Skip to main content

Ramadhan kembali

Ramadhan mengingatkanku kepada zaman persekolahan dulu. Entah kenapa ia juga sering sinonim dengan petang yang sejuk, berangin dan hujan. Aku yakin kebanyakan rakyat malaysia juga gemar berbuka puasa dengan kurma, air sejuk dan kuih muih.

Ramadhan kali ini begitu berlainan sekali kerana aku berpeluang untuk berpuasa di negara orang. Alhamdulillah minggu pertama puasa ini aku habiskan bersama anak dan suami di rumah sendiri. Esok aku akan kembali ke Brunei untuk kembali bekerja sehingga hari raya menjelang nanti insyaallah. .

Julung-julung kali aku menulis tentang Ramadhan dan kali ini juga sama. Masa dan idea agak kurang untuk menulis lebih banyak.

Ramadhan kali ini aku berharap akan diberikan oleh Allah umur, kekuatan dan kesabaran untuk aku menunaikan sebanyak mungkin ibadah yang termampu oleh badan. Aku berharap untuk memenuhkan Ramadhan ini dengan hal-hal baik yang aku mungkin jarang lakukan sebelum ini. Benarlah, apabila hati manusia itu berharap dengan setulus hatinya untuk menjadi muslim yang lebih baik maka insyaallah Allah akan membantu. Aku diberi oleh-Nya rakan-rakan yang sangat menyenangkan hati.. yang mampu meruntun jiwa kerasku ini tanpa mereka sedari. Moga Ramadhan ini menjadi titik putih yang akan memulakan tompokan putih yang lebih banyak dalam hatiku yang hampir mati.. amin..

Comments

Popular posts from this blog

what's up?

what's up?? i'm officially 9 months pregnant tomorrow, meanings i'll be down to the labor room anytime from now.. please pray for me & baby's health hopefully we'll do fine (the baby is busy kicking my right rib now, enjoying himself too much these days..*sigh adeh! i guess my ribs somehow looks like good punching/kicking bag to him, huh?). yes, 3 time ultrasound scan by 3 different doctor they all said its a boy. gender doesn't bother me, for my own reason boy seems great for me. but of course my husband is the most overjoyed person for baby boy. Still in my tummy but he started talking about playing soccer with my boy! (that explains why he loved kicking my ribs so much these days..) baby's dad was here last weekend but went back to kuching again yesterday. but no worries, my granny will be around in a week and so will daddy. i cant give u my words, but i will try to update my blogs (read suepreggy.blogspot ) and fb status as soon as the baby i...

Pic blogging?

Dah lama la sangat tak post apa2. Bersawang dah blog. Sibuk dengan kerja, bila free tgk drama online, bila banyaaaak free buat bisnes photobook. Sekarang sibuk pulak dengan persediaan semester jun 2015 politeknik. Ada-ada je lah kerja untuk mempoyo n menyibukkan diri. Tu yg blog pun mcm rumah puaka tak de penghuni.. masuk keluar masuk keluar tak update apa2 pun... Jadi aku buat keputusan nak buat mcm micro-blogging.. tapi pakai gambar dan sedikit caption.. Ini dia gambar pertama. .............. Terkejut tadi tengok apa benda yg melekat kat cermin penumpang belah belakang kereta. Bila tgk dalam, rupanya anak aku punya kerja. Semalam dpt sticker, dia bantai lekat kat dlm kereta.. tergelak sorang bila teringat. Anak aku yg sorang je tu dah 4thn umurnya. Dah dihantar ke sekolah supaya dia ada kawan bermain.. maklumlah.. anak sorang.. belum ada rezeki anak lagi satu...

'cramp' lagi

tadi pagi 'cramp' lagi.. mungkin sebab lama sangat aku driving. ada traffic jam pulak di bandar Mukah hari ni.. Bandar Mukah ni takda traffic light. Bulatan pun ada 3 je. Dan jarang-jarang 'jam'. Ada program Sejiwa Senada ke apa ntah kat bandar Mukah mula hari ni sampai ahad ni. sebab tu orang penuuuuuhhh.. Yang ramai tu bukan orang Mukah ok.. semuanya dari seluruh sarawak.. pasal CM nak datang utk perasmian. risau dengan 'cramp' tu, lepas beli roti canai terus pecut balik rumah. Rehat sungguh2. Nak tidur tapi jantung aku ni berdebar2 kuat betul. Tu bukan berdebar2 namanya. Aku tak tau nak panggil apa. Tapi sampai tak boleh nak tidur! Kenapa ye?