Bila saya sibuk, memang tak sempat nak jenguk blog. Tapi, bila malas tu.. ye malas. ada masa pun tak jenguk blog jugak. Dah sebulan rasa nak update blog tapi tak jugak buat2.. Bila tengok2 balik yang sebelum ni punya, it turns out saya ada habit tak update walau saya janji update. Janji sudah dicapati berkali-kali... Jadi kali ni nak share lagi drama yang anda boleh tengok. Setakat hari ni 24/5/2018 saya rasa Korean Odyssey dan My Ajusshi a.k.a My Mister yang berbaloi untuk ditonton tahun ni. Wajib tonton .. gitu... Minggu lepas cerita My Mister dah habis ditayangkan di TVN. Saya masih belum boleh move on. Masih lagi teringat2 tangisan Lee Sung Kyun di episod finale dan tangisan IU di jambatan dalam episod 6. My Mister/ My Ajusshi Ada 2 kisah dalam 1 drama. Tentang watak lelaki tu Park Dong Hoon dan watak perempuan Lee Ji An. Keakraban, kelucuan adik beradik seramai 3 orang dengan Dong Hoon sebagai anak tengah. Juga kisah ...
segala benda yang makcik nak merapu. dari drama korea, sampai la waktu operasi imigresen. ehhh kau diam! macik punya blog macik punya suka laaahhh! hihi