Skip to main content

Raya dan Brunei (2013)

Raya tinggal beberapa hari lagi, ada yang rasa gembira ada yang rasa sedih dan ada yang berbelah bagi perasaannya seperti saya. Sedih kerana rasa kerugian kerana tak banyak perubahan berjaya dilakukan, sedih kerana ada matlamat tidak tercapai dan ada rasa gembira sebab boleh berkumpul bersama keluarga lagi..

Saya pernah rasa beraya di pelbagai negeri dalam Malaysia, dari Johor sampai ke Terengganu. Dari raya paling bosan sampai raya paling seronok. Rezeki Raya untuk perantau memang selalu ada, dalam pelbagai rupa. Raya di Brunei antara yang paling mengujakan sepanjang hidup saya yg sudah mencecah angka 36 ni.. 

Tahun 2013. Saya berpeluang untuk bertugas di Brunei, di Politeknik Brunei Darussalam selama 6 bulan. Pengalaman paling menyeronokkan.
Sebenarnya matlamat hendak meletakkan rangkaian pos tentang negara jiran ni tak dapat saya tunaikan berikutan tuntutan hidup. Sibuk dengan kerja sepenuh masa dan separuh masa, kadang kala pada masa terluang saya dilanda perasaan malas untuk mengarang (walau hakikatnya cikgu BM saya di sekolah kata BM saya macam org India, mungkin kerana struktur bahasa yang tak tentu hala) Jadi saya putuskan saya akan pos mengikut tema. kali ini tema beraya.

Bagi saya, Raya Aidilfitri di Brunei hampir sama meriahnya dengan raya di Sarawak. Kami gemar menghidangkan;
  1. air bergas,
  2. kek lapis atau kek dalam kek
  3. kelupis, lemang, ketupat dengan rendang, kari, kurma
  4. buah-buahan kering,
  5. gula2, kekacang dan banyak lagi

Sebelum raya, perlu cerita bulan puasa. Saya akan ceritakan dalam entri seterusnya. Kena sabar banyaklah ya. Kan puasa  ni. hahaha!

Di Brunei, rumah terbukanya harus dilawati. Inilah peluang melihat-lihat rumah mereka kerana mereka agak pemalu dan sukar untuk menjemput orang luar yang kurang dikenali ke rumah untuk berhari raya. Ramai kata, di sana tiada rumah kecil semuanya besar kerana mereka kaya. Sebenarnya, ada rumah kecil tapi di kampung kecil di luar bandar. Kalau kita bandingkan mata wang kita dengan mereka dah pasti kita miskin. Tapi jika kita ambil kira kehidupan mereka dengan harga barangan di sana kita sebenarnya hampir sama saja.

Sepanjang bulan Syawal, ramai yang mengadakan rumah terbuka. Ketika itulah kita boleh cuba makanan tempatan yang dimasak sendiri dirumah, atau hasil tempahan 'catering'. Duit raya mungkin kita tak perlu cerita, mereka juga seperti kita memberi ketika mampu tetapi tetap pemurah dengan hidangan makanan. Meja yang penuh dengan makanan barat sehingga makanan tradisi semuanya kita boleh rasa.
Rumah Dr. Hj Asri. Assistant Director Politeknik Brunei ketika itu.
Rimba. 
Gambar pertama ini rumah terbuka pertama kami, kalau saya tidak silap. Rumah yang amat besar, kelihatan seperti 3 tingkat dari luar jadi kemungkinan besar ia memang tiga tingkat. Maaf saya agak segan hendak bertanya jumlah aras dalam rumah tersebut. Ini kali pertama kami masuk ke rumah yang begitu besar dan gah di Bandar Seri Begawan. Dengan langsir yang panjang dari tingkat paling atas sehingga mencecah lantai, perabot kayu jati, lantai berlaminasi, set meja makan yang boleh memuatkan beberapa keluarga... wah. Entah bila saya akan mempunyai kemampuan membeli rumah sebegini di Malaysia. Kalau di Kuching, tahun ini rumah sebegini yang kosong bernilai sekurang-kurangnya 2.5 juta. Dr Asri bersama 3 individu lainlah yang menemuramah kami ketika masih diperingkat pemilihan untuk berkhidmat di sana.

Rumah Tuan Alias Hj Abu Bakar Assistant Director Terkini
Rumah guru-guru merupakan di antara rumah paling besar dan cantik di sana.

Lambak Kiri (betul ke ni..)
Rumah seterusnya dalam gambar kedua adalah rumah Timbalan Pengarah terkini, mungkin dia masih lagi di dalam jawatan yang sama sekarang memandangkan gambarnya masih lagi dipaparkan di dalam laman web Politeknik Brunei.

Rumah pemandu yang sering membawa kami kemana-mana sahaja. Saya akan update namanya sebaik saya ingat kembali. Saya agak lemah mengingati nama.. 
Rakyat Jati.
Gambar ketiga ini rumah pemandu kenderaan kami yang sering sudi dan bersenang hati untuk membawa kami kemana saja.. Dialah yang berjasa menghantar kami ke pejabat dan pulang semula kerumah, dia juga sudi membawa kami singgah dimana-mana saja seperti yang kami minta. Sangat baik orangnya. Rumahnya teres, sederhana tetapi satu persamaan walau mana-mana rumah pun ialah mereka mempunyai ruang tamu khas untuk meraikan para tetamu. Ruang itu biasanya dilengkapi penyaman udara dan set tempat duduk yang paling cantik dan selesa. Kami amat terkejut sewaktu menjejakkan kaki ke ruang tamu rakan ini kerana permaidaninya amat tebal. Serasa tenggelam ke dalam permaidani.

Rumah rakan sebilik saya di pejabat, Umi Amal Hafizah. maaf umi tak minta kebenaran.
Bengkurong Masin.
Gambar di atas ini di rumah rakan sepejabat saya, si comel Umi. Tinggal di kawasan kampung, rumahnya jauh di Bengkurong Masin. Terdapat satu persamaan di semua rumah-rumah yang kami lawati, mereka semuanya menggantungkan gambar pemerintah mereka iaitu Sultan Hasanal Bolkiah bersama dengan gambar keluarga mereka. Pasti mereka amat menyayangi baginda kerana baginda amat terkenal sebagai raja yang pemurah, baik hati dan amat mengasihi rakyat jelata. Kadang kala kita boleh lihat sendiri gambar mereka bersama baginda turut dibingkaikan cantik-cantik.

Rumah sewa kami di Kpg Rimba

Kpg Rimba
Pada hari yang sama selepas menziarahi rumah Umi, kami turut mengadakan rumah terbuka di salah sebuah rumah rakan. Kami tinggal di kawasan yang sama, sebuah rumah untuk setiap keluarga (4 lelaki dengan keluarga, saya dan rakan perempuan (kak Siti) berkongsi sebuah rumah), rumah dilengkapi semua keperluan asas termasuk TV. Alhamdulillah agak ramai juga pelajar dan staf yang sudi menghadiri rumah terbuka kami. Saya sendiri jenis segan yang amat dengan orang yang tidak dikenali jadi saya lebih gemar membantu di belakang tabir. Sempat juga saya melayani keluarga saya yang sudi datang ke rumah terbuka kami. Keluarga bau bacang saya ini saya cari dengan bantuan beberapa rakan. (Bagaimana saya cari? Dengan hanya beberapa keping gambar lama tertulis alamat rumah lama. Berjam lamanya saya memandu keluar masuk semua simpang di kawasan itu dan kami gagal menemui alamat yang tertera. Sebaik kami selesai mengerjakan solat Asar di masjid berdekatan barulah kami mendapat bantuan ahli kariah disana dan akhirnya berjaya menemui keluarga yang dimaksudkan. Saya mungkin kelihatan sedikit mencurigakan, tetapi hampir tidak percaya apabila seorang wanita mengiyakan gambar yang saya tunjukkan kepadanya dan kemudian memanggil suaminya. Siapa sangka silaturrahim berjaya disambungkan kembali?)

Rumah Hj Zack, Hj Zakaria. HoD di Estate Management merangkap HoD Dept Science and Engineering ketika itu.

Muara. (Kalau tidak silap saya, di Salambigar. Tidak jauh dari rumah keluarga bau bacang kami disana.
Inilah rumah tercantik yang kami pernah lawati selama di Brunei. Serius. Dengan luaran sebegitu, siapa tidak terpegun dan tertawan? Saya hampir pasti rumah ini juga 3 tingkat. Beliaulah yang membantu kami mendaftar SIM card talian telefon bimbit, menguruskan perihal tempat tinggal kami dan pelbagai hal lagi.
Rumah Hj Zack, Hj Zakaria. 
Rumah Hj Zack, Hj Zakaria.

Beraya di pejabat juga tak kurang menariknya. Gaya potluck begini memang meriah.

Pelbagai makanan di Sambutan Aidilfitri Politeknik Brunei

Pelajar dan rakan staf di Sambutan Aidilfitri Politeknik Brunei. Takleh beza kan? Biarlah misteri hahahaha

Sambutan Aidilfitri mengikut Jabatan di Politeknik Brunei

Gambar seterusnya merupakan ziarah raya paling istimewa bagi saya. Kami menuju ke sebuah kampung di pedalaman sekitar Temburong untuk beraya di dua buah rumah pelajar. Kampung bernama Kpg Bakarut ini terletak di dalam Mukim Bekok/Bokok. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit dengan menaiki bot laju. Rumah terakhir merupakan destinasi sebenar kami. Disana kami dihidangkan makan tengah hari selain biskut dan kek raya yang menyebabkan kami akhirnya tertidur di dalam perjalanan balik ke BSB semula. Hahahhaa. emang dasarrrr. Rumah batu besar dikelilingi kebun buah ini amat aman dan tenang. Kami temui menu istimewa disini iaitu Wajik Jawa. Kami sempat ke kebun di belakang rumah pelajar ini untuk melihat sendiri daun yang digunakan untuk membalut wajik ini. Rasanya sedap dan manis, seperti wajik di Semenanjung Malaysia juga. Ibu bapa pelajar ini melayani kami dengan amat baik. mungkin sekali pensyarah anak-anak mereka jarang berkunjung raya sehingga sebegini sekali. Geng IT ni memang terbaik! Hahahhaa


Kpg Bakarut di Temburong


Sempat juga kami singgah di Taman Batang Duri sebelum balik.

Tak berani nak turun tengok sungai ni. Jeram.

Bunga Pukul 10 atau lebih dikenali dengan nama Ros Jepun

Dr Porsche di Kilanas
Kilanas.
Di rumah ini kami berpeluang melihat Porsche dengan lebih dekat. Hahahahaha. Kereta besar atau mewah bukan pelik di sana. Begitu ramai memandu Mazda, Lexus, Fairlady, range Rover, Audi kalau bertuah, bolehlah menunggu lampu merah bersebelahan Porsche dan Lamborghini di tengah bandar BSB. Pelajar pergi ke kelas turut menaiki kereta mahal, yang hanya saya berangan untuk memilikinya. Heee
Di rumah bersebelahan rumah ini saya berpeluang merasa Mi Sup Brunei. Enak dan saya sendiri tidak tahu dimana hendak mencubanya di BSB.

Tradisi kunjung mengunjung di sana masih kuat, di bulan Syawal inilah kita boleh ber-maraton raya dan menikmati bermacam jenis makanan. Ya. Tolong abaikan kiraan kalori semasa berziarah. Hehehe.
Ha... indahnya beraya di Brunei. tapi tetap lebih indah di kampung sendiri.
Gambar terakhir ialah pada hari raya kedua , dimana saya dan keluarga saya (suami, anak, ibu bapa saya termasuk beberapa adik saya) telah pergi menziarahi Istana Darul Iman untuk merasai sendiri pengalaman mengadap baginda Sultan Hasanal Bolkiah (bagi yang lelaki) dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (bagi bini-bini; bermaksud perempuan/wanita). Berbaris untuk masuk makan, tidaklah mengambil masa yang lama. Tetapi saat kami berbaris untuk mengadap.. aduh mak ai... perut yang terlampau kenyang tadi dah kembali lapar.. 




Cukuplah dulu kali ini. Saya ambil masa beberapa jam untuk menyiapkan satu entri begini. Sangat amatur.

Comments

Popular posts from this blog

Pic blogging?

Dah lama la sangat tak post apa2. Bersawang dah blog. Sibuk dengan kerja, bila free tgk drama online, bila banyaaaak free buat bisnes photobook. Sekarang sibuk pulak dengan persediaan semester jun 2015 politeknik. Ada-ada je lah kerja untuk mempoyo n menyibukkan diri. Tu yg blog pun mcm rumah puaka tak de penghuni.. masuk keluar masuk keluar tak update apa2 pun... Jadi aku buat keputusan nak buat mcm micro-blogging.. tapi pakai gambar dan sedikit caption.. Ini dia gambar pertama. .............. Terkejut tadi tengok apa benda yg melekat kat cermin penumpang belah belakang kereta. Bila tgk dalam, rupanya anak aku punya kerja. Semalam dpt sticker, dia bantai lekat kat dlm kereta.. tergelak sorang bila teringat. Anak aku yg sorang je tu dah 4thn umurnya. Dah dihantar ke sekolah supaya dia ada kawan bermain.. maklumlah.. anak sorang.. belum ada rezeki anak lagi satu...

June 2008: Tanjong Balau Beach, Desaru, Kota Tinggi, Johor Bahru.

During my stay at JB, I managed to go to Tg Balau Beach, Desaru. From Drop Box If youre driving, than it's cheaper compared to renting a car or something. Its more expensive by taxi. I think it took 2 hours drive, plus LOST since I couldnt remember the road.. dont blame it on me?! the road look different from last time, 2005. From JB to Kota Tinggi takes 1 n 1/2 hours considering all the traffic jam on the way out of the city. Then from Kota Tinggi to Desaru approx. 40 minutes. The road might be tricky, so watch for the word Desaru, then Tg Balau on the signboard coz they will definitely help you. Not much to look at during the drive.. expect for hugeeee palm plantations.. Tg Balau is a masterpiece. Facing the South China Sea, clear water, blue sea, and not too many people like in Desaru beach. The one that im showing you in the pic is on the other side of the beach, you can ask for direction to go to the 'jetty' they call it. Or if they dont understand just tell them '...

confinement, baby blues, moving and so forth..

hi again.. what's up? i'm done with my confinement now almost finished my 90 days maternal leave (less than 30 days) my baby is 2 months 2 weeks, strong legs and neck, better skin reflection, recognize his mom very well now and turn his head when hearing his name called upon. busy planning my move to a new work place, and... head ache thinking about my husband's car (broke down on our way to Sibu last 2 weeks) that's quiet a lot to think about, don't u think so? so, i call it as a gift from god. I was just trying my luck by applying for a place at a new office. I was shocked knowing that my application was approved and it actually turned me blank for a while. There's so much to do! I don't want to hurt my head with so much things to think about yet, so I've decided to just go with the flow... Ramadhan is approaching, Happy Fasting yea! I'll be breastfeeding and fasting for the first time this year. Not sure if I'm capable. Soon will upda...