Skip to main content

choba'an...

berat betul choba'an aku nak post another entry..

SEBAB? sebab.. tiap kali bukak dashboard je, aku mesti mula baca blog mazidul akma ataupun blog bapak gula-gula. adoi.. berat sungguh choba'an ini..

dah seminggu lebih sibuk ngan urusan kerja. siang kena mengajar. nasib baik aku ngajar 17jam je.. sekali-sekala jenguk kebajikan pelajar yg kursus. sebelah malam, kalau hari kerja boleh gak rehat..kawan2 boleh tolong cover. tapi bila hujung minggu je terpaksa la korbankan utk kerja. kesian pada yang nak berehat tu. tak boleh nak komplen lebih2.. kan dah dibayar utk "berkhidmat untuk negara". gaji pun dah abis jadi darah daging n harta karun. hehe.. komplen kang dosa plak, tak berkat.. hehe.. cukup2 la dosa aku yang banyak tu.

hari ni, ambik masa sekejap untuk terapi aku yang seterusnya.. nak meluahkan apa je yang aku nak luahkan tanpa buat org yang berkenaan marah2.

susahnya kerja mengarah orang ni. ramai orang tak suka diarah. dan aku pun bukan suka pun nak mengarah-arah orang. baik aku buat kerja sendiri je kat meja aku. selesai kerja aku, aku gak yang syok.. tak kacau orang. rindu pulak masa aku masih duduk kat meja lama. tak da dinding yang memisahkan aku ngan orang lain. boleh dengar semua orang cakap apa. tapi dengan workload yang bertambah, elok jugak duduk di tempat skang. most of the time aku perlukan ruang n masa utk brainstorm. memikirkan strategi nak buat kerja, atau nak buat proposal paper, atau apa2 je berkaitan kerja. termasuklah bila aku rasa nak nangis, pintu ada, boleh aku kunci. atau pun bila rasa malas nak buat kerja, aku boleh main game puas2 tanpa sapa2 main 'peekaboo' kat belakang haku.. haha!

sakitnya hati dulu bila orang kata kita jeles dengan jawatan dorang pegang.. tapi lagi sakit bila orang kata kita "hantu" semata-mata sebab kita cuma menyampaikan arahan orang atasan. hm.. manusia ni ada macam-macam perangai. ingatkan aku yang paling setan sekali. rupanya ada lagi atas dari tu.. ceh.. macam dia sorang je pandai. macam dia je yang betul. macam la dia tak pnah buat apa2 kesalahan. macam mana hati dia bleh nampak org lain semua jahat??? masalahnya 1 pejabat ni jahat kat dia. tu yang aku tak faham. masalah mental ke labu ni?

masa mula dia kje sini dulu, aku perasan budak ni kena bagi arahan terperinci. aku tak pulak sampai hati nak label dia dgn satu perkataan yang mula dengan 'L'. bagi aku dia cuma perlu arahan terperinci.. jadi aku pun dengan tensionnya paksa diri untuk buat senarai kerja untuk dia (aku rela taip dari kena tulis.. tolon!!). takut kalau2 dia tak faham, aku senaraikan semua yang perlu. tapi rupanya dia tengok senarai tu semacam satu beban kerja. dlm fikirannya, semua dia kena buat. sedangkan dia tak tau aku n sorang lagi kawan tu pun sama je beban kerja. kebetulan pulak kite 2 orang ni buat kerja tak pakai mulut, pakai tangan n kaki je (bukan sepak n terajang..). mana la aku tau dia fikir negatif cam tu.. aku cuma nak membantu dia sebab aku tak cukup sabar nak bagi penjelasan setiap kali. labu ni siap bagi tau orang lain, aku suruh dia buat semua kerja aku. adoi. kalau setakat kerja-kerja pejabat ni, serah aje lah. insyaAllah aku buat sendiri kalau susah sangat.

dulu labu ni salah cetak transkrip pelajar sem akhir. kecoh sampai MOHE. tak berat ke kesalahan tu? macam mana agak-agak kalau kita dulu masa blaja transkrip kita salah cetak? dari dean list turun jadi super 'crookie' bukan lagi super rookie. tak ke hangin? aku terkejut badak!

lepas tu si labu salah anta 1 soalan untuk cetak, soalan dengan jawapan sekali. elok jugak tu. utk kebajikan pelajar kita.. kita bagi jawapan siap-siap dalam kertas soalan. senang kerja kita nak bagi markah kan.. bagus idea tu. wah.. itupun cam tak bersalah jugak.. selamba je.. orang lain yang kelam kabut.. aduihh.. takda perasaan..

skang labu dah tukar portfolio.. apa2 je arahan aku bagi.. semuanya nampak tak btul. ape la kelebihan yang dia ada sampai aku nak dengki kat dia. nak kata dah dapat APC (anugerah perkhidmatan cemerlang) tak de pulak.. nak kata gaji dia tinggi, pun tak jugak. nak kata dia naik bmw pun bukan. nak kata sebab dia dah nak lahirkan baby, aku tak perlu dengki yang tu. aku pun pegnen hari tu, awal few days je kot dari dia. tapi dah bukan rezeki. takkan aku nak salahkan orang atas pulak kan? tak lengkap rukun iman aku kang. sejahat-jahat aku ni, aku tetap nak berubah jadi muslimah yang lebih baik. (kadang-kadang tersasar jugak sana-sini kan..). Aku percaya jodoh, rezeki, maut semua Allah tentukan. tak perlu aku nak salahkan si labu ni sebab semua tu. Aku syukur walaupun rezeki anak ditarik balik, alhamdulillah gaji aku dah bertambah walaupun tak banyak mana.. dan syukur gak orang letak kepercayaan yang besar pada aku wlaupun dasarnya aku tak layak. walopun aku blum ada anak, syukur gak sebab tak lama lagi akan ada rumah sendiri walaupun kecik je.. adakah sebab dia pegnen aku nak nayakan dia? hmm.. aku ni manusia biasa. perempuan gak. sama cam dia. beza aku ngan dia. aku tak simpan dendam. dia tak menyebabkan aku trauma untuk hidup
, jadi tak perlu aku berdendam. aku tak nampak sebab kenapa perlu dengki kat si labu ni sebab aku rasa hidup aku lebih baik dari dia. (perasan! mintak dijauhkan riya')

sebenarnya aku terluka. terluka dengan semua kata-kata yang si labu ucapkan. aku bercakap sedikit lantang atas dasar kerja. bukan mengata, tapi menegur. belum pernah lagi aku panggil sapa-sapa HANTU kat opis nieh.. aku cuba elak kata-kata yang buruk tu. harap2 Allah bagi aku anak soleh/solehah nanti, yang mulutnya cuma ada kata2 yang baik je. tak macam aku ni. dengan umur dah mencecah 30, aku rasa tak bijak untuk aku terus-terusan bergaduh macam orang tak ada tamadun/ agama/ adab. orang kata, nak tengok mak ayahnya tengok anak-anaknya. aku tak nak orang kata mak aku mulut jahat cam aku. sebab mak aku bukan cam tu. utk si labu, aku no komen.

dengan ni.. aku maafkan dia atas semua kelancangan mulut n keyboard dia berbicara. Hanya Allah yang mampu membalas...

dan, aku bertekad. KATAKAN TAKNAK kepada si labu. jadi bos.. kalau nak suruh berurusan dgn labu ni, sila suruh orang lain ye. selisih malaikat 44 aku tak ndak dah. call me not professional. hantam je! ada aku pedulik. aku tanak gaduh2, jadi elok aku jauhkan diri n elakkan diri. tak tau la apa salah aku kat dia sampai dia pk aku nak nayakan hidup dia.. wahai labu.. kalau ikutkan hati.. ku belah2 ku buat pengat labu..

Comments

Popular posts from this blog

Trip to Sabah Day 4

2nd June, Gawai Festival Day 2 in Sarawak. TAMPARULI  Our plan today is to get our rented car and drive to Ranau , and do several stops at any interesting places. Around 9am, our car arrived. small one. cost: RM90/day. car info: Perodua Kelisa Automatic. 1000CC. Fuel Saving engine! yea, pm me to get the phone number. Fill your fuel FULL! its just RM60 or so.. Our first stop, Tamparuli. From Kota Kinabalu, follow Tuaran signboard then find Tamparuli signboard. No need for map, its quite straight forward. Its easy to learn the roads here. 9.30am FOLK SONG Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli Translation? in Bahasa Malaysia: Terjemahan Lagu  We were just lucky to get the chance to visit Pasar Tamu Tamparuli (Tamparuli Flea Market).  Tamu viewed from the Tamparuli Suspension Bridge. Were you waiting to see the famous bridge? Hahaha! This is the bridge.. :D  Unfortunately, it starts to rain so we decided to go to our next stop. Kinabalu Park. Its 10.00am. After Tu...

Oktober 2008: The Orient Star Resort, Lumut, Perak

Gambar-gambar ni semua dah lama disimpan dalam laptop. Kalaulah gambar-gambar ni macam makanan, dah tumbuh kulat ngan cendawan lama dah! Nak ambik la kesempatan, disebabkan TV kat rumah pun dah rosak dekat seminggu.. Koleksi CD/DVD kat rumah pun dah abis aku tengok... (termasuklah Changeling, aku suka la panggil Changelina Jolie... yang dah lebih 4 bulan dalam simpanan tapi tak pernah sekali tengok.. huhu). Jadi blog ni umpama terapi untuk aku memandangkan hidup aku memang selalunya depan TV. kan.. (Mangsa penjajahan teknologi). This hotel isnt far away from the town. It's on the way to the TLDM Lumut camp. Ikut hala TLDM, bila lepas roundabout, baru nak naik sikit je kat bukit tu jumpa la hotel ni belah kanan.. From Drop Box Was there, at Orient Star Resort October 2008 to attend a meeting. As for the room rates, I'm not sure since everything was paid by the BIG "G" BOSS. View from the room was just nice (compared to my stay at Terengganu recently), but i...

pesakit paling sihat...

3 mac lepas, aku dimasukkan ke wad.. sebab? kandungan gula dalam darah 'bapakkk' punya tinggi...! jam 2pm lepas balik ke rumah ambik barang2 yang perlu, aku pon meng'admit'kan diri ke hospital.. sambil jalan2 melenggang bawak perut dan tersenyum lebar.. macam happy je masuk hospital? agak happy la jugak sebab hari tu dan pagi esoknya aku tak perlu fikir nak masak! yeshh! tak perlu fikir basuh baju n mengemas rumah! duduk/baring atas katil, baca buku tengok tv sambil sembang.. tak ke bes? tambah2 pulak badan memang sihat.. haha.. (walau makan tak bape nak shedap macam kfc.. tapi kira ok apa?!) yang tak syok tido di hospital masa mengandung ialah... aku tak leh pakai banyak bantal sebab yang diberi cuma SATU aje.. huhu.. pusing sinim pusing sana.. semput mak dek oii.. sakit pinggang.. tak leh tido! lagi yang tak bes ialah.. kena cucuk jari utk cek darah sebanyak.. erm.. erm... jam 3,5,7,9,5,7,10.. hmm 7 kali! ye btul2.. 7 kali..! argghh!! gestational diabetes menurut satu...