Skip to main content

depression?

##orang yang membaca entriku kali ini pastinya mengambil berat tentang aku. terima kasih dan ampunkanlah semua dosa-dosaku yang diluar sedar dan yang disengajakan... terima kasih kerana cuba memahami##

hari ni aku mendengar begitu banyak berita gembira. rakan2 sepejabat ramai yang 'berisi' lagi. yang dah lama menunggu sejak anak pertama, yang fobia sejak keguguran anak pertama.. pengantin baru..

melihat anak rakanku yang berusia 3 bulan lebih, aku teringat kepada kandungan pertamaku yang gugur pada minggu ke tujuh. kalaulah ia lahir, pasti sebaya. teringat juga kepada kandungan keduaku yang turut gugur di usia enam minggu. kalaulah kedua-duanya rezeki, dah tentu aku sekarang sedang mengandung anak kedua..

"sabar, masih belum rezeki".. itulah kata-kata yang sering aku dengar sehinggakan ingin juga sekali sekala aku menempelak. "cakap senang lah! cuba rasa!". tapi aku sedar mereka cuma ingin meredakan kesedihan.

hari ini, selepas maghrib.. aku duduk atas katil sambil memainkan semula wajah-wajah gembira rakan-rakan di dalam kepala.. air mata pula mula menitis. hati mula bertanya pelbagai soalan.. semuanya aku jawab sendiri dengan fikiran positif.. aku percaya, pastinya ujian ini datang untuk menjauhkan aku dari api neraka.. pastinya ujian ini diturunkan kepadaku kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI bahawa aku mampu menanggung cubaan yang diberikan olehNYA ini. aku juga percaya, pasti ALLAH enggan memberikanku cahaya mata kerana DIA lebih tahu jika aku benar-benar sudah bersedia atau sebaliknya..

percaya atau tidak..
setelah dua kali gugur, aku sudah mula rasa tertekan. kegembiraan orang lain yang menimang cahaya mata mula menjadi kesedihan yang amat sangat bagi aku. tak seperti orang yang tak beragama, aku tak pernah meragui keEsaan Allah. aku redha. cuma kesedihan ni seolah masih belum ada penghujungnya membuat aku semakin tertekan.

Ciri-ciri orang tertekan (depression):

  1. Persistent feelings of sadness, emptiness, hopelessness, guilt, or helplessness
  2. Irritability or restlessness
  3. Loss of interest in formerly enjoyable activities
  4. Fatigue and low energy
  5. Problems in concentrating and making decisions
  6. Sleep disturbances
  7. Appetite changes
  8. Thoughts of suicide-
  9. Persistent pains or digestive problems that do not respond to treatment 

minggu 1-2 selepas gugur aku mula rasa ciri pertama. kemudian aku mula mendapat ciri ke 6 dan 7 tapi tak pernah yang ke 8. syukur aku dikurnia lahir di dalam agama Islam walaupun aku bukan muslim yang baik.
selepas hampir 3 bulan, aku mula merasa ciri ke 2, 3, 4, 5 dan minggu lepas ciri ke 9.

ironik? tapi semua ciri itu sudah aku penuhi. maka bolehkah aku katakan aku mengalami 'depression' tanpa aku sedar???

dua minggu kebelakangan ini, minat aku terhadap kerja-kerja yang aku gemar lakukan sudah hilang. semuanya serba terpaksa. ditelan mati mak diluah mati bapa. keseronokan sewaktu bekerja sudah hilang sama sekali, terpaksa aku selang selikan dengan aktiviti lain (facebook, video streaming, music downloading) untuk meningkatkan kembali motivasi sendiri.

semua ini buat aku tertanya2.. sudah cukupkah aku menerima balasan terhadap semua dosa2 ku yang lalu? mampukah aku untuk memiliki cahayamata? perlukah aku membenarkan suamiku menerima orang ketiga? sanggupkah aku untuk terus hidup berjauhan begini? dan... mampukah aku menjadi seorang ibu dengan semua sikap buruk yang aku miliki?

YA ALLAH YA TUHAN KAMI... berikanlah kami kekuatan, ketabahan, keimanan dan kurniakanlah kami hidayahmu.. tunjukkanlah kami jalan yang benar.. berilah kami ketenangan.. permudahkanlah urusan kami.. jauhkanlah kami dari bisikan dan tipu daya syaitan dan iblis.. dan YA ALLAH YANG MAHA MENGASIHI, berilah kami cahaya mata.. YA ALLAH YA TUHAN KAMI YANG MAHA MENGASIHANI.. kurniakanlah kami kesabaran para nabi dan anbiya agar kami mampu menanggung semua cubaan darimu YA ALLAH...

Comments

  1. Semua pasti ada hikmahnya...Mesti ko ingat kan dugaan yg aku pernah lalui? Ade hikmahnya...cuma bila dan kenapa tu ditentukan Allah...

    Aku percaya, kalau ade rezeki, ko pasti makhluk Allah yang paling gembira...teruskan doa ko...insyaallah dimakbulkan Tuhan...

    ReplyDelete
  2. thanx dear, u r always my dearest friend..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...