Skip to main content

Penjagaan Lampin Kain Moden

Susulan dari tulisan saya

lampin kain lagi - Pengurusan wang anda


Kali ni suka nak bercerita tentang lampin kain anak saya. Tinggal beberapa bulan saja lagi anak tunggal saya mencecah umur 2 tahun. Tapi kain lampin yang dia gunakan sudah lebih 2 tahun saya beli.

Ada banyak persepsi orang terhadap peminat lampin kain moden (cloth diapers /cd) ni. Kalau nak ambil peduli semua persepsi tu, sampai bila pun kita tak boleh hidup selesa ikut kemampuan, & keselesaan sendiri.
Yang penting, JANGAN MALAS, JANGAN INGAT NAK SENANG JE... nak keluarkan anak sikit punya susah, takkan cuci lampin anak pun tak boleh.. Tambah pulak ada mesin basuh kat rumah! Anda sibuk bekerja? Jangan lupa saya juga ibu berkerjaya.. bekerja 8-5. keluar rumah jam 7am sampai rumah jam 6pm..
Sayangnya.. Sejak 2 bulan kebelakangan ni, beberapa pasang lampin ni dah mula rosak. Mungkin sebab saya jenis kurang cermat kalau bab penjagaan, menyebabkan lampin cepat rosak.

Kita digalakkan letak insert dalam net untuk basuhan mesin. Tapi saya tak letak.. Ada insert net kat rumah, tapi agaknya jenis murah.. zip tercabut, terbukak, koyak.. macam2 masalah.. jadi saya malas nak guna dah.

Tapi bukan kesemuanya rosak. Anakku ada kira2 60 pasang lampin kain moden (aku gunakan "pasang" sebab lampin ni hampir semua memerlukan lapis 'insert') . 3 keping sudah aku simpan dalam koleksi barangan masa dia berusia 3 bulan dulu sebab dah sempit (kebetulan ada 3 jenis yang memang saiz newborn). 5 lagi dah mula rosak tapi aku masih simpan. sayang.. tak tau nak buat apa. bahagian dalam dah rosak tapi luarannya masih elok. sebenarnya masih boleh digunakan tapi dah tak menyerap basah macam sebelum ni.

Kalau nak tau lebih lagi kenapa aku pakaikan anak lampin ni, silalah baca entri blog ni Lampin Kain

Jadi kali ni nak kongsi maklumat penting tentang penggunaan lampin ni.
1. Jangan sekali-kali rendam lampin. Tak kisah la apa jenis pencuci pun, JANGAN! dalam air paip pun jangan! Ni nak mengelakkan dari bakteria membiak kat kain lampin tu. Biarlah lampin tu bacin dengan bau kencing. Kalau ada najis, jirus sampai bersih dulu sampai bersih. Lepas tu letak je dalam besen/baldi sampai masa nak basuh.
2. Ada sesetengah penjual lampin ni cadangkan untuk guna sabun paling murah dipasaran, maksudnya sabun cuci buatan Malaysia/Indonesia/Thailand. TAPI sebenarnya ni akan menyebabkan lampin cepat bocor. Kalau pening tak tau nak guna sabun apa, ni saya bagitau cara paling mudah tapi banyak proses sikit lah. (Janji lampin bersih, serap air dengan baik) Nama proses ni, CUCI KOSONG.
  1. Keluarkan semua insert dari dalam lampin. Masuk dalam baldi.
  2. Masak air. Lepas didih, tuang semua dalam baldi berisi insert tadi. Biarkan sampai air mula suam.
  3. Bila air dah suam, tuang semua isi baldi masuk dalam mesin basuh. Kalau ada setting 'delicate'/'soft' atau apa yang sewaktu dengannya. Boleh la guna. Serupa jugak macam letak lampin dalam net, insyaAllah.
  4. Basuh cam biasa je. tapi JANGAN LETAK APA-APA SABUN CUCI/SOFTENER/PELUNTUR atau apa saja!. Cuci kosong je. Pas tu jemurlah bawah matahari terik.
3. Dulu saya sering baca, kalau guna lampin kain ni anak kita jarang kena ruam lampin. Sebenarnya apa-apa jenis lampin pun akan menyebabkan ruam kalau kita tak tukar 3-4 jam sejak kita pakaikan. Anak saya jarang kena ruam lampin, tapi banyak kali kena jangkitan kulat. Bila hati dah sedih tengok anak saya nangis pedih sebab luka, saya rasa nak cuci lampin dalam peluntur/ klorin je. Tapi saya ada cara lebih baik, cucilah lampin dengan Dettol sekali cucian, kemudian cuci kosong sekali cucian. Lepas tu jemur. Alhamdulillah anak saya jarang kena jangkit kulat dah. (Daripada beli krim ruam tu, baik anda beli krim untuk anti-fungal. Ada banyak kat farmasi. Bubuh kat tempat berkenaan aje.)
4. 6 bulan sekali boleh buat stripwash. Boleh baca di blog rakan saya ni Borneo CD.
5. Kalau rasa tak dan nak cuci tiap hari, cucilah 2 hari sekali..

Cukuplah untuk kali ni.. InsyaAllah lain kali pulak..

Comments

  1. Salam, syor cuba krim ini yg bukan berasaskan bahan kimia..tk.

    Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk ruam lampin. Disapu terasa sejuk saja, hilang rasa gatal-gatal, pedih yang tidak menyenangkan dan tidak melia atau menanah. Ia disapu ke bahagian ruam secara nipis saja seperti pakai bedak sejuk. Sangat bagus terutama selepas mandikan budak. Ia dapat percepat menghilangkan ruam dan menghindar dari ruam baru terjadi.

    Untuk mandian sebagai mencuci kulit badan dan pencegahan, sabun Mutiara Bumi telah dihasilkan juga. Ianya tidak berasaskan kimia, dan ia lembut untuk kulit yang sensitif. Sila lawat krimmutiarabumi.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

    Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi (berat ¬100gm) , harganya cuma 12.00 saja dan Sabun Mutiara (berat ¬100gm) harganya RM6.00 saja. Kos pos laju RM6.00 1ke4 kotak (semua <500gm). Cubalah satu dan baik simpan 1 di rumah untuk rawatan ruam lampin dan sakit2 kulit yang lain sebagai rawatan awal. Untuk pesanan sila hubungi..Hj Man 0134389413..T kaseh

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

what's up?

what's up?? i'm officially 9 months pregnant tomorrow, meanings i'll be down to the labor room anytime from now.. please pray for me & baby's health hopefully we'll do fine (the baby is busy kicking my right rib now, enjoying himself too much these days..*sigh adeh! i guess my ribs somehow looks like good punching/kicking bag to him, huh?). yes, 3 time ultrasound scan by 3 different doctor they all said its a boy. gender doesn't bother me, for my own reason boy seems great for me. but of course my husband is the most overjoyed person for baby boy. Still in my tummy but he started talking about playing soccer with my boy! (that explains why he loved kicking my ribs so much these days..) baby's dad was here last weekend but went back to kuching again yesterday. but no worries, my granny will be around in a week and so will daddy. i cant give u my words, but i will try to update my blogs (read suepreggy.blogspot ) and fb status as soon as the baby i...

Majlis Konvokesyen ke 2

Majlis Konvokesyen ke 2 Politeknik Mukah Sarawak telah pun berlangsung dengan jayanya semalam.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tak kurang gak yang tak berapa nak lancar.. uhuhu! Dan tak lama lagi blog ni akan jadi satu-satunya blogku.. nak 'jumud' kan yang satu lagi.. Tunggu..!

holiday nov2011 01

We had an 'explorace' holiday last November 2011. Our flight to Kuala Terengganu (KL transit) was on 25 Nov. Arrived at night, an we went straight to YT Midtown Hotel. A strategically located hotel and I consider it as budget hotel. Paying RM120 for a RM150 sized room! Its definitely not a boutique hotel or spa resort. But cozy enough to rest and sleep. No weird smell or sound. The small pic of my son was on the plane. The Floating Mosque (i think its called Masjid Tunku Zaharah or something like that..), located at Tanjung Ibai. Its rainy day so we decided to just sightseeing from the car (rented car with very good deal!) Then we went to see Masjid Putih, as the local called it. Passing by the White Mosque (Masjid Putih), the driver took us to the Fishery Department Port. A visit only a few lucky people like us could get! The driver is like the president of fishermen's union or something.. So we get to see the real boat and ships used to fish! Its not like we never...