Skip to main content

makan la lagi!


pagi ni jumpa ex-boss ku yang skang dah jadi bos ke-3 besaarrr sejak balik pas habis study., aku panggil 'Puan Ros' je. Aku memang respect + admire dia. (Pompuan ok!)

Dia tanya aku.. "kenapa nampak kecik sangat ni?" sambil tengok perut aku.. 
dia sambung lagi.."bukan dah 7 bulan ke?" sambil wat muka musykil

Wallahua'lam la puan.. nampak je kecik ni, aktifnya umang-aii! tiap-tiap hari dia pusing track kat dalam ni.. nampak kecik, tapi tenaga dia hadehhh! Lately aku tak makan sangat yang manis jadi dia kurang sikit aktif. Kalau tu hari makan 'choki-choki' memang 'excited tak hengat..
a
"sebab anak 1st kot puan?" jawab aku sambil terkulat-kulat. Mana la aku tau apa sebabnya.. Yang pasti baru ni berat aku tak naik..
"tapi shikin tu besar betul perutnya ek puan? padahal +- sama je 6 bulan lebih.." sambung aku lagi..
"sebab tinggi kot? sebab tu tak nampak sangat?" kata Puan Ros. (tinggi: sebab kat ofis tu aku plg tinggi antara yang pompuan... kakaka.. takde la tinggi mana, cuma kat ofis tu ramai yang saiz comel..)
sambung Puan Ros, "makan la lagi banyak !" sambil tergelak..

Dalam kereta nak balik ke ofis, aku pun cakap dalam hati "kecik sangat ke perut aku ni? macam dah besar je?? agaknya sebab badan aku gempal kot?" (memang badan aku dah sedia berisi sebelum kahwin lagi.. tapi bukan azalinya badan aku macam ni. dulu pernah kurus gak, tapi memang jenis rangka badan ni besar (kat spa+sauna diorang kata mascular))

Tapi takpa.. yang pasti 2 malam yang lepas, aku dah timbang dan didapati berat badan aku dah pun bertambah.. 1kg.. hehehe.. jadi, harap2 check di klinik (KKIA) nanti takkan kena marah.. Tahun baru cina nanti aku boleh minta nasihat doktor pakar kat Sibu pasal berat baby. Kali terakhir jumpa doktor pakar, dia kata saiz baby normal & baby nampak sihat. Kata-kata doktor pakar tu yang penting bagi aku. Apa skali pon kata doktor di Mukah ni, aku tak kisah sangat! hehehe..

Comments

Popular posts from this blog

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Brunei vs Malaysia

Rakan-rakan terdekat ramai yang tahu, aku sekarang sedang bekerja di Brunei Darussalam dibawah perjanjian di antara dua kerajaan iaitu Malaysia dan Brunei dengan mengguna pakai terma 'locum tenens'. Walaupun selama 6 bulan sahaja, apa yang pasti aku akan kembali ke tempat kerja asal dengan sedikit perubahan pada sikap, keperibadian dan gaya pemikiran. Soalan yang sering diajukan pada 1-3 bulan yang pertama ialah, "Seronok tak kerja di Brunei?". Rasanya agak sukar hendak menjawab soalan tersebut secara menyeluruh. Ada pelbagai aspek yang perlu difikirkan. Sudah tentulah, kalau hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri tetap lebih baik negeri sendiri. Sungguhpun politik nampak semakin kucar-kacir dengan keadaan harga barang runcit yang semakin naik dan ditambah cantik pula dengan jerebu yang sedang melanda, tetap aku katakan negara sendiri lebih baik dari negara orang. 1. Kos hidup. Kos hidup disini kalau dibandingkan dengan gaji yang dibaya...