Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

semalam yang hyperaktif!

semalam anaknda ni cukup hyperaktif. Aku pun tak pasti apa sebabnya. Sejak pagi lagi dia dah sibuk kat dalam perut ni. Bergerak-gerak. Lepas tengah hari, dalam jam 230 aku nak tido pasal mata macam ada batu je.. Sebaik je badan cecah atas permaidani, baby mula menendang. Bukan sikit-sikit punya tendang, kuat betul! Sampai tersentak-sentak badan aku ni, punyalah kuat! Yang pelik tu, kiri dan kanan dua-dua sekali rasa kena tendang. Serentak dalam satu masa.  Terbukti la anak aku ni 'panjang'! Tinggi la maksudnya tu.. Badannya macam kecik je sebab perut aku ni tak besar mana walaupun dah nak masuk 7 bulan.  30 minit dia menendang, jam 3 macam tu baru aku boleh lelapkan mata. badan pun dah naik sakit sebab posture tak betul. Kalau ada bantal guling baru la selesa sikit nak tido.. (kena bawak ke ofis ke??)  Balik rumah petang tu.. dia slow sikit menendang. Tapi, jam 730 dia mula lagi.. hehe.. suami aku kata," tu la, padan muka. semalam awak kata dia tidur je keje.. hari ni dia...

my life line

how do u know if im at my desk or not? is it: a. see if my PC is on? b. see if i'm online in YM? c. see if i answer emails? d. see if I update my FB status?   answer is? e. none of the above... so how do u know if im there at my desk / workplace? simple.. check if I have my external hard disk connected to my PC/laptop (not mine, but governments') I cannot do my job if I don't have my Max. Absolutely NOT! everything's in there. I don't keep my documents in my PC.. (paranoid of hackers attack?? haha! no..) It's like a HOME in there. I have my installers, documents, pictures, even my e-bank statement in there! absolutely everything! So I never go to work, or went back home without it. I'll leave it only if I'm out to Mukah Town. Believe me? You should. Another thing that other people find "can't live without" is the same thing for me too. My handphone. I never leave without it nearby me. It's not because my hp is sooo hi-tech! Its j...

makan la lagi!

pagi ni jumpa ex-boss ku yang skang dah jadi bos ke-3 besaarrr sejak balik pas habis study., aku panggil 'Puan Ros' je. Aku memang respect + admire dia. (Pompuan ok!) Dia tanya aku.. "kenapa nampak kecik sangat ni?" sambil tengok perut aku..  dia sambung lagi.. "bukan dah 7 bulan ke?" sambil wat muka musykil Wallahua'lam la puan.. nampak je kecik ni, aktifnya umang-aii! tiap-tiap hari dia pusing track kat dalam ni.. nampak kecik, tapi tenaga dia hadehhh! Lately aku tak makan sangat yang manis jadi dia kurang sikit aktif. Kalau tu hari makan 'choki-choki' memang 'excited tak hengat.. a "sebab anak 1st kot puan?" jawab aku sambil terkulat-kulat. Mana la aku tau apa sebabnya.. Yang pasti baru ni berat aku tak naik.. "tapi shikin tu besar betul perutnya ek puan? padahal +- sama je 6 bulan lebih.." sambung aku lagi.. "sebab tinggi kot? sebab tu tak nampak sangat?" kata Puan Ros. (tinggi: sebab kat ofis tu aku plg ...

kembar nak???

hari ni teringin nak tulis sesuatu tapi kepala blank.. mungkin kesan daripada kesejukan hari ni yang mendung sejak pagi sampai la petang.. (masa ni baru nampak matahari) dah 5 minit habis kelas, aku asyik sekejap baca blog Amrafahan penulisnya ialah 'si abah' yang memiliki 4 anak, 3 daripadanya kembar.. faham ke? Dia ada anak kembar 3!! Seronok betul baca keletah anak-anak kembarnya tu..  Tengah membaca tu aku teringat hari tu.. Aku: "Bang, sik sabar nunggu baby tok keluar eh.."  [Bang, tak sabar la tunggu baby ni keluar ..] Suamiku: "Ngekot sapa ndak muka nya kah? Bulat kedak kitak nak?"  [Mukanya ikut sapa la agaknye eh? Bulat (badan) macam awak kot? ] **Kemudian keluarlah ideaku yang bernas ini... Aku:"Bang, anak lepas tok kembar maok sik bang???"   [Bang, anak lepas yang ni kembar nak tak bang??] Suamiku:"Tekaber endakkah???"   [Larat ke???] Hehe, bes jugak kalau ada kembar kan? Kosnya? Sedia la duit barang 15-25 ringgit.. eh, t...

gambar 'baby bump' yang pertama

Hari ni nak tunjuk 'baby bump' ku yang pertama diambil 14 Disember 2010. Tahun lepas. Hehehe.. Dah lama dah rupanya.. Jadi kalau nak tengok gambar bulan Januari, memang belum tentu lagi.. Yang pasti dah makin boyot.. Hihihi.. Tapi berat tak banyak berubah. Aku dah mula bersembang ngan anaknda ni. Aku cuba sembang macam-macam perkara. Tapi yang aku perasan 'baby' ni cukup suka + akan beri respon bila aku puji-puji dia. Anak mak baik hati, anak mak kacak, anak mak comel, anak mak soleh, anak mak bla bla bla.. Dia akan mula menendang sakan. Dua minggu lepas 'apak' aka 'bapak' (ayah) die datang jenguk aku. Tapi baby macam malu pulak, jarang sangat menendang.. Tapi bila aku makan 'choki-choki' (chocolate paste) beriya2 pulak dia menendang... Suka yang manis ke budak ni? Jadi aku dah kurangkan makan choki-choki. Risau pulak kalau kena diabetes.. Nauzubillah.. Aku ni penggeli dengan kucing terutamanya kalau kucing ada dekat-dekat dengan aku masa aku ber...