Skip to main content

apa tu PLACENTA PREVIA ?

updated: 10.2.2011 
hari keesokannya lepas ke hosp kerajaan, aku pegi jumpa specialist di sibu. Doc kata 'no praevia!, gambar ni taruh (letak) sini kasi itu Dr tengok ok?'.
Lega! berat anak app. 1.4kg sihat dan aktif. alhamdulillah..
____________________________________________________


hari ni check dengan doc. di hospital kerajaan. biasalah.. aku ni.. sceptical sikit dengan hospital kerajaan terutama bila yang check aku tu doc yang masih muda (ada yang lebih muda dari aku sendiri).. (mungkin sebab dah 2 kali abortion dan dapat jawapan yang tak memuaskan hati dari doc muda. jadi aku dah ada semacam mind set aku sendiri. twice abortion, no investigation.. well, what do u expect from GH?)

kenapa hari ni tajuk blog aku agak pelik???

hari ni aku diberitahu masa scan, bahawa... anak dalam kandungan aku ni sihat dan aktif. Dr G yang sedang scan tadi pun macam merungut..
"cepat betul baby gerak" dan,
"eh, eh.. sekejap.. tak nampak".. lagi?
"hmm, baby sihat & aktif. bagus2"
Jadi, memang bukan khayalan aku la bila aku kata anaknda aku ni sangat aktif!? 

selain berita baik tu, aku dapat jugak berita tak baik.. iaitu.. 
"placenta you bawah. kita panggil ni placenta previa. check on the net nanti you baca apa tu placenta previa."

jadi aku dah search apa tu "placenta previa".
sekadar utk kongsi bersama..

http://emedicine.medscape.com/article/796182-overview
aku ni tak belajar med. jadi, aku pun tanya (membuak2 dah rasa ingin tahu nihhh)
"meaning??"
"meaning.. you ada risiko utk bleeding."
 lagi?? bleeding lagi?
"ada precaution ke doc?"
"jangan buat kerja berat, jangan travel jauh.. banyakkan rehat"
dia tak explain lebih lagi. dan aku tak tau what to expect.. takpelah! esok jumpa specialist kat sibu tanya banyak2, dan minta nasihat.

tapi aku tak nak fikir negatif. Mak Teh aku kata, ada yang kena C-sec. dan ada jugak yang ok (masa sebelum bersalin plasenta tak bermasalah). jadi, aku fikir mudah aje lahh.. kalau kena C-sec aku akan bersalin di Rejang Med Center, kalau takde masalah aku akan bersalin kat GH Mukah. doakan keselamatan aku dan anak ni okay? amin!

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

Brunei vs Malaysia

Rakan-rakan terdekat ramai yang tahu, aku sekarang sedang bekerja di Brunei Darussalam dibawah perjanjian di antara dua kerajaan iaitu Malaysia dan Brunei dengan mengguna pakai terma 'locum tenens'. Walaupun selama 6 bulan sahaja, apa yang pasti aku akan kembali ke tempat kerja asal dengan sedikit perubahan pada sikap, keperibadian dan gaya pemikiran. Soalan yang sering diajukan pada 1-3 bulan yang pertama ialah, "Seronok tak kerja di Brunei?". Rasanya agak sukar hendak menjawab soalan tersebut secara menyeluruh. Ada pelbagai aspek yang perlu difikirkan. Sudah tentulah, kalau hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri tetap lebih baik negeri sendiri. Sungguhpun politik nampak semakin kucar-kacir dengan keadaan harga barang runcit yang semakin naik dan ditambah cantik pula dengan jerebu yang sedang melanda, tetap aku katakan negara sendiri lebih baik dari negara orang. 1. Kos hidup. Kos hidup disini kalau dibandingkan dengan gaji yang dibaya...