Aku duduk mendodoikan anak aku dalam buaian semasa hujan lebat petang semalam. Lima minit sebelum itu aku pulang dari Pustaka Negeri (perpustakaan), menghadiri satu seminar mini untuk menambahkan ilmu dan mengaktifkan semula otak yang dah mula berkarat sejak cuti bersalin.. Keluarga aku bukanlah keluarga alim ulama' tapi satu yang pasti, kami adik-beradik habis mengaji al-Quran sebelum masuk sekolah menengah. Melihat ada anak-anak yang masih terkial-kial dengan Iqra' padahal sudah hampir masuk sekolah menengah membuat aku tertanya-tanya dimana silapnya? Salahkah jika ibu-bapa kedua-duanya mencari nafkah? Bukankah dahulu semasa zaman datuk nenek kita, ibu hanya dirumah menjaga keperluan anak-anak dan ayah keluar mencari nafkah hingga asar. Sebelah malam ayah dan ibu mula keluarkan rotan untuk mengajar Muqaddam (sekarang Iqra') dan Quran kepada anak-anak.. Tiada kartun Shin Chan, Doraemon yang menyebabkan anak-anak enggan mengaji.. Ayah dan ibu khatam (selesai) al-Quran bebe...
segala benda yang makcik nak merapu. dari drama korea, sampai la waktu operasi imigresen. ehhh kau diam! macik punya blog macik punya suka laaahhh! hihi