Skip to main content

Aku dan Brunei Part 1

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera

Kerja sudah selesai jadi aku punya banyak masa untuk mengemaskini blog pada hari ini.

Sejak balik dari Brunei tempoh hari, banyak perkara berlaku yang aku rasakan sudah merubah diri aku. Sudah tentulah Brunei sebuah negara yang aman, seperti tagline nya sendiri "The Abode of Peace". Mungkin agak melampau kalau aku katakan semua masjidnya cantik-cantik. Tak cukup kata-kata, aku buktikan dengan gambar. Namun kalau ke sana jangan sekadar cukup menyaksikan dari luar masjid sahaja, lebih elok masuk ke dalam beriktikaf atau solat sekali. Saat paling aku rindukan bila memikirkan masjid di sana adalah tarawih di masjid - masjid berlainan setiap malam. Walaupun aku masih tak berhijrah sepenuhnya dalam erti kata ibadah dan cara berpakaian tapi aku masih berusaha ke arah itu. Hijrah Nabi Muhammad tak berlaku tanpa halangan, apatah lagi untuk manusia biasa seperti aku dah tentu halangannya lebih banyak.. 



Aku cukup cemburu kepada orang bukan Islam yang tidak lahir di dalam keluarga Islam tetapi menerima hidayah dari Allah seterusnya memeluk agama suci ini. Bukanlah keluarga aku tak pernah memberi didikan agama, cuma jati dirinya amat berbeza bagi insan yang menerima hidayah dalam hayatnya dan insan yang lahir sebagai orang Islam. Ibadah dan 'rasa' itu cukup berbeza. Dan aku masih lagi mencari-cari 'rasa' itu untuk aku didik dan tanam ke dalam jiwaku sendiri, seterusnya ke dalam jiwa ahli-ahli keluargaku.

Kembali kepada perbincangan mengenai negara Brunei. Tidak banyak yang kita tahu tentang negara itu melainkan yang kita dengar dari rakan-rakan yang pernah ke sana, atau melalui bacaan di internet. Tapi sejujurnya, walau apa yang dibaca dan dilihat di Internet, anda perlu melalui sendiri pengalaman itu. Janganlah menilai kehebatan negara berdasarkan hanya beberapa artikel yang anda baca di Internet. Bukan semuanya benar dan bukan semuanya tidak benar. Orang lama-lama tidak mereka kata-kata "Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" tanpa sebarang sebab munasabah. Ia amat benar bila sudah berada di tempat orang. Yang dikhabarkan seolah-olah begitu indah, bukan semuanya benar. Yang dikhabarkan buruk, juga begitu. Ia berbeza mengikut persepsi anda. Berbeza mengikut pengalaman anda melihat-lihat tempat orang.

Rancanglah percutian kesana. Aku kategorikan percutian ke Brunei sebagai percutian Soul Searching. Pergilah ke sana untuk merasai intipati Brunei itu sendiri. Suka aku nak mengingatkan, kadar tukaran wang adalah BND1=MYR2.55 pada September 2013 lalu. Hotel tidak melata seperti di Malaysia. Bas tidak mempunyai jadual tetap dan jumlahnya sedikit. Teksinya mahal. Berbaloi juga anda sewa kereta seperti Toyota VIOS untuk BND60 sehari. Lawatlah masjid-masjid, pantainya dan pasar tamu (Pasar Gadong, Pasar Kianggeh). Bagi peminat senibina dan alam semula jadi, inilah negara yang sesuai untuk anda lawat. 

Orang Brunei aku kira agak pemalu. Mereka gemar mengenakan kain berkilat seperti satin. Patah percakapannya seperti bahasa Sarawak (campuran pelbagai dialek), tetapi intonasi percakapannya seperti orang Sabah. Kebanyakannya tidak murah senyuman seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Mereka melihat rakyat Malaysia seperti mana kita melihat rakyat Indonesia dan Filipina. Aku tidak akan jelaskan ini, biar anda tafsirkan sendiri. Mungkin ia idea yang baik untuk mengelakkan bersentuhan secara sengaja dengan mereka, bimbang lain pula tafsirannya. Kalau anda rasa anda hebat sekalipun, lebih elok kalau anda diamkan sahaja. Kalau anda rasa budaya mereka pelik, fikirkan semula. Anda juga pelik di mata mereka. Banyakkan berjalan, luaskan pandangan dan anda akan menghargai semua perbezaan itu nanti. 

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...