Skip to main content

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (8) updated 15.9.2019

update: 5.8.2019
makcik tambah satu drama lagi baru, hotel del luna, lakonan IU dan Yeo Jin Goo.


Hai!

Cerita yang macik tengok baru-baru ni ada pelbagai.

Ada yang rated 18, ada yang jenayah ala2 csi, dan ada yang cerita fallen angel (bahasa kasar nye iblis huhu). tapi makcik tunggu episod masuk 4 baru komen la ye? Kali ni makcik nak ulas pendek2 je. Pasal banyak cerita tengok, semua main tengok sikit2 sambung sikit2. aiman tak kesah nak. dah 17 tahun macik tengok drama bersiri korea jadi emo macik tak terganggu masa tunggu next episode tu. hahahaha. Pengalaman dek non, pengalaman... 
1. Season 2 cerita Partners for Justice dah selesai minggu ni atau minggu lepas macik tak pasti. Makcik tak pernah tengok season 1 tapi yang ni memang bes. Geram sebenarnya pasal dah rakam kat astrok tapi ada yang rakam 8 minit, 2 minit. sapa la sabotaj macik nihh! cerita ni memang macam CSI. tak pasti la kalau inspire ke cane ke, malas nak search (pasal malam ni malam malas membaca, sekian terima kasih.)

Partners for Justice


2. Love Affair in the Afternoon ni cerita curang. selingkuhan. haha! gila sikit. cerita ni berdasarkan cerita Jepun tajuk.. jap.. Hirugao: Love Affair in the Afternoon. kalau tengok yang asal tu memang uncensored la jugak. seksi. yang korea punya ni dia dah tone down sikit. ada la beza sana sini tapi konsep sama. dalam cerita jepun dia bela hamster, yang korea punya dia bela burung. nak tau yang lain tu kena la tengok sendiri. cerita ni rated 18, k! macik suka skandal heroin (cikgu bio tu la) tu dalam versi korea. manishhhh! yang ni baru tengok sampai ep 6 masih main tarik tali, belum sorong papan tarik papan. ehhh!! sori. mulut macik memang le macam gitu, kadang payah nak censor..

update 4.7.2019: baru ada masa nak masukkan review sikit. cerita ni menunjukkan macam mana 'pengaruh rakan sebaya' berlaku. hahah! secara tak sengaja bila geng dengan orang yang biasa skandal, heroin pun terdedah kepada skandal. sama ada ibu anak dua tu sangat bijak manipulate, atau semuanya kebetulan. nanti cerita habis macik update lagi k? disebabkan dah tengok versi asal jadi macik sebenarnya tengok perbezaan jalan cerita je. jadi tak nak la bagi spoiler di peringkat ni kan?

update 16.8.2019: masuk episod 12. dan rahsia cinta aku skandal akhirnya dibongkar. daaannn hidup mula berantakan. tapi pelakon tu buat aku rasa mcm nak jatuh cinta semula pulak. hahaha! buduh!
pada tahap ni buat makcik terfikir macam mana orang boleh berskandal lepas berkahwin. thrill kot ye? adrenaline? buduh. buat susah hati sendiri je. buat pening kepala.
kali ni makcik tampal bintang okey. 




3. Atas nama sinta macik kat si sado tagap tinggi Sung Hoon maka macik gigih menunggu cerita Level Up. Baru tengok beberapa episod. pelakon perempuan ni aku tak biasa tengok la? jarang tengok dia berlakon.. dalam cerita ni sung hoon jadi pakar penyelamat syarikat yang dah nak bangkrap.. dengan gaya tak senyum dia tu, berlagak, terlebih kompiden dan innocent.. menarik jugak la wataknya kali ni. masih tak pasti adakah cerita ni tema cinta jugak ke tak.. rasanya memang akan ke situ jugak perginya. haha!


update 16.8.2019: alahai. sekarang episod 12. tapi masuk episod ke 5, kenapa bosan sangat jalan cerita ni.. benci pulak tengok perempuan ni berlakon walaupun dia pandai berlakon... dan kenapa watak sunghoon selalu macam ni? macam cerita my secret romance. setakat ni macik bosan dohhh!
kali ni, walau 'aku cinta' makcik bagi bintang satu je. huhuhuhu.... 



4. hujung julai ni ramai pulak pelakon kegemaran makcik berlakon. drama keempat ni tajuk Doctor John. pelakon kegemaran macik, Ji Sung. Minat pelakon ni sejak dia berlakon Kill Me Heal Me. sejak tu macik tengok drama dan filem dia sebanyak yang mungkin. ada jugak yang belum sempat tengok, tapi yang baru rasanya semua dah tengok. Ok, permulaan cerita Doctor John buat tanda tanya. paling tak leh move on bila dia jahit dada sendiri sambil nyanyi dan sengih. Aduh, watak dia psycho ke??? Makcik baru tengok 2 ep jadi buat masa ni cerita ni buat makcik nak tau lebih lagi.. tunggu la nanti macik update lagi k?



jadi cukuplah dulu untuk hari ni. makcik cuba update selalu ok!? cuba.. cuba...


update 16.8.2019: dah tengok episod ke 16 perghhh! jisung memang tak pnah mengecewakan! jalan cerita pun dah mula ada misteri sikit. misteri kenapa peguam tu macam benci sangat kat jisung.. weh. menarik. sila tengok sendiri. setakat ni macik bagi bintang banyak ni je. dah habis nanti rating akan bertukar. hihi 


update 15.9.2019: aduhai. tak sempat nak updet blog la makcik. sibuk sikit. dr john dah habis. tapi ending terpulang kepada masing2 utk interpret. cuma nampak bahagia tapi macik tak tau la kesudahan dia sepatut macam mana. ok la. masih kekal 4 star pasal ending dia tu potong stim. huhu

5. Hotel del Luna. hari ni makcik tengok habis episod 1 dan lepas tengok tu terus jatuh cinta kat yeo jin goo (jadi makcik dikira craddle thief ye? huaaa! memang makcik minat tengok jin goo berlakon sejak dia budak lagi). jadiii.. makcik bercadang nak tengok sampai episod 8. lakonan IU pun makin mantap. makcik betul2 suka IU berlakon sejak My Ahjusshi  hari tu. rasanya mungkin cerita ni akan macik masukkan kat link lain nanti. i have a good feeling for this drama.


update 16.8.2019: macik nak simpan komen2 utk cerita ni nanti. macam macik cakap hari tu, nanti macik letak cerita ni kat link lain. pasal rating dia memang kebabom! tak muat skrin nak letak semua bintang yg ade dalam perasaan makcik kat cerita tu. hahaha! ayat, tabley tahan! hahaha

update 15.9.2019: alamak tak sempat nak tengok latest. janji, esok selesaikan yang dah tertinggal jauh tu dan update lagi dgn kadar segera. (bleh caya ke janji makcik ni... hahah)

Comments

Popular posts from this blog

Pic blogging?

Dah lama la sangat tak post apa2. Bersawang dah blog. Sibuk dengan kerja, bila free tgk drama online, bila banyaaaak free buat bisnes photobook. Sekarang sibuk pulak dengan persediaan semester jun 2015 politeknik. Ada-ada je lah kerja untuk mempoyo n menyibukkan diri. Tu yg blog pun mcm rumah puaka tak de penghuni.. masuk keluar masuk keluar tak update apa2 pun... Jadi aku buat keputusan nak buat mcm micro-blogging.. tapi pakai gambar dan sedikit caption.. Ini dia gambar pertama. .............. Terkejut tadi tengok apa benda yg melekat kat cermin penumpang belah belakang kereta. Bila tgk dalam, rupanya anak aku punya kerja. Semalam dpt sticker, dia bantai lekat kat dlm kereta.. tergelak sorang bila teringat. Anak aku yg sorang je tu dah 4thn umurnya. Dah dihantar ke sekolah supaya dia ada kawan bermain.. maklumlah.. anak sorang.. belum ada rezeki anak lagi satu...

June 2008: Tanjong Balau Beach, Desaru, Kota Tinggi, Johor Bahru.

During my stay at JB, I managed to go to Tg Balau Beach, Desaru. From Drop Box If youre driving, than it's cheaper compared to renting a car or something. Its more expensive by taxi. I think it took 2 hours drive, plus LOST since I couldnt remember the road.. dont blame it on me?! the road look different from last time, 2005. From JB to Kota Tinggi takes 1 n 1/2 hours considering all the traffic jam on the way out of the city. Then from Kota Tinggi to Desaru approx. 40 minutes. The road might be tricky, so watch for the word Desaru, then Tg Balau on the signboard coz they will definitely help you. Not much to look at during the drive.. expect for hugeeee palm plantations.. Tg Balau is a masterpiece. Facing the South China Sea, clear water, blue sea, and not too many people like in Desaru beach. The one that im showing you in the pic is on the other side of the beach, you can ask for direction to go to the 'jetty' they call it. Or if they dont understand just tell them '...

confinement, baby blues, moving and so forth..

hi again.. what's up? i'm done with my confinement now almost finished my 90 days maternal leave (less than 30 days) my baby is 2 months 2 weeks, strong legs and neck, better skin reflection, recognize his mom very well now and turn his head when hearing his name called upon. busy planning my move to a new work place, and... head ache thinking about my husband's car (broke down on our way to Sibu last 2 weeks) that's quiet a lot to think about, don't u think so? so, i call it as a gift from god. I was just trying my luck by applying for a place at a new office. I was shocked knowing that my application was approved and it actually turned me blank for a while. There's so much to do! I don't want to hurt my head with so much things to think about yet, so I've decided to just go with the flow... Ramadhan is approaching, Happy Fasting yea! I'll be breastfeeding and fasting for the first time this year. Not sure if I'm capable. Soon will upda...