Skip to main content

wahai anak...

sejak kali pertama dapat tahu tentang khabar gembira, aku teringin nak menulis jurnal dalam bentuk diari tentang perjalanan ni. tapi aku takut untuk meletakkan harapan tinggi. Jadi akhirnya aku tulis juga jurnal tapi dalam bentuk blog, yang aku harapkan anak ni akan baca di kemudian hari nanti.
Jadi hari ni aku nak tulis entri khas untuk anak yang sedang aku kandung sekarang. Siapalah yang tahu, entah sampai bila umur aku ni akan bertambah, selain Allah?

Wahai anak..
Janganlah ambil contoh perbuatan/sikap yang buruk, sifat mazmumah.. Mak bukan anak yang baik pada nenek & datuk tapi sedikit demi sedikit dah pun mula berubah sejak dah mula memegang lesen 'matang' di usia 30 tahun. Jadilah anak yang baik, yang tidak lupa pada pegangan agama dalam apa jua hal yang dilalui dalam kehidupan. 

Wahai anak..
Mak pun baru tahu betapa susahnya membawa perut yang berisi manusia ke hulu dan ke hilir setiap hari setiap masa 24 jam sehari. Ke tandas, ke dapur, waktu tidur.. semuanya bersama-sama. Anak kesayangan mak belum lagi menjadi 'sekarung beras' yang berat sehinggalah mencecah 8 bulan (baru semalam). Setiap 30 minit, kadang-kadang 15 minit, mak kena pegi tandas sebab betapa beratnya anak kesayangan mak ni sampai setiap minuman akan keluar semula selepas beberapa ketika di dalam badan. Bila baring, berat sungguh rasa nak duduk.  Bila duduk, susahnya nak bangun untuk berdiri.  Apatah lagi bila terpaksa bangun selalu. Tapi mak tak ingin mengeluh sebab anak kesayangan mak ni dah lama ditunggu-tunggu kehadirannya. Dengan harapan bila lahir kelak akan jadi anak yang soleh, hormat dan kasih pada ibubapanya.. amin!

Wahai anak..
Mudah-mudahan tugas membesarkanmu nanti dipermudahkan Allah. Semoga mak & apak diberi kekuatan, ketabahan, keimanan dan kesabaran yang cukup untuk mendidikmu menjadi manusia berguna. Orang kata, kalau nak lihat bagaimana ibu dan bapa seorang anak, lihat saja anak-anaknya. Merekalah cermin ibubapa. Tapi mak percaya buah hati mak bakal jadi manusia yang lebih baik dari mak & apak. Jadilah anak yang jauh lebih baik sifatnya ok?


Wahai anak..
Geli hati rasa digeletek2 bila ditendang-tendang dan bila tubuh comel dalam perut ni mula bergerak-gerak. Bila lahir nanti, bolehkah buah hati mak ingat lagi kita selalu bersembang bersama? Kadang-kadang bergurau bersama? Kadang-kadang perut mak senget ke kanan.. Kadang-kadang ke kiri.. Kadang-kadang beralun-alun macam ombak bila anak kesayangan mak mula hiperaktif.. Tapi kadang-kadang perit juga bila terkena tendangan di bahagian rusuk. Nakalnya anak mak.. Geli hati, lucu membuat mak ketawa sendiri dirumah tanpa teman. Apak jauh di Kuching cuma boleh jenguk sebulan sekali.. Tapi mak tahu anak kesayangan mak sedar apaknya selalu telefon bertanya khabar kan? Tak sabar nak sentuh kaki anak mak ni bila lahir nanti. Besar mana tapak kakinya? Nanti mak akan cat kaki anak mak ni, dan 'cop' atas kertas. Supaya buah hati mak ni boleh tengok sendiri besar mana kakinya semasa lahir, dan berapa cepat dia membesar.. insyaAllah.. Pagi ni, tak macam semalam.. anak mak cukup aktif. Sejak pagi lagi dah sibuk bermain.. sampai sekarang pun masih lagi 'sibuk'.. alhamdulillah anak mak sihat walafiat sebab dah sarapan pagi kan? hehehe


Cukuplah dulu entri khas untuk anak kesayangan mak & apak ni. Masih lagi mencari nama indah yang sesuai.. Ariq? Areez? atau apa? Masih lagi pening kepala. Apak & mak suka Ariq, dan sebenarnya dah berkenan pada nama tu. mungkin juga dah buat keputusan untuk ambil nama tu? Tapi tunggulah anak mak lahir dulu barulah keputusan akan dibuat.. insyaAllah..

Tak sabar rasanya menunggu sebulan lagi.. Mudah-mudahan aku & anak ni selamat. Amin!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Install wacom intous S graphic tablet into Linuxmint 19.1

 Notes to self: used this for help 1.  Installation Prerequisites # Debian, Ubuntu, and Mint users: sudo apt-get install build-essential autoconf linux-headers-$(uname -r) 2) Download  input-wacom 0.39 . 3) Select it, right-click, 'Extract Here'. 4) Select the ' input-wacom-input-wacom-0.39.0 ' folder, right-click, 'Open In Terminal'. 5) Type  ./configure , press enter. After this finishes (few secs more or less), type  make , press enter again. 6) Assuming no built errors occured, type  make install . To keep things simple, a reboot before trying it out is recommended. Before building, you'll need to ensure the necessary dependencies have been installed on your system: from : https://github.com/linuxwacom/input-wacom/wiki/Installing-input-wacom-from-source 2. Step-by-step: 1) Back up your data & make a Timeshift snapshot in any case... from : https://forums.linuxmint.com/viewtopic.php?t=271919 3. work immediately without rebooting as recommended.

holiday nov2011 01

We had an 'explorace' holiday last November 2011. Our flight to Kuala Terengganu (KL transit) was on 25 Nov. Arrived at night, an we went straight to YT Midtown Hotel. A strategically located hotel and I consider it as budget hotel. Paying RM120 for a RM150 sized room! Its definitely not a boutique hotel or spa resort. But cozy enough to rest and sleep. No weird smell or sound. The small pic of my son was on the plane. The Floating Mosque (i think its called Masjid Tunku Zaharah or something like that..), located at Tanjung Ibai. Its rainy day so we decided to just sightseeing from the car (rented car with very good deal!) Then we went to see Masjid Putih, as the local called it. Passing by the White Mosque (Masjid Putih), the driver took us to the Fishery Department Port. A visit only a few lucky people like us could get! The driver is like the president of fishermen's union or something.. So we get to see the real boat and ships used to fish! Its not like we never

Calendar2U:Malaysia apps: kalendar semua dalam satu (Android saja)

Tau tak kalendar Kuda? Biasa tak dapat kalendar macam ni dulu-dulu? Macik tak sangka rupanya ada gak blog menulis tentang kalendar ni: Azlindaalin  (hai sis! kalau u jumpa ni, selamat kenalan!) biasa kita dapat free kan? boleh gantung kat mana-mana dalam rumah. Honestly dulu macik ingat kat tempat macik je ada ni. Rupanya ada banyak tempat ada... Hihi Nasib baik tak terus-terusan jadi katak bawah tempurung. Terbaiklah kalendar ni. Awal tahun baru ni macik terjumpa apps ni, nama Calendar2U  (Kalau guna phone boleh search terus nama ni). Iyaaa! Kalendar Kuda ada kat dalam tu dik non!  Mula2 tu macik   download sebab sangat nostalgia, old school gitew.. Jadi hari ni macik godek2 lagi.. dan...   banyak pulak muka mr beans hari ni ye. hahahaha. Sempena movie Johnny English dok keluar tv sejak minggu lepas.  Ini layout depan sekali apps ni.  Macik susun melintang tapi sebenarnya menegak sebab kena skrol ke bawah. kat situ boleh tengok kal