Skip to main content

Puasa di Brunei (2013)

Ada ke yang menunggu pos ini? Hahaha. Syok sendiri je hakak ni kan...



Bertuahnya orang yang bekerja sebagai penjawat awam di Negara Brunei. Masuk kerja 8 pagi dan balik jam 2 petang. Sebelah petangnya boleh menambah ibadah atau menambah pendapatan sampingan. Di Malaysia, bulan puasalah bulan dimana rezeki melimpah ruah. Ketika itulah peniaga tiba-tiba muncul seperti cendawan lepas hujan. Berniaga makanan, pakaian, dan bermacam keperluan lagi.

Apakah lagi perkara lain yang menarik selain itu?
Makanannya, pengimarahan masjidnya, sktiviti sepanjang bulan puasa, tarawih. Mungkin ada lebih banyak lagi yang kami tidak ketahui.

Kurma Kurnia Sultan
Setiap kali berpuasa, Sultan Hasanal Bolkiah pasti ada memberi Kurma Kurnia Sultan ini kepada rakyatnya. Kami berpeluang pergi mendapatkan kurma ini di rumah ketua kampung dengan pergi mencari sendiri rumah  ketua kampung. Alhamdulillah memang rezeki kami.

Pengumuman Puasa
Sama sahaja seperti di Malaysia, mereka punya pengumuman sendiri. Susunan isi kandungan sama sahaja, cuma laras bahasanya akan kedengaran sedikit berbeza.

Bazar Ramadhan
Bazar paling besar kemungkinan di Stadium Hasanal Bolkiah. Terdapat berpuluh gerai makanan dan minuman, tetapi usahlah mengharapkan sesuatu yang berbeza sama sekali kerana rumpun kita sama. Mereka juga menjual mi goreng, popia goreng, kuih muih, nasi ayam seperti di Malaysia. Cuma ada beberapa jenis makanan yang benar-benar menarik perhatian saya, seperti masakan paru yang digoreng kering bersama rempah seperti jintan manis dan ketumbar. Maaf dah lupa namanya. Akan update bila teringat nanti.

Bazar ramadhan di Pasar Gadong juga tak kurang hebatnya. memandangkan ia juga sebenarnya pasar kering dan basah maka bolehlah kita dapatkan sikoi merah, oren, kuning mahu berbiji, kurang biji atau tiada biji, mahu besar atau kecil, mahu potong setengah atau potong separuh. Serba ada. Sikoi ialah buah tembikai a.k.a semangka. Juga ada dijual kuih kering dan pelbagai kuih muih, agar-agar, puding, kek lapis dan bermacam-macam lagi.

Imarah masjid, tarawih, program tadarus al-Quran, zikir beramai-ramai, malah tahlil setiap Khamis. Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang berlangsung sepanjang Ramadan. Seumur hidup saya tidak pernah bertemu rakan yang mampu menghabiskan separuh al-Quran dalam masa setengah bulan, disinilah saya menemui rakan serba istiqamah sebegitu. Aktiviti agama Islam begitu banyak, rakyatnya taat beragama, rajin meramaikan masjid yang cantik-cantik. Saya sendiri diberi Allah peluang mengenali insan yang sering mengerjakan solat Dhuha di pagi hari, membaca doa sebelum memulakan pekerjaannya hari itu, cukup berdisiplin sehinggakan rutin hariannya hampir sama sahaja dengan kehidupannya diatur sekitar waktu solat. Bukan sebaliknya seperti yang saya amalkan. Namun hati manusia dengan mudah boleh dibolak-balikkan di antara kekal istiqamah dan tidak, kelemahan sebeginilah yang menyebabkan jiwa saya sering kacau tanpa sedar. Moga kita mati dalam iman, berhusnul khatimah..
Pemandangan di dalam dan luar beberapa masjid paling terkenal di BSB


Masjid berkubah emas ini bernama Masjid Hassanal Bolkiah

Ini tidak kita temui di Sarawak atau Sabah. Bertuntong skala besar, standard syarikat multi-nasional.

Lampu hiasan
Tuntong merupakan aktiviti 10 Ramadhan terakhir yang popular di Sarawak. Di Brunei kami ada melihat mereka menyalakan lampu, tapi entah kenapa saya dan house mate tidak pernah melihat tuntong skala kampung seperti di Malaysia. Yang pernah kami lihat, versi skala multi-nasional sebegini. Syarikat menjual kereta ini bersaing menayangkan lampu hiasan a.k.a tuntong paling hebat. Inilah resipi keindahan akhir Ramadhan di dalam masyarakat Melayu.
Malangnya kalau bercerita tentang makanan, kami tidak boleh melupakan kedai ini. Pemiliknya dengar khabar orang Malaysia, mereka memasak Tomyam jernih yang sangaatttt sedap. Cukup serba-serbi rempahnya. Terletak berhampiran Hotel Asma di Jerudong, kami wajib singgah makan di sini sekurang-kurangnya sebulan sekali dek terkena penangan tomyam kaw mereka. Boleh juga menempah untuk berbuka puasa disana. Oleh kerana mereka menetapkan jumlah tempat duduk, maka tiada masalah kekurangan tempat duduk berlaku ketika bersungkai (iftar/ berbuka puasa)

Kalau ke Brunei di bulan selain bulan puasa juga InsyaAllah ia boleh menjadi pengalaman menarik. Masuklah ke mana-mana kedai makan selagi tiada tanda "Makanan Tidak Halal" anda boleh rasakan pelbagai jenis makanan baik resipi tradisional seperti masakan melayu Malaysia sehingga makanan cina atau korea. 3 bulan terakhir disana, saya dan kak Siti (housemate saya) gemar mengunjungi restoran Hong Kong Dimsum untuk menikmati pelbagai jenis dimsum, siew mai dan banyak lagi. Begitu mudah mencari makanan halal, berbekalkan wang Brunei Dollar 10 pun sudah cukup untuk membolehkan anda makan sampai tak boleh bangun di BSB. Janganlah mencari gerai, kerana memang tiada. Mereka tidak dibenarkan membuka gerai sebaliknya boleh memohon bantuan kerajaan untuk membuka restoran. Kos untuk makan di restoran gaya buffet rata-ratanya kurang $10. 

Saya tidak galakkan anda ke KFC dan Pizza Hut ketika di sana kerana ia jauh lebih mahal daripada harga di Malaysia. Contohnya jika harga 1 set snack plate adalah sekitar RM11 di Malaysia, di sana harganya juga 11 tetapi dalam Brunei Dollar. Kalau mengidam, apa kata teruskan saja perjalanan sehingga ke Limbang kerana disana anda kembali ke alam nyata dengan harga KFC Malaysia.

Argh... bikin lapar. Jom belasah Megi sebungkus sblm tido. (memang la tak kurushhh)

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...