Skip to main content

terhakiskah budaya keislaman?

Aku duduk mendodoikan anak aku dalam buaian semasa hujan lebat petang semalam. Lima minit sebelum itu aku pulang dari Pustaka Negeri (perpustakaan), menghadiri satu seminar mini untuk menambahkan ilmu dan mengaktifkan semula otak yang dah mula berkarat sejak cuti bersalin..

Keluarga aku bukanlah keluarga alim ulama' tapi satu yang pasti, kami adik-beradik habis mengaji al-Quran sebelum masuk sekolah menengah. Melihat ada anak-anak yang masih terkial-kial dengan Iqra' padahal sudah hampir masuk sekolah menengah membuat aku tertanya-tanya dimana silapnya? Salahkah jika ibu-bapa kedua-duanya mencari nafkah? Bukankah dahulu semasa zaman datuk nenek kita, ibu hanya dirumah menjaga keperluan anak-anak dan ayah keluar mencari nafkah hingga asar. Sebelah malam ayah dan ibu mula keluarkan rotan untuk mengajar Muqaddam (sekarang Iqra') dan Quran kepada anak-anak.. Tiada kartun Shin Chan, Doraemon yang menyebabkan anak-anak enggan mengaji.. Ayah dan ibu khatam (selesai) al-Quran beberapa kali dalam setahun jika memiliki ramai anak. Indah bukan? Dunia dah jauh berubah, sekarang ayah dan ibu kedua-duanya mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik. Tapi adakah rezeki yang dikejar menjadi alasan yang baik untuk melupakan budaya hidup keislaman yang pernah dilalui semasa kita kanak-kanak dahulu?

Aku teringat keluarga angkatku di Johor dan Selangor. Bila masuk maghrib, TV ditutup sampai selesai waktu Isya'. Bermula 6 petang semua ahli keluarga sibuk bersiap untuk solat jemaah di rumah atau ke surau/masjid. Selepas solat jemaah, mula membaca al-Quran sehingga masuk waktu solat semula. Selesai Isya', keluarga makan bersama sebelum duduk didepan TV.. Budaya timur yang diselitkan ciri keislaman.. Aku sendiri bukan muslimah yang baik.. Banyak sungguh ilmu yang tidak diamal sehinggakan aku terasa jahil semula.. Aku ingin menerapkan nilai-nilai sebegini, jadi aku cuba mengajar diri sendiri tentang disiplin menunaikan solat dan membaca al-Quran.. Harap-harap hati ni cepat lembut..

Cuba baca akhbar sekarang. Banyak sungguh berita sumbang mahram, baik rela mahupun paksa. Sedih sungguh hati membaca perkara-perkara buruk sebegitu berlaku di negara dimana Islam adalah agama rasminya.. Adakah internet yang menyajikan hiburna porno secara percuma yang bersalah? Itu cuma salah satu daripada penyumbang.. Sumbang mahram sudah berlaku sejak dahulu sebelum wujudnya TV! Teknologi sememangnya salah satu daripada penyumbang kepada perkara buruk sebegini.. Jadi, adakah wajar jika kita ajarkan Pendidikan Seks di sekolah? Bagi aku, mungkin bukan sebagai satu mata pelajaran sebaliknya sebagai salah satu bab di dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan??! Kenapa tidak? Ya, memang 'taboo' tapi perlu diajar.. Anak-anak perlu faham baik buruknya seks tanpa fikiran rasional dan pemahaman tentang tanggungjawab yang perlu dipikul..

Manusia bunuh-membunuh, mengamok.. macam orang gila.. haduui.. pening kepala baca surat khabar.. Sudah kosongkah dada manusia? Sudah pupuskah agama yang menjadi penyuluh hidup??

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...