Skip to main content

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (5)

Bila saya sibuk, memang tak sempat nak jenguk blog. 
Tapi, bila malas tu.. ye malas. ada masa pun tak jenguk blog jugak.
Dah sebulan rasa nak update blog tapi tak jugak buat2..

Bila tengok2 balik yang sebelum ni punya, it turns out saya ada habit tak update walau saya janji update. Janji sudah dicapati berkali-kali...

Jadi kali ni nak share lagi drama yang anda boleh tengok.

Setakat hari ni 24/5/2018 saya rasa Korean Odyssey dan My Ajusshi a.k.a My Mister yang berbaloi untuk ditonton tahun ni. Wajib  tonton .. gitu...


Minggu lepas cerita My Mister dah habis ditayangkan di TVN. 
Saya masih belum boleh move on. 
Masih lagi teringat2 tangisan Lee Sung Kyun di episod finale dan tangisan IU di jambatan dalam episod 6.


My Mister/ My Ajusshi


Ada 2 kisah dalam 1 drama. Tentang watak lelaki tu Park Dong Hoon dan watak perempuan Lee Ji An. Keakraban, kelucuan adik beradik seramai 3 orang dengan Dong Hoon sebagai anak tengah. Juga kisah kesukaran hidup Lee Ji An yang dirungkai satu persatu.

Kalau difikirkan, banyak kisah realiti yang dipaparkan. Bukan kisah orang kaya macam dalam kebanyakan typical drama, baik drama melayu nusantara mahupun Korea. Mungkin kerana terlalu sedikit jutawan muda dan anak jutawan yang kacak bergaya dan romantis sebab tu ia jadi bahan imaginasi dan khayalan terbaik untuk membuai emosi makcik2 bawang dan adik2 bawang.

Drama ni memaparkan macam mana susahnya seorang bekas banduan hendak masuk ke dalam masyarakat dengan keadaan kewangan yang teruk. Nampaklah disitu bagaimana kejamnya dunia terhadap orang yang tak berkemampuan. Membuat aku terkedu dan berfikir berkali2 mungkin aku pernah buat hal yang sama kejam tanpa sedar. dengan hidup kita yang agak senang (tak perlu berlapar sebab tak da duit contohnya), menyebabkan kita lupa pada orang lain. Di akhir setiap episod semakin menguatkan hati saya untuk berbuat baik kepada orang lain walaupun mereka melayan kita sebaliknya.

Boleh tengok klip ni kalau nak bayangkan kesedihannya.


Dear Moon by JeHwi

Dah lama tak tengok cerita yang banyak kata-kata bijaksana. Skrip drama ni sangat sensitif terhadap realiti kehidupan.  Bagaimana kita boleh bertahan untuk melalui hidup hari demi hari, terus2an cuba untuk positif, cuba belajar memaafkan dan mengelak dari menyimpan dendam. Betapa kata-kata yang kita luahkan dengan ikhlas boleh mengubah fikiran seseorang.

Ni bukan cerita cinta biasa. Ia benar-benar luarbiasa dan universal. Kasih sayang dan kesetiaan semuanya dipaparkan dengan jujur. Kisah pengkhianatan, kecurangan, kebodohan juga ada.

Saya bukan peminat mana-mana pelakon dalam drama ni. Walaupun kenal pada hero dan heroin tapi memang bukan peminat. Saya dah pernah menonton  lakonan IU dalam Scarlet Heart Ryeo. Memang kaku. Saya tak pandai berlakon jadi kalau nampak lakonan kaku memang saya cepat perasan. Drama Scarlet saya tak pernah habiskan menonton walaupun saya suka Lee Junki. Tak sampai 10 episod saya dah rasa jelak, bosan melihat lakonan IU.

Tapi kali ni saya terkejut dengan betapa baiknya lakonan IU. Tangisannya, senyumannya semua saya suka. Benar2 buat saya yakin watak ini benar-benar mengalami kepayahan dalam hidupnya. Benar2 terseksa. Benar2 polos juga. Dengan lawak umur 30000 dia tu, saya boleh faham bagaimana dia sudah tak ingin bercampur gaul dengan orang lain kerana konflik dirinya dan rasa rendah dirinya.

Lee Sung Kyun yang melakonkan watak Park Dong Hoon memang diakui sebagai pelakon hebat. Baik drama lucu, epic historic, serius semuanya dia boleh lakonkan dengan baik. Watak dalam drama ni paling menyentuh hati, dengan garis-garis usia di bucu matanya tu buat aku ikut menangis bila dia menangis di episod terakhir. Menyentuh hati.

Tontonlah drama ni. Saya recommend drama ni. Nak tengok apa seorang Jurutera Struktur buat, bolehlah tengok serba sedikit dalam drama ni. Ada unsur healing di dalamnya. 

Kalau ada 5 bintang, saya bagi 10 bintang utk drama ni. Heheh

Ni lagu terbaik dalam drama ni.
An Ordinary Day by Jung Seung Hwan.

Jung Seung Hwan ni salah seorang peserta rancangan Kpop Star Season 4 yang dimainkan di SBS.  Pernah tengok masa Kpop Star masih dimainkan di tv, sempat jugalah tengok JSH ni. Saya rasa inilah Raja OST terbaru di Korea Selatan. Dengan suara sayu, beremosi tu buat lagu-lagunya sedap didengar. Ok. Layan!

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...