Skip to main content

peduli hapa aku...

bila kita fikir2kan...

bukan semua orang suka kita. dan ramai orang berubah dari suka kepada tak suka disebabkan oleh keputusan yang kita terpaksa buat (forced to decide)..

kita tak boleh salahkan orang dan tak boleh juga nak mengharapkan semua orang suka kita. (dlm fikiran aku ni.. "to heck with it.. walk in my shoes n u will definitely feel the same!")

dalam keadaan sekarang, aku memang mengharapkan beban kerja yang kurang terutamanya yang melibatkan pengurusan. PM Malaysia pun kena rehat bila sakit kan? Inikan pulak aku yang pensyarah cabuk pulak.. Jadi.. walaupun aku ni nampak sihat (sebab its just not in my nature to show my pain.. ) mungkin ramai kat pejabat yang beranggapan "alah, dia dah ok dah tu.. boleh panjat tingkat 3).. 

sebab utama kenapa aku gagahkan diri panjat sampai tingkat 3 (walaupun dalam hati takut dengan risiko tinggi keguguran sebab 'fatigue') hanyalah sebab memikirkan tanggungjawab.. jadi dengan terlepasnya aku dari tanggungjawab nanti (soon enough), maka aku rasa sangat2 bersyukur.. bolehlah aku tumpukan perhatian dengan keluarga buat sementara waktu ni.. 

umur yang dah hampir mencecah 32, aku makin risau sebab masih belum mampu memiliki cahaya mata.. Apalah yang suami isteri paling inginkan kalau bukan zuriat sendiri? Dan kalau ramai wanita yang senang mengandung & kemudian buang anak, aku pulak senang mengandung tapi susah nak kekal.. jadi dengan peluang ketiga ni, aku betul2 mengharapkan orang faham kenapa aku MESTI berharap. dan dengan peluang KETIGA ni juga aku berharap aku mampu menjaga diri sendiri dengan lebih baik..

tapi, manusia.. siapalah kita sampai semua orang perlu cuba memahami kita? sedangkan siti nurhaliza pun orang tak faham? ini kan pulak aku pensyarah cabuk ni?

diakhir zaman, manusia semua berebut2 inginkan jawatan dan kuasa.. 
dan aku tak fikir aku ingin jadi sebahagian dari mereka ni. kalau diberikan juga tanggungjawab maka mahu tak mahu terpaksa aku pikul.. tapi dengan peluang utk lepas dari tanggungjawab ni, dah tentu aku takkan lepaskan peluang ini dan living to appreciate every single seconds of it.. 
wah.. banyak sungguh perkara bermain difikiran dengan terbukanya peluang ni.. sebenarnya inilah peluang yang dah lama dinanti-nantikan...

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...