Skip to main content

Aku dan Brunei Part 2

written months before. late post>>

Salam hujan dan banjir.

Hujung tahun ni banyak tempat yang kena banjir. Harap-harap rumah kami tak kena banjir..

Bila memikirkan banjir, hanya 1 perkara bermain di dalam fikiran aku. "JANGAN BELI BANYAK PERABOT". huhu..
______________________________________________________________________________
Aku tak de idea untuk post kali ni.. Elok juga kalau aku cakap tentang kos hidup di sana.

Perkara pertama yang aku risaukan semasa menjejakkan kaki ke Brunei, ialah DUIT. Kalau anda dah pernah ke Singapura, jadi Brunei sama saja. Hakikatnya, duit Singapura diterima di Brunei untuk berjual beli. Malah kerap kali kedai memulangkan baki wang kami dalam bentuk Dollar Singapura...

Makan di Brunei, dalam matawangnya sendiri memang sangat murah. Dengan $6 anda boleh makan mewah di restoran buffet. Restoran buffet yang sering kami kunjungi terletak di Kiulap. (Dah mula ingat-ingat lupa. Kiarong ke? Kianggeh ke? Kiulap???) Di sana ada deretan restoran buffet yang kebanyakannya menawarkan harga yang sama. Steamboat kira-kira $10 sekepala. Makan McD Meal untuk 2 orang kadang-kadang mencecah RM50. Di Brunei kira-kira $15-20. JANGAN makan Pizza Hut / KFC di sana. Sila ke Limbang atau Miri dan makan sampai pecah perut. Sebab, kalau 1 set ayam berharga RM10 di Malaysia, di Brunei harganya $10. Dulu tak faham kenapa KFC di Brunei selalu lengang.. Rupanya, mereka ke Miri atau Limbang dan makan sampai kembung perut.. Zzzz....

Kalau bahan mentah pula, kisah masih sama. Murah. Kami membeli stok makanan $20 untuk seminggu, boleh dapat ayam/daging, ikan, sayur beberapa jenis, dan bahan masakan lain seperti bawang, daun kucai, cili, limau, banyak lagi lahhh.. Dengan $50 kami boleh masak untuk anggaran 200 orang... Gila! Bayangkan dengan $50 boleh masak Laksa Penang, Laksa Sarawak, dan Lontong.. Sayur daun boleh dibeli pada harga 50sen seikat. Buah Sikoi iaitu buah Tembikai kalau beli 1/4 (suku) harga 2.50 org Brunei kata "Mahal jua!!!". Beli kuih kering tu seplastik kecik tu 50sen je! Macam nak ssssaaawan tgk harga murah diorang boleh kata mahal. Aduiyai.. kalau 50sen tu mahal, berapa yang murahnya? Free? T..T

Kalau beli kereta memang murah. Dah cerita kot dalam entri sebelum ni. Kalau beli rumah, yang ni belum. Tapi tak boleh la nak cerita banyak. Di Brunei ada banyak kawasan Tanah Kurnia dari Sultan. Mereka diberi tanah, dan dikehendaki menyiapkan rumah dalam 2 tahun kalau tak silap. Kalau rumah tak naik, tanah boleh kena tarik balik.. Ada satu kawasan baru dalam pembinaan sekarang. Anggaran 10,000 rakyat akan duduk disitu. Kalau lebuhraya sedia ada tak ditambah naik, alamat kesesakan laaaa! Jadi, rasanya rakyat Brunei tak da masalah nak beli rumah. Tapi foreigner akan menghadapi masalah.. sebab rumah terhad, dan harga mahal...


Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...