Skip to main content
23 - 29 Aug 2010

23/8: Buat UPT sendiri kat ofis.  2 garis nihh! Positif! Org pertama dengar? Siti Hasmah, kwn sepejabat. ;)

24/8: Cepat-cepat sahkan berita ni ke hospital sebab aku ni jenis risky.. dah 2 kali keguguran. kali ni nak jaga sepenuh hati, harap2 panjang umur kandungan ni & diberi keizinan oleh Allah.. amin! Check, memang sah. Terus pergi daftar kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak kat sebelah je. Semua nampak ok & selamat. Dapat asid folik, & doktor TAKNAK jumpa aku pasal dia kata baru 5minggu. jumpa lagi bila dah 8 minggu katanya. LANTAK KAULAH doktor. Aku pun memang tak harap ngan doktor kerajaan pasal diorang takda kepakaran untuk kes macam aku ni. Kalau explain pun buang karan. Baik tak payah!!! Buang masa & bikin penat badan! Hati ni berkobar2 nak teruskan langkah KESELAMATAN seterusnya.

25/8 dengan kerjasama En Hazatta yang baik hati, aku dibenarkan punch card di bangunan pentadbiran ( tingkat bawah ) pasal pejabat aku tingkat 3 . SIK ADA lift/escalator you! Pengalaman kali pertama & kedua gugur menyebabkan aku 'yakin' rahim aku tak cukup kuat kalau aku nak panjat 3 tingkat tiap-tiap hari.. Bilik pejabat aku (tingkat 3) pun terpaksa 'dipindahkan' ke bilik persediaan dalam makmal.. (tingkat bawah). Dengan bantuan pelajar2 DNS 1st batch, barang-barang keperluan dah diangkut turun.. alhamdulillah...

26/8 pagi yang sunyi di bilik pejabat baru.. huhu.. badan sangat penat. sangaaatt penat. tidur lagi, 3 jam.. Tak puasa hari ni.. lapar gila! tak selera nak makan, tapi bernafsu betul makan lobak merah cicah mayonis.. 1 batang habis! fuuhhh! harap2 anaknda beta ni tak rabun dah besar nanti, hahaha.. Ikut kiraan kandungan baru 5 minggu..

27/8 Agaknya bahana kerja berat sikit hari sebelum ni, ada orange spot hari ni dlm 7-8pm. Rehat atas tilam depan tv 730pm, tidur dalam 1130pm. Esok mesti ambil cuti & check up di Sibu. Lepas sms boss & cousin ku si Eja, trus tido.

28/8 Tak de spots hari ni. Ke Sibu naik speedboat paling awal, 630am. Pergi jumpa Tang Specialist di Rejang Medical Center. Sebelum ni pernah ke specialist lain, tapi dia langsung tak jeling rekod kesihatan yang aku bawak masa examine. Jadi, aku macam tak yakin.. Doc scan kandungan, nampak ada dalam rahim, rahim pun tak terbukak (dari pengalaman, kalau nak gugur dia akan terbukak.. tapi kita tak leh control nih.. makan ubat pun tetap akan gugur gak..). Nampak risau sebab tengok rekod dah 2 abortion, dia bagi injection dan jumpa lagi minggu depan.. Balik rumah, tido macam tak hengat! Makan tak sangat.. tak selera..

Comments

  1. Salam... saya terbaca ttg ni..so, nk tnye...
    Tahu x berapa kos bersalin di RMC Sibu tu?
    Dan setakat ni, mcm mana dengan layanan mereka terhadap pesakit?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...