minggu ni (selasa baru ni) air kencing aku dicatat 'trace'! maksudnya ada gula dalam air kencing. kau biar betul dik! jadi JM yang periksa aku suruh check lagi sekali.. tapi kali ni takde pulak.. aiseh... jangan-jangan dia tersilap nombor tak? kali ni pemeriksaan pun macam biasa, tak de masalah. Ramai yang ada masalah bila periksa darah.. Katanya darah tak boleh kurang dari 11. Jadi setakat ni kiraan aku yang paling rendah ialah 11.1 tapi alhamdulillah tu sekali je berlaku.. bayi pun aktif macam selalu.. yang aku cukup sedar, anak aku ni cukup suka bila diletakkan tangan kat perut. kalau usap-usap, tengah tidur pun dia boleh bangun.. aku cuba sepanjang minggu ni, masa yang dia patut tidur (mungkin juga rehat aje tapi kurang bergerak) aku akan usap-usap perut.. biasanya dia akan respon dengan menggerakkan badannya. kalau tak banyak pun mesti ada sikit. masa JM periksa pun dia bergerak! Dah 2-3 JM yang kne 'ngurat'! Masa periksa perut tangan JM tu dia tendang.. Sampai ada...
segala benda yang makcik nak merapu. dari drama korea, sampai la waktu operasi imigresen. ehhh kau diam! macik punya blog macik punya suka laaahhh! hihi