Skip to main content

June 2009: Sematan

27/6/09:
Keluarga hubby dah plan trip ke Sematan & Lundu.
Jadik.. perjalanan aku bermula dari bandar Mukah on the 26th 6pm by bus. Memang memenatkan.. disebabkan jalan Mukah-Selangau (pekan kecik di antara Sibu & Mukah) sedang under construction…
Sedikit tentang perjalanan aku pada 26/6/09
6pm: Bertolak dari Mukah. tambang RM55 je. jangka masa ke sibu 3 jam, dan lagi 6-7 jam dari sibu ke kuching.
8pm: Bas singgah sekejap di Pekan Selangau. Dan bus driver yang sorang lagi tu siap pasang Inul Darastita lagi.. Aku nak tengok tapi aku malu-malu plak.. pasal kawan aku kat sebelah ni.. warak orangnye.. die berjanggut + berkopiah.. huhu.. malu pulak aku nengok pompuan tu goyang.. bikin jiwa kacau!
9.30pm: Bas singgah isi minyak dulu sebelum sampai Terminal Bas Sibu.. baru la aku tau.. nak isi minyak bas rupanya took around RM400 ikut harga pasaran semasa.. Nasib baik tak mampu beli bas…
1030pm: Bas berhenti di Sibu. Mak dan bapak aku dah tunggu pasal nak ambik barang dari aku + nak kirim barang utk besannye..
11pm: Bas bergerak ke Kuching..
2am: Bas singgah di simpang Sri Aman sekejap. Aku tak turun pasal tadi kat Sibu sempat sampaikan ‘hajat’.. Jadik.. aku bangun jap untuk minum air dari dlm bekas ajaibku yang berwarna pink. Dan makan jeruk jambu sambil terlelap dengar radio kat hp..
230am: Bas sambung perjalanan dan kali ni tak berhenti sampaiiii lah kat Kuching.. Aku macam tak percaya lebih kurang jam 430 gitu dah sampai.. biasanya dalam 530am baru sampai. Mak ai.. Laju gila babas.. Aku pun ade gak tersedar sepanjang perjalanan & rasa bas tu terhoyong-hayang DAN nampak tiang letrik sepanjang perjalanan tuh lalu kat sebelah aku macam tgk flash back dlm kepala nih… laju!!! seram woo.. aku lak ngucap ntah bape ratus kali. nauzubillah.. aku takut gak mati dlm keadaan banyak dosa nihhh! huish..
Sematan from Google EarthFrom Drop Box

Sematan close-upFrom Drop Box

From Drop Box
Petang sabtu 28/6/09 kira-kira 2pm kami pon bertolak, sebuah kereta ke Sematan macam yang diatur.. Hubby, aku, mak & bapak mertuaku, dan 2 orang anak buah. dan adik iparku ngan boiprennye gerak 1-2 jam kendian. Family kak ipar yang sulung dah gerak dulu. Family kak ipar yang kedua gerak kemudian pasal masih ade keje.. (aku takde abang ipar ye.. pasal hubbyku satu-satunya anak lelaki.. sama cam aku satu-satunya perempuan.. ye, aku tau aku memang pandai pilih.. kwa-kwa-kwaaa)

From Drop BoxFrom Drop Box

Sampai Sematan dalam 4pm, aku masih terkulat-kulat ambik feel laut yang sangaatt le cantiknye tu.. Aku ngan hp tangkap gambar sana-sini..
From Drop Box
Tengok anak buah semuanya ke pantai nak main pasir, aku pun ikut.. Hubby? Tido kat bilik. Mintak mahap ye.. bilik tu sebuah, kitorang kongsi 4 keluarga! Thrill beb! Hehehe.. Tido bergelimpangan!
Semantan ni yang paling barat dalam negeri Sarawak. Kalau tengok peta sarawak tu, die kat tips. hujung. Pekan kecik dengan kira-kira 5 blok kedai je kalau tak silap. Kami diam kat Holiday Chalet (eh.. nanti aku check balik.. hilang ingatan jap)
From Drop Box
Pantainye memang sangat cantik.. Bersih tapi landai. Bila air pasang, dari pantai ke gigi air dalam 6 meter je. Bila air surut, dari pantai ke gigi air lebih 100m. aku tak pasti berapa jauh sebenarnye. Tak jauh dari pantai tu, kena naik bot, ada pulau tempat menternak penyu. Ada yang bercerita, pulau ni dah gazetted sebagai tempat menternak penyu. Jadik, nak masuk memang tak dibenarkan.
From Drop Box
Malam tu kami buat barbeque.. ade kepak ayam, daging kambing, n jagung… Semuanya tolong-menolong.. seronok pulak aku. Family aku tak leh wat camtu.. pasal semuanya masih study and bersekolah, tak reti la nak panggang-panggang. yang dorang tau, goreng full stop. itu aje la dunia dorang.. kalau nak bbq, kalau tak mak, bapak, dan haku dan adik aku yang no 1. yang lain tu.. erm.. tak reti. beza ngan keluarga hubby, semuanya dah besar dah ada anak-anak dah pun..
Kami habis makan & bersembang pasal Rosli Dhoby sampai jam 10. Memang skang ni tu tajuk paling best. Sedang hangatttt kat astro …
10pm, aku tukar jeans + blouse ke tshirt + tracksuit.. untuk join anak buah, adik ipar + boiprennya mandi swimming pool! wahhh! syok gila mandi malam buta. Ade la pulak jiran sebelah bilik yang jantan tu ikut mandi. Agaknye kagum dengan kecomelan adik ipar aku tu.. ( Ye lah, takkan kagum kat aku kot. Kalau ade tu, juling la tu agaknye kan.. ). masing-masing sibuk nak tunjuk sommersault. Hebat sangat pe.. Tak tengok boipren adik ipar aku tu yang macam bodyguard tuh? Macam Lifeguard pun ade.. Sejam kemudian, management tutup lampu swimming pool.. Baru la kitorang bergerak ala-ala merajuk balik ke bilik untuk tido.. Tak puas lagi nih..
From Drop Box

Esok paginye, lepas bermalas-malas kat tempat tido.. Kami pon beramai-ramai menuju ke pantai. Ape lagi bila nampak air laut masih pasang besar. Ha! Macam nak melompat dari balkoni ke pantai depan tu. Nasib baik ade pagar bergerigi..
Dengan tak gosok gigi & basuh muka, masing-masing kelam kabut carik seluar + baju basah semalam. Nak kejar air pasang. Hehehe. Termasuklah aku yang tak pandai berenang nih. Mula-mula pujuk hubby pegi main kat tepi air je.. Lama-lama die pun geram tengok air pantai.. Hehehe.
Yang kelakarnye, anak buah yang kecik skali tu tinggalkan pelampung pasal nak ikut mummy die main kat swimming pool. Sudahnye.. aku la yang pakai pelampung tu.. Belajar-belajar berenang. masalahnye, tendang-tendang air tak gerak pun aku dan pelampung tu.. nampak sangat la kayu kan..
Hari tu kami check out 12pm. Sempat tengok pekan Lundu (terletak di antara Sematan dan Bau). Memanglah kecik aje pekannye..
From Drop Box
Traveling guide:
1. make sure ada transport sebab kalau nak bayar teksi memang la mahal..
2. make sure ada tourist guide..
3. bawak la baju spare banyak-banyak pasal mandi laut memang syiokkk!
4. chalet ni ada dapur, gas, peti sejuk, meja makan, tempat bbq.
5. pastikan anak selalu dalam pandangan, air tak dalam pun boleh buat budak lemas..

Comments

Popular posts from this blog

Pic blogging?

Dah lama la sangat tak post apa2. Bersawang dah blog. Sibuk dengan kerja, bila free tgk drama online, bila banyaaaak free buat bisnes photobook. Sekarang sibuk pulak dengan persediaan semester jun 2015 politeknik. Ada-ada je lah kerja untuk mempoyo n menyibukkan diri. Tu yg blog pun mcm rumah puaka tak de penghuni.. masuk keluar masuk keluar tak update apa2 pun... Jadi aku buat keputusan nak buat mcm micro-blogging.. tapi pakai gambar dan sedikit caption.. Ini dia gambar pertama. .............. Terkejut tadi tengok apa benda yg melekat kat cermin penumpang belah belakang kereta. Bila tgk dalam, rupanya anak aku punya kerja. Semalam dpt sticker, dia bantai lekat kat dlm kereta.. tergelak sorang bila teringat. Anak aku yg sorang je tu dah 4thn umurnya. Dah dihantar ke sekolah supaya dia ada kawan bermain.. maklumlah.. anak sorang.. belum ada rezeki anak lagi satu...

June 2008: Tanjong Balau Beach, Desaru, Kota Tinggi, Johor Bahru.

During my stay at JB, I managed to go to Tg Balau Beach, Desaru. From Drop Box If youre driving, than it's cheaper compared to renting a car or something. Its more expensive by taxi. I think it took 2 hours drive, plus LOST since I couldnt remember the road.. dont blame it on me?! the road look different from last time, 2005. From JB to Kota Tinggi takes 1 n 1/2 hours considering all the traffic jam on the way out of the city. Then from Kota Tinggi to Desaru approx. 40 minutes. The road might be tricky, so watch for the word Desaru, then Tg Balau on the signboard coz they will definitely help you. Not much to look at during the drive.. expect for hugeeee palm plantations.. Tg Balau is a masterpiece. Facing the South China Sea, clear water, blue sea, and not too many people like in Desaru beach. The one that im showing you in the pic is on the other side of the beach, you can ask for direction to go to the 'jetty' they call it. Or if they dont understand just tell them '...

confinement, baby blues, moving and so forth..

hi again.. what's up? i'm done with my confinement now almost finished my 90 days maternal leave (less than 30 days) my baby is 2 months 2 weeks, strong legs and neck, better skin reflection, recognize his mom very well now and turn his head when hearing his name called upon. busy planning my move to a new work place, and... head ache thinking about my husband's car (broke down on our way to Sibu last 2 weeks) that's quiet a lot to think about, don't u think so? so, i call it as a gift from god. I was just trying my luck by applying for a place at a new office. I was shocked knowing that my application was approved and it actually turned me blank for a while. There's so much to do! I don't want to hurt my head with so much things to think about yet, so I've decided to just go with the flow... Ramadhan is approaching, Happy Fasting yea! I'll be breastfeeding and fasting for the first time this year. Not sure if I'm capable. Soon will upda...