Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

lelaki yang tak sudi senyum & bertegur sapa

biasa dengar ke? tak biasa kan? aku pun tak biasa..  biasanya yang macam ni , perempuan. mungkin kata-kata aku buat dia benci pada aku. ada kejadian yang menyebabkan aku tak boleh meninggalkan pejabat sebab kalau pergi bermaksud bilik tak berkunci.. waktu tu aku memang tak boleh naik tingkat 3. risiko terlalu tinggi. tapi kawan kita tak prihatin pasal tu.. tak pa, aku tak kisah. aku pun tak mengharapkan semua orang peduli & ambil berat pasal kesusahan kita.. cuma yang buat aku geram, tindakan dia mengunci bilik makmal tempat aku 'bersarang' tu tanpa peduli untuk tutupsekali komputer yang masa tu dengan 'speaker' sedang melalak-lalak. kalau dia tak berminat pun untuk tutup, sekurang-kurangnya cuba fikir kalau speaker masih memekak bermaksud masih ada orang kan? bagi aku yang tak berapa pandai ni, itu 'common sense'..  memang silap aku jugak, aku cakap kat dia.. dia menyusahkan aku dengan tindakan dia tu. tapi bagi dia, tugas dia cuma mengajar dan bu...

"Bumi Cinta"

Aku ni salah seorang dari penggemar novel.  Tapi bukan semua jenis novel. Aku paling gemar kisah 'thriller', seram, penuh kejutan, kisah keluarga, komedi romantik atau kisah cinta misteri.  Ini kali pertama aku membaca novel nukilan penulis yang digelar 'novelis agung'. Sang penulis yang telah menulis beberapa buah novel yang telah difilemkan dan menjadi kegemaran ramai orang seperti 'Ayat-ayat Cinta' contohnya. Walaupun dah berpuluh kali filem 'Ayat-ayat Cinta' dimainkan di tv, aku mendapati bahawa... ia kisah yang patut ditonton. Cuma, jalan ceritanya cepat betul membuat aku bosan.. ciri-ciri 'suspense' aku rasakan tak mencukupi.. TAK CUKUP untuk aku mengatakan, "PEGI LA TENGOK CERITA NI! RUGI KALAU TAK TENGOK!". Terus terang aku katakan, walaupun dah berkali-kali ditayangkan aku tak pernah walau sekali tidak mengantuk dan seterusnya tertidur. TAK PERNAH. Jadi kali ni apabila bersua buku bertajuk 'BUMI CINTA' dan gambar ...

13 minggu dan bertambah...

Hari ini, teringin cuba-cuba untuk menulis di dalam bahasa yang agak 'standard' macam dalam buku. Kita cuba lihat sampai baris ke berapa agaknya boleh bertahan.. Pagi tadi temujanji yang kedua di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA). Tak seperti bulan lepas, nasihat untuk bulan ni dah berkurang. Jangan buat kerja mengangkat barang... Jangan terlampau aktif.. Banyakkan berehat.. Takda ubat, check Hemoglobin. Boleh balik! Yes! Kalau ikutkan hati, rasa tak berminat nak pegi KKIA. Sebab baru Sabtu yang lepas pergi jumpa Dr John Tang. Dia dah bagi 1 ubat pengganti ubat hospital yang ada 3 jenis tu.. Dan ada fiber utk diminum setiap hari. Siap dapat 'scan' dan dengar degupan jantung. Yang buat aku cukup gembira, ini kali pertama kandungan mencecah 3 bulan. Dah 2 kali tak pernah lebih 2 bulan... InsyaAllah kali ini mudah2an Allah bermurah hati mengurniakan rezeki ni kepada kami suami & isteri... Dan yang paling menyeronokkan apabila sewaktu 'scan', mataku sendiri...

hari ahad yang paling lapar..

semalam hari yang paling lapar, melaparkan, dilaparkan.. semua ada.. celik je mata, dah mula fikir nak makan.. makan biskut & minum susu > pas tu sambung balik tidur.. > jam 11 terjaga, perut lapar gila. kaki tangan semua sejuk. menggeletar lagi tu.. cepat2 masak bubur ayam. dah masak terus ngap! > jam 4 lapar lagi.. kal ini cuba2 menggoreng cekodok pasal dah 1 bulan lebih allergic dengan bau minyak goreng. berjaya! dah siap, terus makan.. > jam 7.30 perut dah meragam lagi.. makan apa? makan bubur ayam tadi lah! > malam pun rasa lapar lagi, tapi minum air terus masuk tidur..

'cramp' lagi

tadi pagi 'cramp' lagi.. mungkin sebab lama sangat aku driving. ada traffic jam pulak di bandar Mukah hari ni.. Bandar Mukah ni takda traffic light. Bulatan pun ada 3 je. Dan jarang-jarang 'jam'. Ada program Sejiwa Senada ke apa ntah kat bandar Mukah mula hari ni sampai ahad ni. sebab tu orang penuuuuuhhh.. Yang ramai tu bukan orang Mukah ok.. semuanya dari seluruh sarawak.. pasal CM nak datang utk perasmian. risau dengan 'cramp' tu, lepas beli roti canai terus pecut balik rumah. Rehat sungguh2. Nak tidur tapi jantung aku ni berdebar2 kuat betul. Tu bukan berdebar2 namanya. Aku tak tau nak panggil apa. Tapi sampai tak boleh nak tidur! Kenapa ye?

writing therapy && bestfriend new born baby

I may be not much of a writer, not even good at language. But i do believe writing IS another type therapy. My mood seems a little more uplifted after my previous long entry. Things felt easier after writing them. I used to have a diary a.k.a journal. But ever since I fell in love with the internet, I turn to blogs to express my thoughts and feeling. Used to have friendster blog, then i turn to multiply blog, and changed to blogspot until now.. Each blog space offers different capabilities & functions. I love all of them, of course. Well, relieving stress is so much easier now.. __________________________________ My friend Mazliza gave birth to a healthy baby boy yesterday noon. Adorable. Im not sure if I can call her my bestfriend.. She's like a younger sister to me, IF that's the right feel. (I never have a sister. Im the only daughter.) But i think i can call her a bestfriend eventhough we never realize that she's there whenever im down or need someone to talk t...

tertekan ke? ada la sikit je..

Peringatan & Amaran: Sekadar luahan perasaan orang yang dah lama tak de teman makan tengah hari sebab terpaksa balik makan kat rumah gara-gara tak tahan bau goreng. Dan sekadar luahan perasaan orang yang dah beberapa minggu duduk jauh dari orang lain dan tak boleh nak join macam2 aktiviti macam orang lain. Jadi, jangan la kata aku taip blog ni nak betulkan kesalahan aku pulak. Dah tentu aku ada kesalahan. Cuma kalau tak diberitahu dimana, aku mungkin tak sedar. Jadi instead of terus menyerang, kan baik kalau dijelaskan dimana yang jadi masalah.. TAK PAYAH BACA KALAU TAK MINAT..  dunia aku simple je.. ______________________________________________ Di akhir-akhir semester macam ni, memang biasalah tu kalau masing-masing tertekan dengan tugas masing-masing. Semua orang sibuk nak abiskan silibus. Aku pun sama. Semua orang nak selesaikan macam2 perkara berkaitan kerja. Aku pun sama. Semua orang sibuk nak pergi kursus/ meeting. Yang ni aku mengelak. Biasanya aku sama je macam orang...

nak makan apa?

aku ni, spesis MALAS masak.. bukan tak tau masak, tapi malas ya amat! jadi bila 'berisi', kali ni pertama kali mencecah minggu ke 11 (2 kandungan sebelum ni tak sempat cecah 9 minggu) perkara yang paling aku risau ialah MAKAN. Aku tak makan takpe, takkan kurus punye.. tapi yang dalam perut ni kalau tak makan? Risau pulak aku.. Semalam aku baca satu artikel.. pasal makanan yang sesuai ikut trimester (pregnancy dikira ikut per tiga bulan).. gundah dalam hati tu berkurang sikit. aku bukan risau pasal nak makan, tapi risau pasal kualiti makanan yang aku makan. cukup tak zat? khasiat? cukup tak untuk perkembangan baby? jadi dalam artikel tadi tu tertulis.. bahawa, apa yang dimakan pada trimester pertama tak mempengaruhi kandungan secara langsung. boleh makan macam sebelum mengandung. tapi, itu TAK bermaksud boleh makan nenas, makanan diproses, asam-asam.. bukan.. sah-sah makanan macam tu tak baik untuk kesihatan! (tapi aku gila makan asam ok.. nyermmm..) jelasnya memang aku tak risa...

11th week

pertama: gerakan

30 September baru ni.. gerakan pertama yang aku betul-betul pasti berlaku. Tengah mamai nak tidur, tiba-tiba rasa 3 kali gerakan berturut-turut. Tak tau pergerakan sebab apa. Tapi memang pasti berlaku. Dan memang pasti dari bawah perut ni. Aku tersenyum sorang dan terus hantar sms kat suami. Dia kata, "baby suruh tidur tuuhhhh.." pulak dah.. Dengan hati ceria aku tidur... Aku ni beruntung. tak mengalami mabuk yang teruk macam ada sesetengah orang. Cuma aku tak leh cium bau orang menggoreng. Membayangkan baunya pun buat aku muntah. Setakat ni yang lain aku takda masalah. Cuma disebabkan mabuk ni aku ada masalah nak makan. masakan orang Melayu ni, banyak yang bergoreng. Susah betul nak carik yang bersup di kantin kat sini.. Jadi aku memang selalu takda selera.. Last2, makan nasik putih campur telur asin rebus hancur. Nyam2.. Yang pasti, aku cukup suka makanan tempatan.. Inut.. (dibuat dari isi sagu dihancur dengan air panas, sampai jadi macam jeli/agar-agar. Pas tu makan dengan...