Ada ke yang menunggu pos ini? Hahaha. Syok sendiri je hakak ni kan... Bertuahnya orang yang bekerja sebagai penjawat awam di Negara Brunei. Masuk kerja 8 pagi dan balik jam 2 petang. Sebelah petangnya boleh menambah ibadah atau menambah pendapatan sampingan. Di Malaysia, bulan puasalah bulan dimana rezeki melimpah ruah. Ketika itulah peniaga tiba-tiba muncul seperti cendawan lepas hujan. Berniaga makanan, pakaian, dan bermacam keperluan lagi. Apakah lagi perkara lain yang menarik selain itu? Makanannya, pengimarahan masjidnya, sktiviti sepanjang bulan puasa, tarawih. Mungkin ada lebih banyak lagi yang kami tidak ketahui. Kurma Kurnia Sultan Setiap kali berpuasa, Sultan Hasanal Bolkiah pasti ada memberi Kurma Kurnia Sultan ini kepada rakyatnya. Kami berpeluang pergi mendapatkan kurma ini di rumah ketua kampung dengan pergi mencari sendiri rumah ketua kampung. Alhamdulillah memang rezeki kami. Pengumuman Puasa Sama sahaja seperti di Malaysia, mereka puny...
segala benda yang makcik nak merapu. dari drama korea, sampai la waktu operasi imigresen. ehhh kau diam! macik punya blog macik punya suka laaahhh! hihi