Skip to main content

tertekan ke? ada la sikit je..

Peringatan & Amaran:
Sekadar luahan perasaan orang yang dah lama tak de teman makan tengah hari sebab terpaksa balik makan kat rumah gara-gara tak tahan bau goreng. Dan sekadar luahan perasaan orang yang dah beberapa minggu duduk jauh dari orang lain dan tak boleh nak join macam2 aktiviti macam orang lain. Jadi, jangan la kata aku taip blog ni nak betulkan kesalahan aku pulak. Dah tentu aku ada kesalahan. Cuma kalau tak diberitahu dimana, aku mungkin tak sedar. Jadi instead of terus menyerang, kan baik kalau dijelaskan dimana yang jadi masalah.. TAK PAYAH BACA KALAU TAK MINAT..  dunia aku simple je..

______________________________________________
Di akhir-akhir semester macam ni, memang biasalah tu kalau masing-masing tertekan dengan tugas masing-masing. Semua orang sibuk nak abiskan silibus. Aku pun sama. Semua orang nak selesaikan macam2 perkara berkaitan kerja. Aku pun sama. Semua orang sibuk nak pergi kursus/ meeting. Yang ni aku mengelak. Biasanya aku sama je macam orang lain. Sibuk nak mampus!

Tapi kali ni aku betul-betul take things one at a time. Slowly and easy. Not trying to finish all things up in one day macam dulu. Dah tentu aku tak nak rasa tertekan sebab kerja ni.. ("dunio sokmo nih" kata abe Din). Dah beberapa minggu sejak raya, hidup aku cool je.. Tak de tertekan Tapi hari ni aku jadi tertekan bila tiba-tiba aku jadi macam center pulak. Center of problem.

Kali terakhir program yang aku buat ni tak dikeluarkan memo, pasal tak teringat pasal tu. jadi, takde memo, takda orang panik. Dulu aku buat tarikh cadangan jugak, kemudian kita anjak sebab masa tak sesuai. Tapi tak pulak jadi kontroversi sampai cam ni. Tak pulak sampai macam nak gaduh, dan menyalahkan aku sebab letak tarikh ikut suka. Dah nama cadangan, memang la letak ikut suka kan? Dulu pun bukan semua orang boleh buat kerja pada tarikh tu pasal ada kerja lain atau bercuti, jadi kita mintak tolong orang lain untuk ambil alih kerja kita.. Tak pulak gaduh.. Yang tolong buat kerja pun okey2 aje, tak bising pun..

Adakah sebab kerja tu semua tercatat dalam memo? Bila tercatat dalam memo, ia jadi semacam arahan walaupun tujuan memo tu melantik saja selain untuk SKT. Huhu. Walaupun tarikh sentiasa boleh diubah, tapi aku naik pelik kenapa kali ni macam jadi isu besar pulak. Kenapa sebelum ni tak jadi isu pun? Adakah sebab 'memo'? 

Yang buat aku kecik hati tu bila kali ni aku dijadikan THE VILLAIN. Aku tak bincang tarikh dulu. Tak bincang program dengan orang dulu. Tak buat meeting dulu. Orang tak boleh baca fikiran aku. Semuanya aku tak buat. Memang betul aku tak buat. Sebab bagi aku, semuanya sentiasa boleh berubah.
>>>>Ambik dulu. .>>> kaji >>>lepas tu kita bincang kat mana yang tak kena.
Biasanya itu la yang aku buat. Masalahnya kali ni belum sempat aku buat arrangement untuk meeting dah kena serang, aku panggil tu 'melatah'. Terkejut sebab dalam kesibukan ni tiba-tiba dapat beban tambahan. Jadi, salah ke penggunaan perkataan tu?

Kenapa kerja aku sebelum ni tak dinilai dulu sampai kali ni aku dituding sebagai punca masalah. Terasa macam menyesal jugak ambil tanggungjawab yang orang lain tak sanggup. Terasa seolah-olah dah jadi 'diktator tanpa kuasa rasmi'. Mungkin kata-kata & ketegasan tu kadang-kadang tak boleh dikawal. Aku tau, itu memang diri aku sejak dulu. Dah berpuluh-puluh kali mungkin minta maaf sebab kekasaran bahasa.. TAPI aku tak pernah pulak berniat nak jadi diktator yang tau mengarah je. Prinsip hidup aku sendiri dah bertentangan dengan tu. Aku percaya kalau aku mampu buat sendiri, aku buat dan takkan menyusahkan orang lain. Tapi bukankah "apa yang penting... kerjasama".................
Jadi.. kenapa ya?......
 ......................kenapa ya?
Walaupun dah 4 tahun kerja bersama, nampak sangat orang tak faham gaya aku bekerja. Aku boleh faham gaya kerja kebanyakan rakan sepejabat. Kebanyakannya yang dah lama kerja bersama-sama. Jadi aku tak faham, kenapa ya? Seolah-olah selama kat pejabat tu aku ni tak boleh bertolak ansur langsung. Sedangkan selama ni setiap kali kalau ada masalah aku mesti akan setuju untuk berbincang & tolak ansur ikut kemampuan masing-masing. Itu yang buat aku jadi tersinggung. Sedihnya bila sepupu sendiri salah faham jugak. Ah! Berat!

Wahai hati.. tenanglah... janganlah mudah tersinggung.. janganlah mudah berkecil hati..

Aku tak minta lain, cuma pengertian. Itu pun nampak MUSTAHIL. Kalau kita boleh faham orang, kenapa tak orang lain? Kenapa ya???

Comments

  1. ...innallah ha ma as sabirin...

    ...not everything is according to plan...lebih2 lagik mun involve orang lain...just be brave and hold ur head up high...may Allah be ur source of strength...

    ...cheerio...

    ...dari Kuching...

    ReplyDelete
  2. thanx abg zakir. insyaALLAH.. insyaALLAH..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

what's up?

what's up?? i'm officially 9 months pregnant tomorrow, meanings i'll be down to the labor room anytime from now.. please pray for me & baby's health hopefully we'll do fine (the baby is busy kicking my right rib now, enjoying himself too much these days..*sigh adeh! i guess my ribs somehow looks like good punching/kicking bag to him, huh?). yes, 3 time ultrasound scan by 3 different doctor they all said its a boy. gender doesn't bother me, for my own reason boy seems great for me. but of course my husband is the most overjoyed person for baby boy. Still in my tummy but he started talking about playing soccer with my boy! (that explains why he loved kicking my ribs so much these days..) baby's dad was here last weekend but went back to kuching again yesterday. but no worries, my granny will be around in a week and so will daddy. i cant give u my words, but i will try to update my blogs (read suepreggy.blogspot ) and fb status as soon as the baby i...

Majlis Konvokesyen ke 2

Majlis Konvokesyen ke 2 Politeknik Mukah Sarawak telah pun berlangsung dengan jayanya semalam.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tak kurang gak yang tak berapa nak lancar.. uhuhu! Dan tak lama lagi blog ni akan jadi satu-satunya blogku.. nak 'jumud' kan yang satu lagi.. Tunggu..!

holiday nov2011 01

We had an 'explorace' holiday last November 2011. Our flight to Kuala Terengganu (KL transit) was on 25 Nov. Arrived at night, an we went straight to YT Midtown Hotel. A strategically located hotel and I consider it as budget hotel. Paying RM120 for a RM150 sized room! Its definitely not a boutique hotel or spa resort. But cozy enough to rest and sleep. No weird smell or sound. The small pic of my son was on the plane. The Floating Mosque (i think its called Masjid Tunku Zaharah or something like that..), located at Tanjung Ibai. Its rainy day so we decided to just sightseeing from the car (rented car with very good deal!) Then we went to see Masjid Putih, as the local called it. Passing by the White Mosque (Masjid Putih), the driver took us to the Fishery Department Port. A visit only a few lucky people like us could get! The driver is like the president of fishermen's union or something.. So we get to see the real boat and ships used to fish! Its not like we never...