Skip to main content

Senarai Semak...

Dah masuk minggu ke 34.. masih ada lebih kurang sebulan sebelum tiba tarikh 'luput'..

Hari Isnin baru ni mak & apak & nabil datang ke Mukah membawa 2 plastik besauuu berisi barangan baby.
Wah.. Excited jugak nak tengok barang.. Yang pertama menarik perhatian aku dah tentu pakaiannya. Comel2.. kecil2.. Nasib baik suruh mak yang beli.. Kalau tidak dah tentu aku beli yang sangaaatt-sangaaaat kecil.. (Tak teringat pasal baby ni akan cepat membesar)

Kalau ikut nujum mak belalang ni, anak ni nanti mungkin tinggi.. (tinggi ke panjang? nak kata tinggi belum boleh berdiri.. panjang ke? macam pembaris pulak bunyinya tu kan..) Sebabnya, walaupun dalam keluarga aku ni kira yang kedua paling rendah tapi boleh dikatakan tinggi sikit dari kebanyakan rakyat Malaysia (paling tidak pun kat pejabat aku la.. huhu..) Kalau bapak baby ni? Memang la tinggi.. Nama pun lelaki kan.. Hehehe.. Dalam keluarga dia, ada sorang je beradiknya yang rendah.. Ketinggian yang paling rendah tu lebih kurang aku, tinggi sikiiiiitt je aku..

Panjang pulak menceceh tu..

Kebanyakan barang dah pun dibeli. Masih ada lagi beberapa barang yang tertinggal tapi takpe. Masa masih ada dan barang-barang yang belum dibeli tu semua kurang 'urgent'.. Dalam pada semput-semput tengah bulan, menunggu gaji masuk minggu depan sempat lagi aku pegi shopping radio.. Alahai.. radio aku kat rumah tu boleh main radio je.. CD player dah rosak.. main kaset? orang sekarang dah tak main kaset dah walaupun Cassette player tu masih elok lagi.. Terfikir pulak baru-baru ni.. aku ni jenis tidur tak boleh sunyi mesti nak ada radio atau bunyi orang bersembang ke menyanyi ke.. Jadi, bila terjaga jam 4.30-5 pagi tu lebih baik baik aku dengar cd zikir / bacaan quran.. Sekurang-kurangnya anak ni biasa dengar kalimah2 Allah. (Anak ni suka bangun jam tu, masa tu la aku nak terkencing.. dan masa tu la jugak dia sibuk nak main.. Biasanya aku tunggu dia main puas-puas sebelum bangun nak mandi.. Elok jugak dia aktif masa tu kan? Rajin sikit bangun subuh.. (Huhuhuh.. astaghfirullahazim..)

Menunggu untuk check-up minggu depan, suami aku pun datang minggu depan.. pada hari khamis.. bersamaan juga dengan hari?? Hari gaji... Yezza! (Bape hengget je tinggal ni nak buat belanja makan...)

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...