Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera Kerja sudah selesai jadi aku punya banyak masa untuk mengemaskini blog pada hari ini. Sejak balik dari Brunei tempoh hari, banyak perkara berlaku yang aku rasakan sudah merubah diri aku. Sudah tentulah Brunei sebuah negara yang aman, seperti tagline nya sendiri "The Abode of Peace". Mungkin agak melampau kalau aku katakan semua masjidnya cantik-cantik. Tak cukup kata-kata, aku buktikan dengan gambar. Namun kalau ke sana jangan sekadar cukup menyaksikan dari luar masjid sahaja, lebih elok masuk ke dalam beriktikaf atau solat sekali. Saat paling aku rindukan bila memikirkan masjid di sana adalah tarawih di masjid - masjid berlainan setiap malam. Walaupun aku masih tak berhijrah sepenuhnya dalam erti kata ibadah dan cara berpakaian tapi aku masih berusaha ke arah itu. Hijrah Nabi Muhammad tak berlaku tanpa halangan, apatah lagi untuk manusia biasa seperti aku dah tentu halangannya lebih banyak.. Aku cukup cemburu kepada orang ...
segala benda yang makcik nak merapu. dari drama korea, sampai la waktu operasi imigresen. ehhh kau diam! macik punya blog macik punya suka laaahhh! hihi