Skip to main content

gambar 'baby bump' yang pertama


Hari ni nak tunjuk 'baby bump' ku yang pertama diambil 14 Disember 2010. Tahun lepas. Hehehe.. Dah lama dah rupanya..

Jadi kalau nak tengok gambar bulan Januari, memang belum tentu lagi.. Yang pasti dah makin boyot.. Hihihi.. Tapi berat tak banyak berubah.

Aku dah mula bersembang ngan anaknda ni. Aku cuba sembang macam-macam perkara. Tapi yang aku perasan 'baby' ni cukup suka + akan beri respon bila aku puji-puji dia. Anak mak baik hati, anak mak kacak, anak mak comel, anak mak soleh, anak mak bla bla bla.. Dia akan mula menendang sakan. Dua minggu lepas 'apak' aka 'bapak' (ayah) die datang jenguk aku. Tapi baby macam malu pulak, jarang sangat menendang.. Tapi bila aku makan 'choki-choki' (chocolate paste) beriya2 pulak dia menendang... Suka yang manis ke budak ni? Jadi aku dah kurangkan makan choki-choki. Risau pulak kalau kena diabetes.. Nauzubillah..

Aku ni penggeli dengan kucing terutamanya kalau kucing ada dekat-dekat dengan aku masa aku berdiri. Tapi bila dah duduk ok sikit. Tiap malam biasanya aku akan main ngan anak-anak kucing yang dilahirkan kat rumah aku baru ni. (Penceroboh nihhh..) Dan tiap kali kalau anak2 kucing tu mengiau2 aku boleh rasa 'baby' ni menendang.. Harap-harap anak ni akan lahir jadi manusia penyayang macam Rasulullah.. amin!

Selera makan aku dah ok. Mabuk pun dah tak ada, muntah2 pun sama. Cuma, aku ada 'penyakit' baru.. MALAS MASAK. Astaghfirullahazim! Malas betul! Biasanya aku saving duit banyak sebab tengah hari  aku balik masak, dan malam pun sama. Sekali sekala je kalau sibuk aku beli nasi campur kat luar. Tapi dah masuk Januari aku masih lagi malas masak. Masak mi segera pun malas!!! Apa la jenis penyakit ni... Tak payah cerita pasal masak mi segera, nak buat susu + nestum pun malas! Yang paling senang! Grr.....

Ada ubat ke penyakit ni???

Comments

Popular posts from this blog

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Brunei vs Malaysia

Rakan-rakan terdekat ramai yang tahu, aku sekarang sedang bekerja di Brunei Darussalam dibawah perjanjian di antara dua kerajaan iaitu Malaysia dan Brunei dengan mengguna pakai terma 'locum tenens'. Walaupun selama 6 bulan sahaja, apa yang pasti aku akan kembali ke tempat kerja asal dengan sedikit perubahan pada sikap, keperibadian dan gaya pemikiran. Soalan yang sering diajukan pada 1-3 bulan yang pertama ialah, "Seronok tak kerja di Brunei?". Rasanya agak sukar hendak menjawab soalan tersebut secara menyeluruh. Ada pelbagai aspek yang perlu difikirkan. Sudah tentulah, kalau hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri tetap lebih baik negeri sendiri. Sungguhpun politik nampak semakin kucar-kacir dengan keadaan harga barang runcit yang semakin naik dan ditambah cantik pula dengan jerebu yang sedang melanda, tetap aku katakan negara sendiri lebih baik dari negara orang. 1. Kos hidup. Kos hidup disini kalau dibandingkan dengan gaji yang dibaya...