Skip to main content

Mukah..

Ni percubaan pertama menggunakan BlogJet . Kite tengok je la camane hasilnye ye..

Kali ni suka la aku nak perkenalkan bandar periuk nasik aku sekarang.. iaitu.. MUKAH. Dalam bahasa Malaysia memang tak sedap la maksudnye kan.. jadik, kita tak perlulah fikir dari segi tu…

Mukah is a coastal town, about 3 hours driving from Sibu and Bintulu. 10 hours driving from Kuching through Sibu. (Sorry. no shortcuts or something like that..). By air, from Kuching and Miri will take 45 minutes to 1 n 1/4 hours. cost around 90–120. No jetty, means no route through the sea or river like other places in Sarawak.

Dah pun bergelar Bahagian Mukah, bermaksud bandar Mukah kini merupakan bandar pentadbiran bagi daerah sekitarnya termasuk bagi Dalat (tempat asal bondaku), Daro (tempat asal ayahandaku), Igan, Balingian and more.

Berada di muara sungai Mukah, maksudnya Mukah sebenarnya menghadap Laut China Selatan.. jadi, ada pantai.. ada laut.. ada seafood.. dan macam-macam lagi..

Etnik utama di Mukah, ialah Melanau. Macam Melayu, ada banyak Melayu. Melayu dari Kelantan, Melayu dari Selangor, Melayu dari Kedah.. dengan dialek masing-masing. Melayu Kelantan akan cakap, “Buleh belako.. Ghoyak ko ambo jah..”. Atau orang Kedah kata, “Buleh.. Habaq mai kat cek..”. Atau orang Selangor “Boleh aje. Cakap je kat saya”. Macam tu gak Melanau. Kalau nak cakap, “tak boleh la macam tu..” . Melanau Mukah akan cakap, “Kak tou ji..”. Melanau Dalat kata, “Kak kejin..”. Melanau Daro kata, “Nak besidoh”. Menyukarkan lagi sedikit untuk menguasai bahasa dan dialek melanau ialah, setiap kampung ada intonasinya sendiri & penggunaan perkataan yang berbeza-beza. Jadi apa lenggok dialek anda boleh bantu orang yang anda tak kenali, mengagak dari mana anda berasal. Tapi cam aku ni.. memang ade kelam kabut. Dialek Dalat, tapi ada perkataan Daro, dan intonasi hybrid. Hmm… Macam orang cakap Melayu, ada slang Perak tapi intonasi British. Ha.. camana tu.. Awkward isnt it? Hehe.




From Drop Box
Bandar Mukah agak kecik.. Tak macam bandar Sibu yang dah jauh membangunn (walaupun belum ade hypermarket). Mukah masih dikelilingi kampung-kampung, dan hakikatnya bandar Mukah tu sendiri didirikan di atas kampung..

Bandar Mukah adalah pusat perniagaan dan perikanan pade mase zaman kesultanan Brunei dulu. Kalau orang kata tipu semua ni.. maka bolehlah dikemukakan bukti betapa banyaknya kubur lama yang bernisankan kayu belian, dan saiznya besarrrr.. dan bertulis nama Pengiran sekian.. sekian… sekian… Waris-waris orang terdahulu ni ada yang masih menyimpan harta peninggalan seperti pelbagai bekas tembaga, payung kuning (kononnya payung istiadat diraja, aku pun tatau ye.) dan macam-macam lagi lah tu.


Sekarang, Mukah masih lagi supply ikan untuk bandar lain seperti Sibu. Dulu, masa Mukah masih belum dinaik taraf jadi bandar pentadbiran Bahagian Mukah, harga ikan sangaaaaaaaaaaaat murah. Dan ikan yang dijual memang semuanya segar. Yang ni aku tak nafikan, in fact sampai sekarang pun sama. cuma sekarang dah jadi mahal! nak-nak pulak sekarang ni ramai penjawat awam yang asal dari luar Sarawak datang sini.. Ha.. hantok cukup2 bang…!

Tapi ada satu trademark Mukah.. iaitu penanaman pokok Sagu untuk menghasilkan makanan tempatan, iaitu Sagu. Pokok ni berjasa kpd nenek moyang kami dulu.. sebab, masa takde duit dan perang dulu.. pokok ni lah yang memberi makan mereka… Daunnya dibuat atap, batang pokoknya erm.. aku pun tak pasti dibuat apa. cuma aku pasti isi batang tu ada banyak kegunaan, iaitu makanan. Isi batang tu digunakan untuk menghasilkan tepung sagu, tepung sei / linut (di sabah dipanggil ambuyat), dan isi tu jugaklah yang menghasilkan tebaloi. Dan jugaaaa… kalau batang pokok tu dibiarkan beberapa hari selepas ditebang, maka ia boleh dibelah kemudian untuk mendapatkan ulat mulong yang sedap itu. Ha. Lain kali la aku cerita lebih lagi pasal makanan ye?





From Drop Box
Main landmark of Mukah is the Pehin Sri Setia Raja Building. The administrative building. if you can’t find the Resident Office, or the Land & Survey office atau mana-mana bangunan kerajaan, then go here la ye. Kebanyakannya ada kat sini. Jadi kalau nak tau dah sampai kat bandar Mukah ke belum, cariklah bangunan ni.

Satu lagi, is the mosque. I won a consolation price in Fuji photography contest in high school because of this mosque. Masjid Setia Raja. Kalau jumpa masjid ni, maka sahlah anda ade kat Mukah.

Mukah membangun dengan pesat, untuk support Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) tu, maka… lapangan terbang, jalan raya, sistem bekalan elektrik, sistem bekalan air, semuanya dinaiktaraf dengan harapan akan menampung pembangunan yang super laju tu… Jadi, aku ni bertuah jugak berada di dalam salah satu institusi pengajian yang berada di tengah-tengah koridor tu, dan bakal menghasilkan pelajar-pelajar yang juga adalah masa depan koridor tu…

Jadi, camana prestasi aku dengan karangan bahasa Melayu ni? Ade pulak terselit-selit sana-sini English. huhu. Bukan berlagak ye kawan-kawan.. Aku ni english memang hancus… jadi blog multiply tu digunakan untuk mengasah english aku. dan blog ni pulak, aku harap nak rojak cukup2..

Dah 2 jam aku mengadap menatang ni.. stop dulu ya….. ciao!

Comments

Popular posts from this blog

Pic blogging?

Dah lama la sangat tak post apa2. Bersawang dah blog. Sibuk dengan kerja, bila free tgk drama online, bila banyaaaak free buat bisnes photobook. Sekarang sibuk pulak dengan persediaan semester jun 2015 politeknik. Ada-ada je lah kerja untuk mempoyo n menyibukkan diri. Tu yg blog pun mcm rumah puaka tak de penghuni.. masuk keluar masuk keluar tak update apa2 pun... Jadi aku buat keputusan nak buat mcm micro-blogging.. tapi pakai gambar dan sedikit caption.. Ini dia gambar pertama. .............. Terkejut tadi tengok apa benda yg melekat kat cermin penumpang belah belakang kereta. Bila tgk dalam, rupanya anak aku punya kerja. Semalam dpt sticker, dia bantai lekat kat dlm kereta.. tergelak sorang bila teringat. Anak aku yg sorang je tu dah 4thn umurnya. Dah dihantar ke sekolah supaya dia ada kawan bermain.. maklumlah.. anak sorang.. belum ada rezeki anak lagi satu...

June 2008: Tanjong Balau Beach, Desaru, Kota Tinggi, Johor Bahru.

During my stay at JB, I managed to go to Tg Balau Beach, Desaru. From Drop Box If youre driving, than it's cheaper compared to renting a car or something. Its more expensive by taxi. I think it took 2 hours drive, plus LOST since I couldnt remember the road.. dont blame it on me?! the road look different from last time, 2005. From JB to Kota Tinggi takes 1 n 1/2 hours considering all the traffic jam on the way out of the city. Then from Kota Tinggi to Desaru approx. 40 minutes. The road might be tricky, so watch for the word Desaru, then Tg Balau on the signboard coz they will definitely help you. Not much to look at during the drive.. expect for hugeeee palm plantations.. Tg Balau is a masterpiece. Facing the South China Sea, clear water, blue sea, and not too many people like in Desaru beach. The one that im showing you in the pic is on the other side of the beach, you can ask for direction to go to the 'jetty' they call it. Or if they dont understand just tell them '...

confinement, baby blues, moving and so forth..

hi again.. what's up? i'm done with my confinement now almost finished my 90 days maternal leave (less than 30 days) my baby is 2 months 2 weeks, strong legs and neck, better skin reflection, recognize his mom very well now and turn his head when hearing his name called upon. busy planning my move to a new work place, and... head ache thinking about my husband's car (broke down on our way to Sibu last 2 weeks) that's quiet a lot to think about, don't u think so? so, i call it as a gift from god. I was just trying my luck by applying for a place at a new office. I was shocked knowing that my application was approved and it actually turned me blank for a while. There's so much to do! I don't want to hurt my head with so much things to think about yet, so I've decided to just go with the flow... Ramadhan is approaching, Happy Fasting yea! I'll be breastfeeding and fasting for the first time this year. Not sure if I'm capable. Soon will upda...