Skip to main content

terlebih muatan

minggu ni usia kandungan 31 minggu. harap-harap dia akan lahir SELEPAS genap 9 bulan, bukan terlebih awal. insyaAllah..



jadual pergerakan baby pun dah mula berubah. mungkin sebab hujung minggu baru ni aku lewat tidur. Kalau biasanya jam 9 dia aktif, sekarang ni jam 8 dah mula 'sibuk'.. Sebelah malam pun sama. Biasanya 9 malam dia 'sibuk menggerakkan kaki, tangan & badan' (dan kadang-kadang tersedu beberapa kali) tapi sekarang 730malam dia dah aktif.

Baring senget sebelah kiri/kanan memang kegemaran dia. Kadang-kadang terasa macam dia dah nak berjalan.. Hehehe.. Aku ni kalau tidur biasanya mesti belakang ni 'flat' atas tilam, tapi sekarang dah agak mustahil. Sebab bila baring 'flat', aku mula semput nafas & rasa pitam2 nampak bintang halus berkilat2.. Terpaksa la 'alternately' baring kat sisi badan..

Anak ni, memang anak bapak.. Setiap kali suamiku telefon, tak kisah jam berapa pun dia akan mula menendang-nendang.. Kononnya nak aku bagitau dia 'busy' kat bapak dia la tuhh.. Comel.. Kadang-kadang aku tegur, "eh, dah tidur mungkin? Tak busy pun..". Tak lama lepas tu dia akan mula bergerak. Kalau tak menendang, dia sedu, kalau tak dia gerakkan bontot.. Hehehe.. anak aku ni.. 


Aku dan suami pun dah tak sabar menunggu. Tiap malam suami aku cakap 'Tak lama dah nak lahir.." Sama-sama seronok nak menimang anak pertama. 2 tahun kahwin baru nak dapat cahayamata sulung. Bak kata Dr. Gogi di Hospital Mukah "your golden child". Ya, 'golden child' sebab 2 sebelum ni tak menjadi.. Ada orang mengeluh sebab dapat anak setiap tahun, manusia memang pelik. Kalau tak dikurniakan waris langsung, hati lebih sedih lagi.. Jadi, nak terima ramai anak atau tak terima anak langsung?! Pilihlah sendiri... Anak itu kurniaan Allah.. Jenis rezeki yang tak sama dengan rezeki lain yang diberi Allah. Tak boleh dijual, dipajak gadai atau dipinjam sementara. Ini hadiah yang akan terus kekal termaktub dalam sejarah hidup kita, yang tak ada bandingan dengan hadiah-hadiah yang lain.

Mudah-mudahan lepas lahir anak pertama ni, anak kedua dan seterusnya akan menyusul dengan mudah.. amin.. Dah tentu aku tak nak seorang anak je, kesian nanti sunyi.. Sedangkan jadi anak perempuan sorang pun dah sunyi, apatah lagi kalau jadi anak tunggal?! 3-4 orang pun ok kalau Allah nak bagi.. Memikirkan umur ni, aku tak berani nak mengharapkan 5-6 orang.. Tapi itu lah kan? Kalau Dia nak bagi, tak minta pun dia akan bagi. Dan aku? Aku redha apa saja ketentuanNya. Setiap perkara yang berlaku memang ada hikmahnya tersendiri.

Esok temujanji lagi di KKIA Mukah. Berat pun dah bertambah 1kg++ sejak kali terakhir temujanji dengan nurse.. Nak bangun bila duduk atas lantai pun, masyaAllah.. beratnya rasa.. Inilah cubaan yang mesti dihadapi oleh wanita. Bila melalui pengalaman ni, aku makin sayang pada mak sebab sudi menanggung kepayahan macam ni untuk bawa aku ke dunia ni...

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...