Skip to main content

Si Eton dan Sik Suka


Matlamat baru aku bermula bulan ni, February, ialah... 5S!
Si Eri, Si Eton, Si Eso, Si Ketsu dan Sik suka. haha! I never admire Jap Language anyway. So they always sound funny to me.

Balik dari cuti 5 minggu baru 2 hari lepas (lepas 1 minggu masuk kerja) aku rasa bersemangat  balik.
Memang banyak alasannya untuk aku bersemangat semula.

1. Mula minggu depan aku pindah flat lain. 
Bukanlah rumah baru sebab flat tu dah pernah didiami ex-boss aku sebelum ni Dia pindah jadi aku mohon pindah n masuk flat dia. Tapi yang buat aku seronok, bukan yang zahirnya tapi yang lahir. Pindah rumah baru seolah-olah beri harapan baru. Seolah-olah memberi aku kehidupan yang baru. Dan "harapan" aku ni dah bertambah besar sejak dapat kebenaran untuk pindah ni..

2. Beban mengajar dah pun berkurang dan banyak peluang untuk kerja pengurusan.
Aku masih duduk di pejabat yang sama. Sempat merasa aircond yang sejuk sampai kaki naik cramp walaupun tak sampai setahun. Skang dah kembali jadi sauna.. Terpaksa guna kipas balik.. Hadui.. Bau masing2 pun memang boleh tahan. Kalau rasa nak makan udang galah, boleh baling baju lepas kerja dalam Sungai Tellian n tunggu udang2 tu timbul untuk ambik udara. Masa tu boleh la kaut semua sekali udang2 pelbagai saiz tuh. Hmm... Mengarut dah aku ni.

Aku suka mengajar. Tapi bukan 100%, sebab dari awal lagi memang ini bukan minat aku.  Some people  (like me) may be born with a talent though they dont bother to nurture it for their own good. Aku lebih suka kerja2 pentadbiran n pengurusan. Tak pasti kenapa, n aku tak pernah pun ambik kesah pasal kenapa. Jadi bila beban mengajar kurang, ada banyak peluang utk kerja pengurusan. Tempat aku ni tempat baru. Program yang aku jaga pun masih baru. Jadi ada banyak perkara yang aku masih perlu belajar untuk jadikan program ni diuruskan dengan lebih baik. (Teringat pula pada kawan lama yang fikir kami ni cemburu sebab dia ber'jawatan'. Hm.. Kita ni tak perlu pandang rendah pada orang. Rupa paras luaran tak menunjukkan kemampuan dan kewibawaan orang kan? Buktinya? Nah, kawan. Ni dia. Ko tengok skang. Aku sekarang berada di tempat ko dulu. Dan aku tak perlu polish any balls utk dpt tempat ni..). Aku harap aku betul2 berkemampuan untuk duduk ditempat ni. Mak aku selalu kata, You take after your father. Aku percaya dan itu inspirasi aku. Bapak aku tu memang sangat berkaliber dan berwibawa orangnya. Aku pun nak jadi macam dia.

3. 'Rumah' yang diharapkan hampir siap.
Kali ni bukan flat lain pulak. Ni betul-betul punya. Bukan choba'an.. Hehe. Ada rumah yang aku n hubby dok usha je selama ni, dah hampir siap. Ada peluang nih! Tunggulah lagi sampai hjg tahun baru kita cerita. Tu pun kalau aku ingat.. Huhu..



Wah.. banyak pulak celoteh kali ni. Macam biasalah.. celoteh aku kalau tak merapu n menyimpang, memang tak sah. Sebab tu aku perlukan blog yang takda orang baca ni. Untuk salurkan semua fikiran2 aku yang byk menceceh ngan idea yang macam2.

Aku betul2 mengharapkan bulan-bulan seterusnya adalah bulan2 yang lebih baik dari yang lepas. Banyak perkara yang aku nak buat. Terrrrlampau banyak. Yang pasti, pembaca boleh teka. Matlamat pertama ialah untuk dapatkan cahaya mata yang pertama. Doa2kan ya? Mudah-mudahan berhasil.. Amin!

 

" Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian dan Engkau adalah sebaik-baik waris "
" Dear God! leave me not without offspring, though thou art the best of inheritors"

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...