Skip to main content

Brunei vs Malaysia

Rakan-rakan terdekat ramai yang tahu, aku sekarang sedang bekerja di Brunei Darussalam dibawah perjanjian di antara dua kerajaan iaitu Malaysia dan Brunei dengan mengguna pakai terma 'locum tenens'. Walaupun selama 6 bulan sahaja, apa yang pasti aku akan kembali ke tempat kerja asal dengan sedikit perubahan pada sikap, keperibadian dan gaya pemikiran.

Soalan yang sering diajukan pada 1-3 bulan yang pertama ialah, "Seronok tak kerja di Brunei?".

Rasanya agak sukar hendak menjawab soalan tersebut secara menyeluruh. Ada pelbagai aspek yang perlu difikirkan. Sudah tentulah, kalau hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri tetap lebih baik negeri sendiri. Sungguhpun politik nampak semakin kucar-kacir dengan keadaan harga barang runcit yang semakin naik dan ditambah cantik pula dengan jerebu yang sedang melanda, tetap aku katakan negara sendiri lebih baik dari negara orang.

1. Kos hidup.
Kos hidup disini kalau dibandingkan dengan gaji yang dibayar oleh kerajaannya aku boleh katakan kosnya agak rendah. Harga barang mentah seperti sayur-sayuran yang masih boleh dijual 50sen seikat, dan udang besar yang masih boleh dijual pada harga 7 ringgit sekilo. (Ringgit merujuk kepada Dollar Brunei). Alat tulis seperti pen juga masih ada yang berharga kurang 50 sen sedangkan di Malaysia pen berharga kurang 50sen semuanya datang dari China bermaksud kualitinya kurang, mudah patah, dakwat kurang dan macam-macam masalah lagi.

2. Makan. (Ya, diterangkan macam nota.. almaklumlah.. cikgu...)
a. Kalau cerita tentang kos hidup mesti berkait tentang makan. Makan sangat murah. Anda boleh pilih untuk makan nasi campur gaya Brunei yang berharga 1 ringgit. Di Malaysia, nasi 1 ringgit hanya membolehkan anda makan nasi sahaja. Itupun nasi sebanyak mangkuk sup bersaiz kecil. Nasi dan telur berharga RM1.50.. Tapi di sini anda boleh pilih lauk berserta sayur untuk dimakan dengan nasi, dengan kos 1 ringgit. Makan nasi 1 ringgit bukanlah bermaksud anda sengkek.. :-) Ia agak normal disini..
b. Atau boleh pilih untuk makan secara 'buffet' di restoran. Di Brunei, tiada gerai tepi jalan seperti di Malaysia. Jadi semua kedai makan dipanggil restoran. Mungkin tanggapannya untuk lebih bersih, kemas, dan selamat. Hakikatnya dimana-mana saja tetap sama kalau kebersihan tak dijaga. Makan buffet berharga sekitar $6 - 9. Buffet bermaksud anda boleh makan seberapa banyak kali yang anda mahu, dengan syarat anda tidak membazir (walaupun hakikatnya mereka tidak peduli tentang baki makanan anda yang agak banyak).
c. Sudah tentu disini juga ada restoran makanan segera. Menariknya, kebanyakannya berasaskan ayam. Ada Jollibee, Ayamku Restaurant, KFC & Pizza Hut dah pastinya ada banyak, McD ada 1, dan macam-macam lagi.  Harganya? McD lebih murah dalam dollar brunei, hakikatnya selepas tukar mata wang sama seperti di Malaysia. KFC & Pizza Hut harga sama seperti di Malaysia, kalau tukar mata wang sebenarnya lebihhhhh lebihhhhhhh mahal dari di Malaysia. Jollibee dan Ayamku pula harganya agak murah. Jangan terkejut kalau melihat saiz ayam yang dihidangkan nanti.. Hehehe
d. Mungkin anda ingin ke tempat lebih 'high-class' lepas jemu makan ayam.. Sehingga hari ini, kami sudah mencuba makan di Buffalo Steakhouse. Harga makanan western memang mahal sebenarnya, jadi untuk masuk makan disitu pastikan anda bawa minimum $20 untuk makan stik sedap. :-P Mungkin saya agak 'bias' memandangkan saya gemarkan sos stik yang sedap disitu. Hihi. Saya dan rakan-rakan belum mencuba makan di tempat lain yang boleh dikategorikan sebagai 'high-class'. Tak larat juga kalau sekali makan sampai $30. Baik beli kasut ke selipar ke baju ke, kenyang lama la sikit..

3. Rumah
Alhamdulillah kami tak perlu risau tentang tempat tinggal kerana ia disediakan. Jadi saya tak mampu nak mengulas tentang harga rumah baik sewa mahupun beli.

4. Kereta
Harga kereta lebih murah berbanding di Malaysia. Titik. No komen. Sensitif nih. Rasa nak pengsan bila terlihat harga yang diletakkan di atas sebuah kereta Mini Cooper. Cuba teka harganya? $39,900. Pengsan. Ford Fiesta hanya $277 sebulan. Berapa agaknya di Malaysia ye? Tak perlu cerita tentang kereta Malaysia. Sakit hati. Pedih!

5. Hari Bekerja
Yang ni agak pelik walaupun ia benar. Kalau di Malaysia, Cuti di kebanyakan negeri ialah Sabtu dan Ahad. Manakala beberapa negeri lagi Jumaat dan Sabtu. Tetapi disini cuti jatuh pada hari Jumaat dan Ahad. Ya, kami bekerja pada hari Sabtu.. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa
Dari satu segi, aku lihat secara positif. Tak sempat bermalas-malasan memandangkan cuti berselang dengan hari bekerja. Di Malaysia aku selalu mengalami simptom 'Monday Blues', tapi disini jarang-jarang sekali.
Tapi dari sudut negatifnya? Dalam jangka panjang akan menyebabkan fikiran jadi penat, badan juga mula lesu. Dan ketika itulah aku mula gelisah memikirkan hendak kembali ke negeri yang mengelilingi Brunei, iaitu Sarawak.

6. Gaji
Dibayar dalam mata wang Brunei sudah tentu lumayan. Tapi hakikatnya, dengan gaji ini aku tak sempat hendak bermewah-mewah sebagaimana yang rakan-rakan bayangkan. Hehehe..  Tapi alhamdulillah sempat juga bersiar-siar ke Sabah lagi bersama suami dan anak. Fikirkan, dengan gaji yang sama aku perlu bayar banyak tanggungan lain di tempat asal..

Ok. Rasanya dah banyak masa aku buang petang ni untuk mengarang dalam blog yang dah bersawang ni. Cukup sejam, jadi stop sini dulu. Lain kali aku masukkan gambar-gambar menarik sepanjang disini.

Comments

  1. hehhehehe....cukup 6 bulan utk menulis tentang Brunei ...pengalaman yg cukup rasanya...

    ReplyDelete
  2. Hehe.. tunggu september nanti.rasanya boleh buat sinopsis mantoppp.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum

    Bagaimana pula dengan santapan rohani di sana,ceramah agama/forum etc

    Adakah syiar islam kuat disana dan selalu kah kjaan brunei mengadakan program berunsur Islam/dakwah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anonymous: santapan rohani 24 jam disana. siaran tc (RTB) banyak menayangkan rancangan agama. syiar islam sudah tentu kuat dan menggalakkan kalau melihat kepada program-program yang dianjurkan. Mereka ada aktiviti di masjid-masjid pada hari khamis yang saya sudah lupa namanya. Ianya aktiviti zikir. terbuka untuk semua. di tempat saya bekerja, kami ada majlis tahlil sebulan sekali pada hari khamis. Negara yang amat sesuai untuk mendidik jiwa. Cuma jika silap memilih rakan, rosak binasa juga jadinya seperti di mana-mana negara sekalipun..

      Delete
  4. wah...best2.....tingat makan steak sedap...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Majlis Konvokesyen ke 2

Majlis Konvokesyen ke 2 Politeknik Mukah Sarawak telah pun berlangsung dengan jayanya semalam.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tak kurang gak yang tak berapa nak lancar.. uhuhu! Dan tak lama lagi blog ni akan jadi satu-satunya blogku.. nak 'jumud' kan yang satu lagi.. Tunggu..!

PNB Darby Park at the heart of Kuala Lumpur

As prestigous as it sounds, this is an absolute exclusive place for executives. I was honored for the chance given by my G-boss to have a 5 day stay, dont even have to pay a single cent for anything. From Drop Box Situated 10 minutes walking distance from the well known twin tower KLCC, 2 minutes away from the Putra Station & from Nikko Hotel, and 5 minutes walk to Masjid as-Syakirin KLCC. a suite cost RM1300++ per night. with 3 bedrooms, 2 balcony, living room, 3 toilets, kitchen (wet & dry), tv in all rooms, and tv set + videoplayer (maybe cd + karaoke enabled). as for food, sarapan pagi + makan malam di ground floor's restaurant, The PNB Darby Cafe. In its website it says : "myriad of local and international menu" is very true. Its a small cafe but yet offers so many types of food and drinks. The city view from here, not so lovely. Well, busy road with cars .. what do u expect? but for lunch, u have to follow the dress code. means.. no jeans.. no t-shirt.. and

what's up?

what's up?? i'm officially 9 months pregnant tomorrow, meanings i'll be down to the labor room anytime from now.. please pray for me & baby's health hopefully we'll do fine (the baby is busy kicking my right rib now, enjoying himself too much these days..*sigh adeh! i guess my ribs somehow looks like good punching/kicking bag to him, huh?). yes, 3 time ultrasound scan by 3 different doctor they all said its a boy. gender doesn't bother me, for my own reason boy seems great for me. but of course my husband is the most overjoyed person for baby boy. Still in my tummy but he started talking about playing soccer with my boy! (that explains why he loved kicking my ribs so much these days..) baby's dad was here last weekend but went back to kuching again yesterday. but no worries, my granny will be around in a week and so will daddy. i cant give u my words, but i will try to update my blogs (read suepreggy.blogspot ) and fb status as soon as the baby i