Skip to main content

wahai anak...

sejak kali pertama dapat tahu tentang khabar gembira, aku teringin nak menulis jurnal dalam bentuk diari tentang perjalanan ni. tapi aku takut untuk meletakkan harapan tinggi. Jadi akhirnya aku tulis juga jurnal tapi dalam bentuk blog, yang aku harapkan anak ni akan baca di kemudian hari nanti.
Jadi hari ni aku nak tulis entri khas untuk anak yang sedang aku kandung sekarang. Siapalah yang tahu, entah sampai bila umur aku ni akan bertambah, selain Allah?

Wahai anak..
Janganlah ambil contoh perbuatan/sikap yang buruk, sifat mazmumah.. Mak bukan anak yang baik pada nenek & datuk tapi sedikit demi sedikit dah pun mula berubah sejak dah mula memegang lesen 'matang' di usia 30 tahun. Jadilah anak yang baik, yang tidak lupa pada pegangan agama dalam apa jua hal yang dilalui dalam kehidupan. 

Wahai anak..
Mak pun baru tahu betapa susahnya membawa perut yang berisi manusia ke hulu dan ke hilir setiap hari setiap masa 24 jam sehari. Ke tandas, ke dapur, waktu tidur.. semuanya bersama-sama. Anak kesayangan mak belum lagi menjadi 'sekarung beras' yang berat sehinggalah mencecah 8 bulan (baru semalam). Setiap 30 minit, kadang-kadang 15 minit, mak kena pegi tandas sebab betapa beratnya anak kesayangan mak ni sampai setiap minuman akan keluar semula selepas beberapa ketika di dalam badan. Bila baring, berat sungguh rasa nak duduk.  Bila duduk, susahnya nak bangun untuk berdiri.  Apatah lagi bila terpaksa bangun selalu. Tapi mak tak ingin mengeluh sebab anak kesayangan mak ni dah lama ditunggu-tunggu kehadirannya. Dengan harapan bila lahir kelak akan jadi anak yang soleh, hormat dan kasih pada ibubapanya.. amin!

Wahai anak..
Mudah-mudahan tugas membesarkanmu nanti dipermudahkan Allah. Semoga mak & apak diberi kekuatan, ketabahan, keimanan dan kesabaran yang cukup untuk mendidikmu menjadi manusia berguna. Orang kata, kalau nak lihat bagaimana ibu dan bapa seorang anak, lihat saja anak-anaknya. Merekalah cermin ibubapa. Tapi mak percaya buah hati mak bakal jadi manusia yang lebih baik dari mak & apak. Jadilah anak yang jauh lebih baik sifatnya ok?


Wahai anak..
Geli hati rasa digeletek2 bila ditendang-tendang dan bila tubuh comel dalam perut ni mula bergerak-gerak. Bila lahir nanti, bolehkah buah hati mak ingat lagi kita selalu bersembang bersama? Kadang-kadang bergurau bersama? Kadang-kadang perut mak senget ke kanan.. Kadang-kadang ke kiri.. Kadang-kadang beralun-alun macam ombak bila anak kesayangan mak mula hiperaktif.. Tapi kadang-kadang perit juga bila terkena tendangan di bahagian rusuk. Nakalnya anak mak.. Geli hati, lucu membuat mak ketawa sendiri dirumah tanpa teman. Apak jauh di Kuching cuma boleh jenguk sebulan sekali.. Tapi mak tahu anak kesayangan mak sedar apaknya selalu telefon bertanya khabar kan? Tak sabar nak sentuh kaki anak mak ni bila lahir nanti. Besar mana tapak kakinya? Nanti mak akan cat kaki anak mak ni, dan 'cop' atas kertas. Supaya buah hati mak ni boleh tengok sendiri besar mana kakinya semasa lahir, dan berapa cepat dia membesar.. insyaAllah.. Pagi ni, tak macam semalam.. anak mak cukup aktif. Sejak pagi lagi dah sibuk bermain.. sampai sekarang pun masih lagi 'sibuk'.. alhamdulillah anak mak sihat walafiat sebab dah sarapan pagi kan? hehehe


Cukuplah dulu entri khas untuk anak kesayangan mak & apak ni. Masih lagi mencari nama indah yang sesuai.. Ariq? Areez? atau apa? Masih lagi pening kepala. Apak & mak suka Ariq, dan sebenarnya dah berkenan pada nama tu. mungkin juga dah buat keputusan untuk ambil nama tu? Tapi tunggulah anak mak lahir dulu barulah keputusan akan dibuat.. insyaAllah..

Tak sabar rasanya menunggu sebulan lagi.. Mudah-mudahan aku & anak ni selamat. Amin!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pic blogging?

Dah lama la sangat tak post apa2. Bersawang dah blog. Sibuk dengan kerja, bila free tgk drama online, bila banyaaaak free buat bisnes photobook. Sekarang sibuk pulak dengan persediaan semester jun 2015 politeknik. Ada-ada je lah kerja untuk mempoyo n menyibukkan diri. Tu yg blog pun mcm rumah puaka tak de penghuni.. masuk keluar masuk keluar tak update apa2 pun... Jadi aku buat keputusan nak buat mcm micro-blogging.. tapi pakai gambar dan sedikit caption.. Ini dia gambar pertama. .............. Terkejut tadi tengok apa benda yg melekat kat cermin penumpang belah belakang kereta. Bila tgk dalam, rupanya anak aku punya kerja. Semalam dpt sticker, dia bantai lekat kat dlm kereta.. tergelak sorang bila teringat. Anak aku yg sorang je tu dah 4thn umurnya. Dah dihantar ke sekolah supaya dia ada kawan bermain.. maklumlah.. anak sorang.. belum ada rezeki anak lagi satu...

June 2008: Tanjong Balau Beach, Desaru, Kota Tinggi, Johor Bahru.

During my stay at JB, I managed to go to Tg Balau Beach, Desaru. From Drop Box If youre driving, than it's cheaper compared to renting a car or something. Its more expensive by taxi. I think it took 2 hours drive, plus LOST since I couldnt remember the road.. dont blame it on me?! the road look different from last time, 2005. From JB to Kota Tinggi takes 1 n 1/2 hours considering all the traffic jam on the way out of the city. Then from Kota Tinggi to Desaru approx. 40 minutes. The road might be tricky, so watch for the word Desaru, then Tg Balau on the signboard coz they will definitely help you. Not much to look at during the drive.. expect for hugeeee palm plantations.. Tg Balau is a masterpiece. Facing the South China Sea, clear water, blue sea, and not too many people like in Desaru beach. The one that im showing you in the pic is on the other side of the beach, you can ask for direction to go to the 'jetty' they call it. Or if they dont understand just tell them '...

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...