Skip to main content

Minggu ke 17

Wah, lama betul tak update.. Sibuk dengan minggu terakhir kuliah & peperiksaan akhir. Tambah pulak dengan line berukband yang sangaaaaatla teruk. Dah sebulan lebih langsung tak dapat signal. Kalau ada pun, sekejap-sekejap hilang.. Tak sabar tunggu bulan Januari 2011, nak potong je berukband nih..

'SCAN'



Gambar ni diambil semasa 'counseling session' dengan Dr J. Tang di Tang's Women Specialist Clinic hari Selasa minggu lepas bersamaan 16 November 2010 sehari sebelum Raya Aidiladha..

Kalau sepanjang trimester pertama, tiap 1-2 minggu kena jenguk Specialist, skang sebulan sekali wajib pegi untuk 'check'  kesihatan anaknda sulung aku ni.. Sebelum ni, hati cuma gembira sebab tau ada manusia yang sedang hidup dalam badan aku ni.. Dapat tengok gambar anaknda aku ni yang masih dalam bentuk gumpalan daging pun dah cukup memuaskan hati masa tu. Dah cukup untuk buat aku tidur sambil tersenyum setiap malam.

Tapi sejak bulan lepas, Oktober, aku dah dapat tengok anaknda aku ni dalam bentuk manusia. Ada kepala, tangan, badan dan kaki.. Alhamdulillah nampak semakin sihat dan besar setiap kali 'check'..

Kali ini, November, perasaannya cukup mengagumkan bagi aku. Tak pernah seumur hidup aku rasa gembira macam ni. Berbaloi sungguh rasanya melalui pengalaman dua keguguran untuk sampai ke tahap ni..

Doc John: Kita 'scan' ho! Tengok 'boy' ka 'girl'?
Aku: Haa?! Tak mau tahu lah doc! Nanti tidak surprise..
Doc John: Hehe, saya kasi tau mamak (mak) lahh! (Sambil ambik 'scanner', bubuh 'liquid', letak 'scanner' atas perut aku). Haaa, sudah besar hoo!
Aku: (sengih lebar sampai nampak gigi geraham). Eh! Dia punya jari sudah ada!
Doc John: Tengok tangan! Kira ho.. ada berapa? Lima, haa.. sebelah lagi, sepuluh! cukup ho! bagus-bagus..

Dalam hati masa tu melompat2 rasa nak terjun dari katil pas tu lompat-lompat.. Aku nampak tangannya menerawang macam nak capai benda kat atas. (Aku tak pasti kedudukan sebenarnya ke bawah atau ke atas.. Dalam 'scan' nampak ke atas, jadi tanggapan aku dia tengok atas la kot..). Sekejap tangannya kat tepi badan, sekejap kat atas lagi. Dua-dua belah pulak tu.. "Seronok ye sayang? Dah mula gerak-gerakkan tangan.. Jari pun cukup semua insyaAllah"

Masa scan bulan Oktober pun dah nampak tangan cuma tak jelas jari-jari.  Nampak macam dia genggam tangan masa tu.. Tapi kali ni, cukup jelas. Tangannya tu diangkat dan jari-jarinya terbuka semua. Jelas sampai aku nampak tulang-tulang jarinya. Tulang belakang pun nampak cukup jelas.

Betul-betul aktif anaknda aku ni. Sejak scan bulan Oktober lagi (baru 3 bulan lebih masa tu) lagi aku dah dapat rasa pergerakan dia. Sikit je, sekali sekala tapi cukup untuk buat aku sedar dia bergerak. Mula-mula aku fikir, mungkin perut aku ni lapar sebab tu ada 'meletup-letup' je rasa kat dalam..  (dalam babycenter.com kata rasanya macam 'popping', jadi betullah perasaan aku  tu..). Tapi bila cukup 4 bulan, rasa meletup-letup tu makin menjadi pulak. Makin kuat. Wah anak aku ni.. aktif betul! Doc John pun kata anak aku ni aktif. Kadar degupan jantung 155/min -sihat la maksudnya tu..

Mudah-mudahan panjang umurnya sampai selamat lahir.. Amin..

MAKAN
Selera makan aku masih tak menentu. Takda lagi morning sickness, walaupun rasa lapar setiap 2-3 jam tu memang ada tapi selera makan kurang. Tak macam sebelum mengandung, aku boleh makan nasi sepinggan sampai licin dengan lauk pauk sekali. Sekarang? Aku makan semangkuk kecik je nasik. Tapi kalau jumpa makanan tradisional/ local baru la aku berselera. Makan sungguh-sungguh sampai sepinggan nasi.. Memang anak ayah, selera makannya serba tradisional.. Hehehe.. Tapi bila sampai bahagian buah? Selera mat salleh habis! Nak anggur selalu! Tiap minggu beli 1-2 kg anggur macam2 warna.. Kalau tarak anggur, dok pikiaq pasal buah mangga muda.. slurpp... Disebabkan aku ni agak berisiko, jadi aku kena kurangkan makan mangga muda.. Balik-balik tetap anggur jugak pilihan hati..


UBAT & RAWATAN
Sejak 5 minggu mengandung sampai mencecah 4 bulan ni, aku makan Duphaston atas nasihat doktor. Setiap hari. Semasa kandungan 6 & 8 minggu (kalau tak silap) aku terima 2 'injection'. (Baca bawah untuk lebih maklumat pasal 'injection' ni.) Mula 3 bulan, aku diberi Fybogel untuk mudahkan buang najis.. Yang paling aku seronok tu ubat yang dia bagi satu tu (nanti aku masukkan nama, lupa lak). 1 biji ubat tu gabungan 3 pil yang KKIA (klinik kesihatan ibu & anak) bagi. Aku kadang-kadang terlupa makan pil yang banyak tu, jadi sebiji ni cukup memudahkan bagi aku.. Aku masih lagi makan Duphaston masa tu sampai masuk 4 bulan. Sejak minggu lepas (17minggu) aku tak lagi makan Duphaston. Tapi digantikan dengan Pil Minyak Ikan. Kos tu, tak payah la tanya... Setiap kali nak pegi jumpa, kena sedia RM200. Biasanya tak pernah kurang RM75. Ultrasound scan je dah RM50.. Mahal ke? Tak kisah la, pasal dia cetak sekali gambar tu atas kertas gambar. (Disebabkan ada gambar ni, anaknda aku dah ada album gambarnya sendiri walaupun belum lahir..)


'Injection'/ Suntikan
'Injection' ni sebenarnya untuk  ibu-ibu yang buat IVF (in-vitro fertilization). Fungsinya untuk kuatkan lekatan kandungan di rahim (Doktor yang cakap). Oleh sebab aku dah 2 kali keguguran jadi pada tanggapan doktor, aku ni dikira sebagai 'berisiko untuk gugur berulang'. 

'Bleeding'/ Berdarah
Kali pertama 'injection', aku masih 'bleeding'. Untuk yang ingin tahu macam mana rupanya.. darah keluar sedikit (boleh tengok kat seluar) sama ada warna coklat, oren atau merah. Tak payah tunggu banyak. Kalau ada sikit ,  sangat sikit sekalipun, sila jumpa doktor pakar sebab diorang tau apa nak buat. Tak payah la jumpa doktor kerajaan.. Hospital kerajaan tak ada ubat untuk kes macam ni. Doktor kerajaan sendiri yang cakap.. (Ni kat Hospital Umum Sarawak.. 'mind you', ni hospital paling besar  + pakar kat Swak ok..). 

Apa yang diorang boleh buat kalau 'bleeding' (dipanggil 'threatened miscarriage') ialah.. 
1. masukkan anda kat wad, IV (masuk air..) atau 
2. suruh balik rumah dan diberi cuti sakit seterusnya dinasihatkan jangan banyak bergerak. Baring atas katil.  

Baring
Kalau dia kata 'bed grounded', jangan degil..  baring je atas katil jangan buat kerja lain. Baring 'flat' bukan mengiring, bukan terbalik bukan 'stunt'2 lain.. Bangun cuma bila nak ke tandas je. Kerja-kerja lain biar orang lain tolong buat. Tak payah sibuk nak masak, suruh orang belikan je. Belajar solat baring. Percayalah, dalam keadaan ni.. untuk yang lemah rahim,masak mi 5 minit pun dikira bahaya. Apa lagi nak bangun masukkan baju dalam mesin, cuci & jemur baju! Kalau ikut pengalaman aku sendiri, 2-3 hari rehat dengan berbaring S.A.H.A.J.A barulah bleeding akan berhenti sendiri. Semua kerja aku buat dalam keadaan baring terlentang, kaki lurus dan tak banyak bergerak. Tak payah la turun naik tangga dulu. Atau jalan kaki. Baring je kat rumah, jangan degil..

Rasanya cukup dulu kali ni.. Lain kali aku cerita lagi ye... Kenapa aku masukkan perkara ni dalam blog? Mungkin ada orang yang perlukan maklumat ni, jadi kongsi la sikit.. Susahnya aku rasa dulu bila 2 kali gugur tapi cukup sukar nak dapatkan panduan dlm BM tentang keadaan sebenar..

Comments

Popular posts from this blog

Pic blogging?

Dah lama la sangat tak post apa2. Bersawang dah blog. Sibuk dengan kerja, bila free tgk drama online, bila banyaaaak free buat bisnes photobook. Sekarang sibuk pulak dengan persediaan semester jun 2015 politeknik. Ada-ada je lah kerja untuk mempoyo n menyibukkan diri. Tu yg blog pun mcm rumah puaka tak de penghuni.. masuk keluar masuk keluar tak update apa2 pun... Jadi aku buat keputusan nak buat mcm micro-blogging.. tapi pakai gambar dan sedikit caption.. Ini dia gambar pertama. .............. Terkejut tadi tengok apa benda yg melekat kat cermin penumpang belah belakang kereta. Bila tgk dalam, rupanya anak aku punya kerja. Semalam dpt sticker, dia bantai lekat kat dlm kereta.. tergelak sorang bila teringat. Anak aku yg sorang je tu dah 4thn umurnya. Dah dihantar ke sekolah supaya dia ada kawan bermain.. maklumlah.. anak sorang.. belum ada rezeki anak lagi satu...

June 2008: Tanjong Balau Beach, Desaru, Kota Tinggi, Johor Bahru.

During my stay at JB, I managed to go to Tg Balau Beach, Desaru. From Drop Box If youre driving, than it's cheaper compared to renting a car or something. Its more expensive by taxi. I think it took 2 hours drive, plus LOST since I couldnt remember the road.. dont blame it on me?! the road look different from last time, 2005. From JB to Kota Tinggi takes 1 n 1/2 hours considering all the traffic jam on the way out of the city. Then from Kota Tinggi to Desaru approx. 40 minutes. The road might be tricky, so watch for the word Desaru, then Tg Balau on the signboard coz they will definitely help you. Not much to look at during the drive.. expect for hugeeee palm plantations.. Tg Balau is a masterpiece. Facing the South China Sea, clear water, blue sea, and not too many people like in Desaru beach. The one that im showing you in the pic is on the other side of the beach, you can ask for direction to go to the 'jetty' they call it. Or if they dont understand just tell them '...

confinement, baby blues, moving and so forth..

hi again.. what's up? i'm done with my confinement now almost finished my 90 days maternal leave (less than 30 days) my baby is 2 months 2 weeks, strong legs and neck, better skin reflection, recognize his mom very well now and turn his head when hearing his name called upon. busy planning my move to a new work place, and... head ache thinking about my husband's car (broke down on our way to Sibu last 2 weeks) that's quiet a lot to think about, don't u think so? so, i call it as a gift from god. I was just trying my luck by applying for a place at a new office. I was shocked knowing that my application was approved and it actually turned me blank for a while. There's so much to do! I don't want to hurt my head with so much things to think about yet, so I've decided to just go with the flow... Ramadhan is approaching, Happy Fasting yea! I'll be breastfeeding and fasting for the first time this year. Not sure if I'm capable. Soon will upda...