal memilih lampin ni.  Alasannya ialah untuk menjimatkan wang. Kalau difikirkan semula, lampin pakai buang akan semakin berat selepas beberapa jam anak memakai lampin ni. Lampin kain ini pun sama. Mungkin lampin pakai buang tak akan bocor selepas 5 jam dipakaikan kepada anak yang kuat kencing. Tapi, bukankah anak jadi kurang selesa? Lampin kain tetap akan bocor selepas 3-4 jam dipakaikan kepada anak. Logik la tu kan? Kalau lampin anda bocor dalam tempoh kurang sejam atau antara 1 jam ke 2 jam, maka lampin kain tu kurang berkualiti. Bagi lampin yang bocor selepas 4 jam, ia bermaksud lampin itu berfungsi dengan baik dan seperti biasa.

#Selepas sekian lama mak mentua dan suami melampinkan anak aku dengan lampin ni, kedua-duanya nampak dah biasa. Bila lampin habis, mak mentua aku akan carik lampin AIO (all in one - tak perlu keluarkan atau masukkan insert) untuk digunakan. Suami aku pulak, dah pandai masukkan insert.. alhamdulillah... 
#Satu perkara yang menarik.. jangan biarkan anak memakai lampin yang dah basah/ mula bocor terlalu lama.. Ni akan menyebabkan badan anak (bahagian bawah badan) naik ruam. Biasanya kalau dah lebih 4 jam baik tukar je. Masa tu dah tentu lampin tu dah penuh.
#Aku sekarang dalam usaha mengumpul maklumat tentang lampin kain jenis seluar (pasang terus macam Drypants), masa berlalu cepat jadi aku tak nak bila tiba masanya aku kelam kabut beli...
#Ada satu rakan yang beli lampin jenis ****tots, harganya RM50+ dan dia kata ia kurang menyerap. Sejam guna dah bocor. Jadi, pengajarannya... nombor 1. kena cuba banyak jenis atau sebelum beli tanya orang yang pernah guna dulu (cd moms ramai yang blogger, bleh tanya kalau2 diorang tau... Dan.. nombor 2. cuci dulu paling kurang 2 kali sebelum mula pakaikan pada anak..

Jangan pakat baca je. beli satu dan cuba pakaikan anak dengan lampin ni.. InsyaAllah anda akan suka dan jatuh cinta. Bukalah minda dan hati, cuba dulu. Kemudian anda boleh fikir semasak-masaknya mengikut kehendak sendiri..

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...