Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Kerja Swasta vs Kerja Kerajaan

Ada 3 perkara yang aku selalu terfikir bila orang kata...  "Wow! Kerja Swasta! Gaji mesti besar woooo!" Dah biasa dengar ni.. Masalahnye.. siapa kata kalau kerja swasta gaji mesti besar??? 1a. GAJI SWASTA Dengan Degree + Master separuh jalan, gaji aku bersama satu Kolej Swasta, cuma RM1600. OT tadak ok! Tolak EPF tinggal RM1400.  Bayar kereta tinggal RM 900.   sebab kalau takda kereta memang boleh naik gila kalau duduk kawasan Mantin ni! Bas 2 jam sekali je! Itupun kena jalan +-2km dari hostel/rumah sewa ke jalan besar Mantin.. Kalau nak naik komuter kena panggil teksi.. Tolak belanja ulang alik ke Shah Alam/ Serdang pasal uruskan hal2 terakhir kat Univ dan survey2 pasal study lagi (macam tak serik2 pulak! macam tu la kak long.. cuma cari benda yg boleh menaikkan semangat adik + jadi contoh kpd adik2).. tinggal la RM500 Minyak kereta lagi? tinggal RM350. Nak makan lagi? Hadoi! SAPA KATA KERJA SWASTA BANYAK DUIT! Mulut kena manis + muka kena lawa + confident + ayat kena ...

kembung..

ini betul2 punya kembung.. kembung dengan anak dalam perut. Baru minggu lepas beli 'maternity blouse' aku perasan 'baby bump' dah mula nampak. Sebab badan aku ni memang berisi jadi kurang nampak kalau aku pakai t-shirt. Tapi bila tukar ke blouse, mak ai.. dah makin bulat rupanya perut ni.. aku tak pernah pulak terfikir utk tanya orang.. macam mana rasa pregnant? skang aku tanya diri sendiri macam mana rasanya? hmm.. rasa macam perut sebelum 'nature call'.. cuma, yang ni sentiasa ada isi.. kalau tekan rasa keras sikit banding sebelum ni.. macam aku ni yang ada simpan 'spare tyre' motorsikal, kembungnya tak berapa nampak bila duduk. bila baring baru la perasan..  tak sabar rasa tunggu bulan depan.. nak tengok anaknda ni lagi... bulan depan juga, bulan ulang tahun perkahwinan yang ke -2.. ulang tahun 1 yang lepas, pun aku pregnant 2 bulan.. tapi tak lama lepas tu gugur. kali ni aku pregnant lagi.. kali ni 5 bulan.. insyaAllah selamat sampai lahir.. amin!

Minggu ke 18

anak aku tak tunggu 18 weeks pun dah sibuk gerakkan kaki tangan.. nasib baik la die kecik aje.. kalu besar? mak aih..

Minggu ke 17

Wah, lama betul tak update.. Sibuk dengan minggu terakhir kuliah & peperiksaan akhir. Tambah pulak dengan line berukband yang sangaaaaatla teruk. Dah sebulan lebih langsung tak dapat signal. Kalau ada pun, sekejap-sekejap hilang.. Tak sabar tunggu bulan Januari 2011, nak potong je berukband nih.. 'SCAN ' Gambar ni diambil semasa 'counseling session' dengan Dr J. Tang di Tang's Women Specialist Clinic hari Selasa minggu lepas bersamaan 16 November 2010 sehari sebelum Raya Aidiladha.. Kalau sepanjang trimester pertama, tiap 1-2 minggu kena jenguk Specialist, skang sebulan sekali wajib pegi untuk 'check'  kesihatan anaknda sulung aku ni.. Sebelum ni, hati cuma gembira sebab tau ada manusia yang sedang hidup dalam badan aku ni.. Dapat tengok gambar anaknda aku ni yang masih dalam bentuk gumpalan daging pun dah cukup memuaskan hati masa tu. Dah cukup untuk buat aku tidur sambil tersenyum setiap malam. Tapi sejak bulan lepas, Oktober, aku dah dapat tengok anak...

peduli hapa aku...

bila kita fikir2kan... bukan semua orang suka kita. dan ramai orang berubah dari suka kepada tak suka disebabkan oleh keputusan yang kita terpaksa buat ( forced to decide ).. kita tak boleh salahkan orang dan tak boleh juga nak mengharapkan semua orang suka kita. (dlm fikiran aku ni.. " to heck with it.. walk in my shoes n u will definitely feel the same! ") dalam keadaan sekarang, aku memang mengharapkan beban kerja yang kurang terutamanya yang melibatkan pengurusan. PM Malaysia pun kena rehat bila sakit kan? Inikan pulak aku yang pensyarah cabuk pulak.. Jadi.. walaupun aku ni nampak sihat (sebab its just not in my nature to show my pain.. ) mungkin ramai kat pejabat yang beranggapan "alah, dia dah ok dah tu.. boleh panjat tingkat 3)..  sebab utama kenapa aku gagahkan diri panjat sampai tingkat 3 (walaupun dalam hati takut dengan risiko tinggi keguguran sebab 'fatigue') hanyalah sebab memikirkan tanggungjawab.. jadi dengan terlepasnya aku dari tanggungjawab ...