Usia Lampin Kain Ariq Anakandaku dah pun 6 bulan.. Dan lampin-lampin kain yang dia pakai sekarang dah digunakan selama itu juga 6 bulan. Sehingga hari ini, lampin-lampin Ariq sudah menjangkau 45 keping, termasuk yang bakal sampai minggu depan. Insert lampin sudah mencecah angka 100 keping. (Sampai penat nak basuh..) stok warna warni... Kenapa aku pilih lampin ni? Masih ramai lagi rakan-rakan yang belum berani untuk menggunakan lampin kain ini sepenuhnya. Ada yang berkata; harganya terlalu mahal, malas membasuh, cepat bocor, pengasuh tidak tahu menggunakannya dan banyak lagi alasan lain. Bagi aku yang dah menggunakan lampin ni sejak anak berusia kurang sebulan, lampin ini benar-benar membantu aku menjimatkan wang. Wang yang berjaya aku jimat, aku gunakan untuk membeli mainan yang boleh merangsang minda, dan kemahiran psikomotor anak. (aku tidak banyak membelanjakan wang untuk pakaian anak kerana bagi aku ia tidak berbaloi memandangkan anak-anak cepat membesar. Ariq memiliki baju siang...
segala benda yang makcik nak merapu. dari drama korea, sampai la waktu operasi imigresen. ehhh kau diam! macik punya blog macik punya suka laaahhh! hihi