Skip to main content

"Bumi Cinta"


Aku ni salah seorang dari penggemar novel. 

Tapi bukan semua jenis novel. Aku paling gemar kisah 'thriller', seram, penuh kejutan, kisah keluarga, komedi romantik atau kisah cinta misteri. 

Ini kali pertama aku membaca novel nukilan penulis yang digelar 'novelis agung'. Sang penulis yang telah menulis beberapa buah novel yang telah difilemkan dan menjadi kegemaran ramai orang seperti 'Ayat-ayat Cinta' contohnya.

Walaupun dah berpuluh kali filem 'Ayat-ayat Cinta' dimainkan di tv, aku mendapati bahawa... ia kisah yang patut ditonton. Cuma, jalan ceritanya cepat betul membuat aku bosan.. ciri-ciri 'suspense' aku rasakan tak mencukupi.. TAK CUKUP untuk aku mengatakan, "PEGI LA TENGOK CERITA NI! RUGI KALAU TAK TENGOK!". Terus terang aku katakan, walaupun dah berkali-kali ditayangkan aku tak pernah walau sekali tidak mengantuk dan seterusnya tertidur. TAK PERNAH.

Jadi kali ni apabila bersua buku bertajuk 'BUMI CINTA' dan gambar depannya ialah bangunan bercirikan budaya Rusaya Rusia, St Basil Church... aku terfikir untuk cuba memahami kenapa penulis ini dianggap 'fenomena'.

Baru membuka ulasan daripada pensyarah IIUM di muka depan, aku dah mula lompat 2-3 muka surat, tanpa membaca. 10 muka surat pertama, aku masih bersabar. Membaca setiap bait ayat. Menikmati semua petikan hadis dan ayat-ayat al quran yang diselitkan. 20 muka surat, aku dah mula hilang sabar. Bila nak masuk jalan cerita??? Aku tinggalkan buku untuk tidur. Perjuangan untuk membaca pada malam pertama gagal. Hanya bertahan kurang 20 minit.

Perjuangan hari kedua pula, aku pun memasang tekad untuk menikmati buku ni. Semua kata-kata hikmah, petikan hadis dan quran sangat menarik. kupasan dilakukan dengan sangat teliti. Tapi terlalu membosankan kalau anda tak pernah jumpa dialog antara 2 orang sepanjang 3-4 muka surat. Kalau anda dah biasa baca dialog se-panjang ni, jadi anda takkan ada masalah untuk menikmati buku ni.. Tapi dalam pengalaman aku membaca novel, ni kali pertama aku jumpa perkara macam ni. Hari Kedua ni aku ada banyak masa, jadi aku membaca sampai 1/3 buku setebal 1 setengah inci ni.

Hari Ketiga. Jalan cerita perlahan-lahan naik ke klimaks. Memang sangat perlahan... 2/3 buku baru jumpa klimaks.. Aduh.. Macam nak putus asa..

Hari Keempat. Azam nak menghabiskan buku ni hari ni jugak! Jadi dari lepas balik kerja aku dah mula mengadap. Sayang betul jalan ceritanya terlalu meleret-leret dan lambat sampai kemuncak. Peralihan cerita pun tak berapa kuat. Lebih kurang jam 10 malam, tamat! Tapi ending cukup buat aku benci. Tergantung dan buat aku tertanya2. Patutkah aku buat jalan cerita sendiri untuk puaskan hati? 

Aku simpan buku tu atas rak bersama berbelas2 novel lain. Dalam hati berkata, "Sempat jugak aku terharu dengan beberapa babak. Tapi selebihnya? Tak kuasa nak 'recommend' buku nih!"

Itulah kesimpulan yang aku bleh buat.. Huhuhuhuhu... Baik aku beralih kpd John Grisham & Stephanie Meyer lagi.. Rugi RM26.70.. Cis...

TAPI! Aku tabik 'spring' dengan cerita ni. Ni memang kisah cinta muslim/muslimah yang sangat menarik.  Betapa mencabarnya hidup dizaman moden sebagai orang Islam.

Boleh cuba baca ulasan pembaca ni jugak. Boleh anda nilai sendiri. http://imanmenulis.blogspot.com/2010/03/review-novel-bumi-cinta-karya.html


Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...